Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat sampai ke Tanah Air melalui KLIA jam 10 15 malam pada 8 Dis. 2010. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Madinah. Kami mula menaiki bas jam 2.30 pagi waktu Madinah dan bergerek jam 4.45 pagi. Masa untuk ke Lapangan Terbang mengambil masa 1/2 jam sahaja. Apabila sampai di Lapangan Terbang kami diminta tunggu dalam bas kerana suhu di luar sangat sejuk. Apabila masuk waktu Subuh kami pergi ke Masjid yang berhampiran untuk Solat. Selepas solat kami beratur untu Chek In dan prosesnya lama. Kira-kira 7.10 pagi proses Chek in selesai. Kami menaiki Pesawat KT57 dan berlepas kira-kira jam 9.25 pagi. Dalam pesawat kami diberi makan sarapan pagi dan makan tengahari.
Saya akan mula bertugas pada hari Isnin 13 Disember 2010.
2 comments:
Terima kasih, Tuan Haji. 20hb Ock 2011, saya akan berangkat menunaikan haji. Do'akan saya dan suami di permudahkan dlm segala urusan haji dan umrah, di beri ketenangan fikiran dalam melakukan ibadah haji & umrah, akhirnya mendpt haji yg mabrur.
Saya doakan semoga tuan dan isteri dan semua jemaah haji dapat melalui pelaksanaan haji jayanya dan mendapat Haji Mabrur
Post a Comment