Sunday, September 11, 2011

PENGETAHUAN IBADAT HAJI DAN UMRAH

Bakal haji telah mendapat pengetahuan ibadat haji di Malaysia semasa Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji. Sebelum ke Tanah Suci bakal haji telah mempunyai keyakinan yang cukup untuk beribadat. Maka apabila sampai di Tanah Suci jangan terpengaruh dengan apa yang berlaku di sana.
Semasa beribadat di Tanah Suci bakal haji akan melihat ramai jemaah haji dari Negara lain akan melakukan ibadat tidak sama dengan yang difahami. Umat islam seluruh dunia akan berada di Tanah Suci dan mereka berfahaman pelbagai Mazhab. Dengan sebab melihat banyak kelainan dengan yang difahami maka timbul kekeliruan.
Bakal haji juga akan terbaca pada buku-buku yang diedarkan percuma atau dalam akhbar yang mempengaruhi kefahaman bakal haji. Seharus tidak menimbulkan masalah kerana bakal haji telah faham cara kita.
Bakal Haji yang terkeliru samada melihat atau membaca berkaitan ibadat jangan pula mengelirukan bakal haji yang lain.
Apabila melihat perbuatan yang berlainan seharusnya bakal haji jangan terkeliruan tapi jika berlaku juga maka bakal haji hendaklah merujuk Buku yang diberi oleh Tabung Haji. Buku TH boleh dibawa ke Tanah Suci. Jika masih tidak dapat menyelesaikan kekusutan tersebut boleh bertanya Guru Agama TH untuk membantu masalah yang dihadapi.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes