Thursday, September 16, 2010

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI 1431H

Bakal haji Terpilih yang mengikuti Muassasah ada yang telah menerima Surat Jadual Penerbangan Haji dan sebahagian lagi akan menerimanya secara berperingkat-peringkat. Bakal Haji yang mengikuti Pakej TH atau Pakej Swasta yang diluluskan TH akan dimaklumkan oleh Syarikat masing-masing.
Bakal haji yang belum menghantar Buku Rekod Rawatan (BRR), hendaklah di majukan ke TH untuk di masukan dalam sistem TH bagi memudahkan urusan Visa dan mengaturkan penerbangan. Setelah selesai tindakan TH, BRR tersebut dikembalikan kepada bakal haji untuk di bawa ke Tanah Suci.
Bakal Haji yang Terpilih yang masih belum menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa hendaklah menyerahkan kepada TH dengan segera jika tiada lagi urusan ke Luar Negara.
THWP akan menentukan hari tertentu bagi menyerahkan beg galas kepada bakal haji Muassasah. Bakal Haji Pakej akan menerima beg galas dari syarikat masing-masing. Barang-barang hadiah dari Sahabat Koporat akan diberi kepada bakal haji Muassasah dan Pakej. Pada hari tersebut juga Gelang Pengenalan Haji (GPH) akan diserah kepada bakal haji jika GPH meraka telah ada. Jika tidak GPH akan diserahkan di Kompleks Haji Kelana Jaya semasa melapor diri.
Saya mengucapkan taniah kepada bakal haji yang akan menjadi tetamu Allah s.w.t dan bagi mereka yang belum terpilih saya mendoakan agar Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala atas usaha dan persiapan yang telah dilakukan.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Tuan Haji,

Bagi bakal Haji Standby, bilakah tarikh akhir kami akan diberitahu samada kami ini akan menjadi terpilih atau tidak?

Mohd Suhaimi Ahmad
email - suhaimi@willis.com.my

Anonymous said...

Salam. Saya telah mendapat jadual penerbangan iaitu pada 9 okt 2010 (KT 03) dan dijadual balik pada 21 Nov 2010 (tiba di KLIA pada 23 Nov 2010).
Memandangkan Wukuf di Arafah (9 Zulhijjah) ialah pada 17 Nov 2010 (10 Zulhijjah) hari pertama di Mina. 11, 12 & 13 Zulhijjah adalah hari2 Tasyrik saya masih berada di Mina. Selepas itu baru Tahlul Thani & balik ke Mekah untuk Tawaf & Saei Haji ( 2 hari sahaja iaitu 21 & 22 Nov 2010. Saya dijadualkan balik pada 21 Nov 2010 dari Jeddah (11.30 mlm)dan sampai di KLIA pada 23 Nov 2010 jam 7.05 pagi. Saya hanya ada 2 hari sahaja dan dikhuatiri tidak sempat utk Tawaf & Saei sebab ketika itu waktu puncak.
Diharap pihak tuan dapat memberikan penjelasan terhadap perkara ini.

Siti Hajar Zainuddin
email: shajar@streamyx.com

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes