Sunday, January 2, 2011

PEMERGIAN DATOK KEHADRAT ALLAH

Pada hari Jumaat 21 Januari 2011 kira-kira 12.00 tengahari saya dimaklumkan bahawa datok saya telah mengembuskan nafas terakhir dan telah meninggalkan kami menemui tuhan. Allah s.w.t lebih mengasihi nya. Sudilah kira di hadiahkan bacaan Al Fatihah kepada Rohnya. Terima kasih.
Datok saya bernama Mokhtar bin Mikut dilahirkan di Sumatra. Semasa mendaftar kelahiran dinyatakan dalam kad pengenalan tahun kelahiran 1923. Mengikut cerita beliau datang ke Malaya berumur 12 tahun. Beliau adalah bapa kepada ibuku. Alhamdulillah beliau dapat melihat 5 jenarasi keluarga kami. Iaitu 2 orang cucu ku. Saya ada mencatatkan dalam blog ini "BERGAMBAR DI HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H " bertarikh 11 September 2010.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes