RENUNGAN HAJI MABRUR MACAM ANAK BARU DILAHIRKAN
Jemaah Haji yang mendapat haji Mabrur telah dijanjikan oleh Rasullah s.a.w “ Mereka bersih seperti anak yang baru dilahirkan oleh ibunya. ( tidak ada dosa )”
Kelahiran seorang insan di muka bumi sangat di nantikan oleh sepasang insan bergelar suami dan isteri. Kelahiran insan baru juga menyebabkan keluarga, sanak saudara, jiran dan kawan-kawan bergembira.
Anak yang baru lahir ini dibersihkan dan dimandikan. Seterusnya di pakaikan kain lampin berwarna putih. Anak ini dijaga dengan rapi dan hanya diberi minuman susu badan atau susu yang khas untuk anak yang baru dilahirkan. Setelah hari ketujuh kelahiran, keluarga akan melakukan Aqikah seterusnya anak ini akan dicukur kepalanya.
Anak yang baru dilahirkan tidak dapat melihat, bercakap, berjalan dan memegang walaupun semua anggota badan nya lengkap. Anak tidak boleh melakukan apa-apa hanya makan, tidor dan menangis.
Mari kita lihat jemaah haji sebelum berniat Ihram disunat membersihkan diri dan rohani dengan solat sunat Ihram setelah memakai pakaian Ihram. Setelah berniat mereka akan menjaga segala larangan semasa ihram walaupun mereka mampu melanggarnya. Setelah masuk tengah malam 10 ZulHijah mereka dibolehkan bercukur. Setelah melontar Jamrah AlKubra mereka akan menangis kerana kesukuran dan keinsafan. Setelah melaksanakan Rukun dan Wajib Haji maka mereka telah selesai hajinya dan mengharap supaya mendapat Haji Mabrur. Mereka yang mendapat haji Mabrur adalah orang yang bertakwa, sentiasa berhati-hati mengharungi kehidupan dan menyuruh berbuat perkara baik serta mencegah berbuat perkara mungkar. ( gambar hiasan: kegembiraan seorang anak yan suci bersih )

0 comments:
Post a Comment