Monday, December 13, 2010

BAKAL HAJI UZUR

Dalam pemerhatian saya bakal haji uzur atas sebab kesihatan, fizikal atau warga emas akan menghadapi keadaan tertentu semasa berada di Mekah sebelum Wukuf, Arafah, Mudzlifah dan di Mina. Di Madinah tidak banyak keadaan yang menyulitkan.
Tabung Haji akan memberikan kesempatan bagi bakal haji uzur untuk membenarkan seorang pengiring pergi bersama bakal haji supaya mereka dapat membantu bakal haji yang uzur. Bagi pengiring yang buat pertama kali menunaikan haji akan menghadapi permasalah untuk memberi bantuan 100%. Sebagai contoh jika bakal haji uzur tidak mampu ke masjid maka pengiring merasakan mereka ingin mengambil kesempatan solat di Masjid Al Haram dengan beranggapan bakal haji uzur tidak menghadapi masalah di hotel. Apa yang sebenarnya berlaku ialah meraka akan menghadapi masalah dan orang lain juga akan menghadapi masalah. Masalah yang dihadapi oleh bakal haji uzur ialah tekanan perasaan dengan bersikap murung dan berdiam diri kerana merasakan dirinya dibiarkan. Orang lain yang melihat akan timbul kasihan dan akan membuat andaian pelbagai antaranya akan berfikir kenapa anak membiarkan ayah/ibu menunai haji seorang diri. Ini adalah sebahagian permasalahan yang dinyatakan.
Bukan tiada pengiring yang sanggup menolak kerusi roda membawa bakal haji yang uzur ke masjid tapi tidak ramai itupun mereka yang telah menunaikan haji bukan kali pertama atau kaitan anak beranak yang sangat rapat kasih sayang diantara mereka.
Bagi bakal haji yang uzur yang tiada pengiring atau pengiring yang tidak dapat membetikan bantuan maka semasa mereka di Mekah hanya solat diruang yang ada mendirikan solat di hotel sahaja. Hanya pergi ke masjid Al Haram sekali semasa menyelesaikan ibadat Umrah wajib deng mengupah orang melolak kerusi roda ke masjid, tawaf dan saie.
Semasa hendak menaiki bas untuk ke Arafah, Mudzlifah dan Mina tidak dapat bergerak cergas dengan membawa beg dan mengharap simpati orang lain atau kesempatan petugas TH atau Muassasah membantu. Bagitu juga urusan seharian di Arafah, Mudzlifah dan Mina untuk ke tandas. Urusan melontar di Mina siapa yang akan melaksanakan lontaran dan ada yang ditipu kerana ada orang sanggup dan meminta wang upah tapi tidak muncul setelah habis tempoh melontar.
Apa yang ingin dinyataka ialah bakal haji uzur akan menghadapi banyak masalah yang tidak dapat dinayatan kesemuanya. Hanya ingatan kepada pengiring bakal haji uzur pada tahun berikutnya kenalah ingat tanggungjawab ini sangat berat dan akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes