Wednesday, September 28, 2011

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI 1432H

Saya mengucapkan kepada bakal haji 1432H selamat berangkat ke Tanah Suci bermula 29 September 2011 dan selamat Kembali ke Tanah Air dengan mendapat Haji Mabrur. Bakal haji yang berada di Tanah Suci harap doakan supaya umat islam di Malaysia dapat mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah s.w.t secara keseluruhannya.
Bakal Haji yang berurusan melalui Blog Haji Saya atau menghantar e mail kepada saya, ada yang tidak berpuas hati dan meluahkan kemarahan kerana sebab-sebab berikut:
• Rayuan mereka yang tidak Berjaya atau lambat mendapat kelulusan.
• Lambat mendapat Surat Jadual Penerbangan.
Saya memohon maaf kerana keputusan bukan dibuat oleh saya. Saya hanyalah sebagai jambatan atau penghubung kepada pihak yang tertentu.
Insya Allah saya akan menambah lagi perkhidmatan melalui Internet pada masa-masa yang akan datang. Perkhidmatan melalui Internet dapat menjimatkan masa, belanja dan tenaga. Semua di hujung jari.
Perkhidmatan yang telah diberikan adalah seperti berikut:
• Memberikan maklumat berkaitan Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dam Kursus Perdana Haji.
• Memberi maklumat urusan Pemeriksaan Kesihatan dan Penyerahan Pasport.
• Memberi maklumat serahan beg galas
• Memberi catatan berkaitan Haji
• Memberi maklumat cara mendapatkan maklumat
• Membuat Rayuan, pertanyaan, minta salinan surat Tawaran Haji, Surat Jadual Penerbangan dan lain dengan email.
Saya mengharapkan cadangan dari pembaca Bloh Haji Saya supaya dapat di pertingkatkan dan diperluaskan perkhidmatan saya.

2 comments:

Anonymous said...

dapat pergi atau tidak,menunaikan haji tahun ni bukan kerja kita,macam saya,saya buat rayuan untok pergi dengan anak. tetiba anak yang dapat,saya yang merayu nak buat haji sebab amanat arwah suami,yang meninggal dunia sebab sakit buah pinggang 11tahun sudah.anak dapat saya pula tidak,saya dan anak dah daftar haji 3tahun sudah,anak saya dapat pergi tapi saya tak dapat,walaupun saya pergi haji dulu pada tahun 1993.anak perempuan saya terima,dengan harapan nama saya akan terpilih nanti,tapi hingga kini tak terpilih juga,anak perempuan saya tu akan pergi tanpa teman,saya pula sedang memikir dengan siapa lah pula, saya nak pergi jika terpilih pada tahun2 yang akan datang nanti.dengan keadaan saya yang sakit ni.ntah lah tabung haji buat macamana ,ada yang daftar baru sangat terpilih padahal dah baru je pergi haji.tabung haji tabung haji oo tabung haji

Anonymous said...

memang sedih..tapi nak buat macam mana....

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes