Bakal haji 1431H yang berurusan dengan THWP, TH Batu Caves, TH Ampang dan TH Ibu Pejabat akan menerima surat panggilan awal minggu hadapan untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Tanglin (berhampiran Masjid Negara) bermula 19 Jun 2010. Bakal Haji hendaklah menjawab kehadiran seperti tarikh yang dinyatakan dalam surat panggilan. Jawapan boleh dilakukan dengan menghantar Slip jawapan atau melalui SMS ke no. 012 684 6427. Jika tiada jawapan diterima maka bakal haji tidak akan hadir dan dikehendaki membuat pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan dengan kos tanggungan sendiri.
Buku Rekod Kesihatan (BRK) hendaklah diambil sebelum membuat pemeriksaan Kesihatan dan BRK hendaklah dilengkapkan muka hadapan, 1,2,5,6,7,8,9,10,15 & 19.
Borang Pemeriksaan Kesihatan juga perlu dilengkapkan pada Biodata sahaja. Bagi memudahkan pemeriksaan dapatkan surat Pegawai Perubatan yang biasa dilakukan pemeriksaan jika ada.
Setelah lulus pemeriksaan kesihatan BRK hendaklah di serahkan untuk dimasukan maklumat dalam komputer. Serahan boleh diwakilkan.
5 comments:
salam.tuan haji dah teriam surat dan dah balas sms serta dah hantar slip kehadiran pemeriksaan pada 27.06.2010
e-mail : m.zaini@hotmail.com
salam,tuan saya tidak tahu jenis darah saya ,adakah diklinik nanti boleh dijalankan ujian jenis darah saya jenis A atau B atau lain-lain?.....minta bantuan.....
dan sebelum pemeriksaan ujian dilakukan adakah perlu saya berpuasa sebelum hadir ke klinik tangling?....mohon bantuan....penerangan tuan haji.saya check up pada 27.06.10 di klinik tangling
baguslah macam nih adelah peraturan sikit..tetapi ada penerangan yang belum lengkap.......
tuan haji minta bantuan.....saya telah pergi utk pemeriksaan doktor di klinik tangling pada 27.6.10 tetapi doktor bagi saya surat utk pergi checkup susulan di pakar ortopedik HKL...kerana saya kata sekadar nak ambil ubat...sebab 5 tahun dulu ada juga buat periksa doktor pakar kat sana.....so buku medical saya tak ditandatangan dan di buat suntikan acw-135....doktor kata kat HKL ada suntikan yang sama..bila saya pergi kat sana HKL kata tiada dan belum menerima arahan dari tabung haji....
so....macam mana ni tuan haji harap dapat bantu masaalah saya....
datang klinik kesihatan setapak mereka sedia membantu
Post a Comment