Sunday, December 12, 2010

PENGALAMAN DI MEKAH

Semasa berada di Mekah sebelum Wukuf bakal haji sentiasa berazam dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t samada Tawaf Sunat, Iqtikaf di Masjid Al Haram dengan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir, melihat Kaabah dan berdoa, Umrah sunat. Waktu solat Zuhor, Asar, Magrib dan Ishak sangat dekat di antara satu sama lain. Jarak masa 3 jam lebih antara wakt tersebut. Kebiasaannya ramai bakal haji tidak balik ke hotel pada 4 waktu tersebut atau Zuhor hingga Asar atau Magrib hingga Ishak meraka balik kerana balik ke hotel untuk makan tengahari atau makan malam. Suhu pada siang hari sangat tinggi berbanding suhu di Malaysia.Jarak perjalanan dengan berjalan kaki ialah 800 meter dan masa kira-kira 10 hingga 20 minit untuk pergi tapi balik lebih lagi kerana sesak dengan orang ramai serentak keluar masjid. Ada yang tiap-tiap waktu pergi berjalan ke masjid dan apabila balik ke hotel berehat atau tidor. Waktu agak panjang ialah Subuh hingga Zuhor dan Ishak hingga Subuh. Waktu lepas suboh bakal haji akan mendengar Ceramah sebanyak 6 kali waktu lepas Ishak ada yang melakukan Umrah sunat atau berjalan-jalan disekitar Mekah.
Masa untuk ke masjid hendaklah lebih awal iaitu ½ jam sebelum azan hendaklah mendapatkan tempat dalam masjid, jika lewat memang susah untuk mencari tempat kerana jalan menuju ke dalam masjid telah dihalang oleh mereka yang mengambil tempat di kawasan laluan atau bagi jemaah lelaki susah untuk mendapat tempat yang tiada wanita dihadapannya atau kawasan untuk jemaah lelaki. Jemaah ramai yang batuk berkahak dan meludah dalam tong sampah yang kecil dalam masjid. Untuk keselesaan jemaah yang akan datang hendaklan membawa plastic kecil dan kertas tissue untuk meludah.
Dalam masjid ramai jemaah wanita akan mengambil mana-mana sahaja tempat yang ada untuk mendirikan solat tidak kira disebelahnya ada orang lelaki. Terdapat ada jemah wanita Malaysia juga terikut-ikut apa yang dilakukan oleh jemaah wanita Negara lain. Mereka akan duduk bersebelahan dengan suami mereka apabila solat, bercampur dengan lelaki lain.
Ada jemaah solat di tempat laluan dan apabila selesai solat terus duduk dan berdoa dengan lama, solat sunat atau berbual dengan kawan-kawan, tidak perduli orang ramai hendak lalu samada hendak keluar atau masuk ke dalam masjid. Bagi jemaah Malaysia pada masa hadapan jika berlaku kepada kita, apabila selesai solat terus bangun dan cari tempat yang sesuai yang tidak menghalang orang lain bagi tujuan solat sunat atau berdoa.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes