Bakal Haji yang akan melaksanakan haji pada tahun 1432H hendaklah mengambil tindakan awal seperti berikut:
• Mendapat bahan rujukan seperti buku panduan Ibadat Haji dan DVD panduan haji.
• Bersedia untuk menghadiri Kursus Haji Bersiri (17 Siri) di masjid yang dianjurkan oleh Tabung Haji dengan kerjasam masjid terpilih.
• Memastikan Wang Perbelanjaan Haji (WPH)1432H telah mencukupi (Belum ditetapkan lagi) . Sebagai panduan WPH pada 1431H sebanyak RM13,060.00 ( tidak ditolak bantuan TH )
• Membuat pemeriksaan kesihatan berkala dan mengambil ubat mengikut arahan doktor. Melakukan semanan dengan berjalan kaki dengan jarak 1km sehari.
• Memasti alamat surat menyurat dalam rekod TH adalah yang terbaru dan betul. (Semakan boleh dibuat dengan menghubungi THCC 03-62071919 atau email:phptdwil@lth.gov.my atau mazlan59@gmail.com
• Bakal haji yang tidak bersama Mahram, sila dapatkan nama dan no. kad pengenalan bakal haji wanita yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Mereka boleh berkenalan semasa Kursus Haji Bersiri nanti.
Surat Tawaran kepada bakal haji Terpilih dijangka dikeluarkan oleh TH pada awal bulan Februari 2011
Tuesday, January 4, 2011
PERSIAPAN AWAL BAKAL HAJI 1432H
7:31 PM
Unknown
No comments
0 comments:
Post a Comment