Saturday, January 8, 2011

KURSUS HAJI BERSIRI 1432 HIJRAH

Bahagian Bimbingan Lembaga Tabung Haji adalah bahagian yang bertanggungjawab memastikan bakal haji memperolehi bimbingan berkaitan Ibadat Haji. Bagi menjalankan Kursus Haji Bersiri Bahagian ini telah menentukan Modul Kursus, Memberi Latihan Kepada Penceramah Ibadat Haji (PIH), PIH menghadiri Muzakarah Haji bagi mencari satu pegangan supaya mengelakan kekeliruan kepada bakal haji.
Oleh itu Tabung Haji Wilayah Persekutuan adalah bertanggungjawab bagi memastikan kursus yang dijalankan mengikut Modul dan melantik PIH yang diluluskan oleh Bahagian Bimbingan. Kursus Haji Bersiri akan dijalankan sebanyak 17 Siri. Antara kandungan Modul ialah berkaitan Ibadat Haji dan Amali Tawaf/sai/melontar, Masalah Wanita berkaitan Ibadat Haji, Penjagaan Kesihatan dan Pengurusan Haji. Kursus ini diadakan bagi persiapan awal Bakal Haji tapi orang ramai yang berminat untuk menimba Ilmu Pengetahuan Haji juga dijemput terutama murid sekolah Tingkatan 4 dan 5. Bahan rujukan adalah dari Buku Panduan Idadat Haji yang diterbitkan oleh Tabung Haji boleh diperolehi di pasaran dengan harga RM10.00. Walaubagaimana pun Bakal Haji tahun semasa akan diberi PERCUMA.
Kursu Haji Bersiri Peringkat Wilayah Persekutuan akan bermula pada 26 (Sabtu) atau 27 (Ahad) Februari 2011. Tempat dan waktunya akan ditentukan kemudian.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan,
pohon pertanyaan. Jabatan saya berminat untuk menganjurkan ceramah berkaitan dengan Haji.Dalam ceramah tersebut dimasukkan juga elemen pratikal dalam haji tersebut seperi tawaf dll.Masa ceramah adalah selama 2 jam.Bolehkah ianya diadakan bagi tempoh masa tersebut dan bagaimana dengan bayaran bagi penceramah.terima kasih tuan.fazleymd@gmail.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes