Monday, September 5, 2011

PERKHIDMATAN TABUNG HAJI

Di Madinah dan Mekah, TH telah membuat persiapan bagi membantu bakal haji Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
Urusan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:
Ibu Pejabat TH di Madinah dan Mekah.
Ibu Pejabat ini disediakan beberapa perkhidmatan seperti berikut:
• Pejabat Pakar Rujuk.
Membuat persiapan bagi membantu bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan Ibadat Haji yang tidak dapat diselesaikan oleh Guru Agama di Pusat Perkhidmatan Zon atau Maktab.
• Pejabat Kaunseling
• Terdapatnya Pakar Kaunseling yang akan membantu bakal haji yang menghadapi tekanan perasaan yang berat dan dirujuk oleh Unit Kaunseling.
• Unit Aduan
Menerima aduan bakal haji yang menghadapi sesuatu permasalahan semasa berada di Madinah atau di Mekah
• Unit Orang Sesat
Membantu untuk menghubungi pihak Zon atau Maktab apabila menerima Bakal Haji yang dihantar oleh pihak lain
• Unit Pendaftaran Kematian dan Kelahiran.
Mendaftar kematian atau kelahiran bakal haji yang diuruskan oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara.
• Unit Penerbangan
Unit ini hanya dibuka di Mekah sahaja bagi menguruskan pengisian kekosongan tempat dalam pesawat. Bakal haji juga boleh membuat pertukaran penerbangan sebelum Wukuf. Permohonan akan diluluskan jika ada kekosongan tempat.
Hospital Malaysia
Di Madinah dan Mekah TH membuka Hospital Malaysia bagi membantu bakal haji yang perlu mendapatkan rawatan lanjutan yang dirujuk oleh Klinik Zon atau Maktab.
Perkhidmat lain diberi di Zon dan Maktab adalah seperti berikut:
• Pusat Perkhidmatan
Memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh bakal haji seperti mendapatkan maklumat, membuat aduan dan sebagainya.
• Klinik TH
Memberikan perkhidmatan pesakit luar kepada bakal haji dan memberikan ubat yang berkaitan.
• Perkhidmatan Melawat Pesakit
Pihak Perubatan akan menyediakan kenderaan untuk membawa waris atau kawan melawat pesakit di Hospital Malaysia di Madinah atau Mekah.
• Kaunter Pengeluaran
Memberikan perkhidmatan pengeluaran dan Simpanan dengan mata wang Saudi Rial. Di Kaunter tersebut bakal haji juga boleh membuat bayaran Dam dan Korban. Semasa berurusan Bakal Haji hendaklah membawa Lencana yang dikeluarkan oleh TH.
• Guru Agama
Bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan Ibadat boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Guru Agama TH. Setiap kumpulan Bakal Haji yang sampai di Mekah akan diadakan ceramah sebanyak 6 kali dan jika ingin mengikuti lagi ceramah boleh mendengar ceramah dari kumpulan lain.
• Pembekalan makanan.
Pembekal makanan akan mengedarkan makan tengahari dan makan malam.
• Perkhidmatan Luar
Kebanyakan Hotel yang menempatkan bakal haji terdapat perkhidmatan berikut:
1. Kefteria bagi mendapatkan makanan pagi atau lauk pauk tambahan untuk makan tengahari atau makan malam.
2. Perkhidmatan Pos barangan terlebih dahulu ke Tanah Air.
3. Perkhidmatan mendapatkan Top Up telefon.
4. Perkhidmatan Lawatan di tempat-tempat di Mekah.n
5. Perkhidmat Dobi
6. Perkhidmatan mendapatkan pembantu untuk menolak kerusi roda untuk ke masjid atau untuk Tawaf dan Saie.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes