Wednesday, September 22, 2010

SIMULASI KURSUS HAJI PERDANA

Selamat menjalani Kursus Haji Perdana 1431 H anjuran Tabung Haji Wilayah Persekutuan pada Sabtu dan Ahad ini (25 dan 26 September 2010) kepada bakal haji Terpilih. Pada 25 September 2010 jam 2.00 petang peserta kursus mula mendaftar di kaunter yang disediakan mengikut jantina. Kaunter Lelaki dan Perempuan disediakan. Semasa pendaftaran peserta kursus hendaklah melengkapkan slip kehadiran dan menyerahkan slip di kaunter pendaftaran. Petugas TH akan menyerahkan lencana maktab mengikut yang tercatat pada surat panggilan. Jika tiada tercatat pada surat, mereka akan diberi lencana yang telah tersediakan.
Setelah mendaftar peserta diminta ke tempat yang disediakan mengikut maktab. Seterus mengambil minuman petang. Kemudian peserta kursus menukar pakaian Ihram dan bersedia di dewan solat untuk mendengar Taklimat pada 3.00 petang. Kandungan Taklimat adalah seperti berikut:
Semulasi Pertama:
Semasa peserta kursus sampai ke Masjid, anggaplah peserta baru sampai ke Makkah dari Jeddah atau Madinah dan terus ke tempat penginapan di Makkah. Lepas Solat Asar di dewan solat, anggaplah peserta kursus berada di hotel dan kemudian pergi ke Masjidil Haram untuk Tawaf Umrah 7 keliling dan seterus ke tempat Saie untuk Saie Umrah 7 kali. Kemudian anggaplah peserta kursus telah bercukur atau bergunting. Maka selesailah kerja Umrah. Semulasi ini adalah bagi Haji Tamattu’ kerana mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan-bulan haji dan mengerjakan Haji dalam tahun yang sama.
Simulasi Kedua:
Selepas solat Isyak di adakan Ceramah Motivasi Haji di dewan solat, anggaplah peserta berada di Arafah dalam berpakaian Ihram (selepas selesai Umrah pada siang hari jangan tukar pakaian Ihram yang dipakai) kemudian menuju ke satu tempat, anggaplah Muzdalifah kemudian bergerak ke satu tempat lain anggaplah Mina kemudian ke tempat melontar dan melakukan lontaran Jamarah Kubra, lontaran hari ke 10 Zulhijah. Setelah melontar hari ke 10 Zulhijah balik ke kemah di Mina. Anggaplah selepas melontar Jamrah Kubra peserta kursus telah bergunting atau bercukur dan telah menukar pakaian biasa di kemah di Mina (Tahlul Awal ) Kemudian bergerak ke tempat melontar bagi melontar ke tiga-tiga jamrah (Sugra, Wusta dan Kubra) pada hari 11 Zulhijah. Semasa simulasi ini lontaran hari ke 12 dan 13 Zulhijah tidak dilakukan (Suasana sebenar perlu melontar pada hari 12 dan 13 Zulhijah. ) Setelah selesai simulasi melontar peserta kursus boleh menukar pakaian biasa dan seterusnya berehat. Jika ingin beriktikaf dalam masjid dan solat tahajud boleh dilakukan secara bersendirian.
Simulasi Ketiga:
Selepas solat subuh di dewan solat, anggaplah peserta kursus berada di hotel dan kemudian menuju ke Masjidil Haram untuk Tawaf Rukun Haji dan Saie Haji dalam berpakaian biasa. Apabila selesai peserta bolehlah mendapatkan sarapan pagi dan kemudian masuk dalam dewan solat untuk mendengar rumusan akhir dari Ketua Fasilitator , Ucapan penutup dari Pengarah Tabung Haji WP dan Doa Perdana.
Pergerakan semasa simulasi mengikut Maktab dan dibantu oleh Guru Agama dan petugas TH.

1 comments:

kedahan said...

t kasih di atas penerangan yg sgt berguna ini, walaupun hanya simulasi tetapi panduan berguna begini dpt membantu kami terutama yg pertama kali akan mengerjakan haji.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes