Saturday, April 3, 2010

DAFTAR KURSUS HAJI INTENSIF 1431H

THWP sedang mengaturkan Kursus Haji Intensif 1431H (KHI) yang akan bermula awal Julai 2010. Insya Allah tahun ini KHI hanya akan diadakan pada Sabtu dan Ahad tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tujuan hari tersebut dipilih bagi memudahkan semua bakal haji yang terpilih dan menunggu (Stand By) dapat menghadiri KHI. THWP terpaksa mengadakan KHI di 4 lokasi bagi menampung kira-kira 4,000 peserta. Lokasi yang dicadangkan ialah di Masjid Negara, Masjid Saidina Othman Ibnu Affan di Bandar Tun Razak Ceras, Masjid Imam As Shafif di Taman Maluri Ampang, Masjid Muaz Ibnu Jabar di Setiawangsa.
KHI diadakan 2 hari berturut-turut bagi setiap peserta. Waktunya bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Setiap kumpulan (2 hari) akan ditentukan seramai 100 - 150 peserta. Peserta akan dijemput mengikut tarikh yang ditetapkan melalui surat oleh THWP dan peserta tidak dibenarkan mengikuti KHI bukan pada tarikh yang ditetapkan atau tidak mempunyi surat jemputan. Jika mereka yang tidak dijemput hadir juga akan menyebabkan masalah peruntukan makanan dan tempat duduk dalam dewan. KHI tidak dikenakan sebarang bayaran kerana di tanggung sepenuh oleh TH. Selama KHI berjalan kemudahan Minum jam 10.00 pagi dan makan tengahari disediakan. Peserta dinasihatkan mengambil sarapan pagi sebelum menghadiri KHI. Peserta dikehendaki membawa bersama semasa menghadiri KHI surat jemputan KHI daripada THWP, Buku catatan, buku rujukan dan alat tulis. Pada hari kedua akan diadakan ujian dan jika peserta mendapat markah bawah 40%, peserta tersebut akan dikehendaki menghadiri Kursus Haji Khas.
Bagi tujuan keselesaan peserta, bakal haji terpilih atau menunggu (Stand By) boleh membuat pilihan tarikh dan tempat pada ruang kanan blog ini untuk mendaftar KHI. Insya Allah pilihan peserta akan dipenuhi tetapi jika tidak, diharapkan peseta dapat mematuhi ketetapan yang dikeluarkan. Pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 4 Jun 2010.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes