Thursday, September 1, 2011

BERADA DI MADINAH DAN MEKAH

Bakal Haji yang berada di Madinah akan di bawa ziarah di kawasan Masjidil Nabawi dan ziarah Makan Nabi Muhammad S.a.w. dan juga melawat tempat-tempat bersejarah di Madinah dengan menaiki bas. Bakal Haji akan berada di Madinah selama 8 hari. Semasa di Madinah bakal hari akan melakukan aktiviti sendiri iaitu beriktikaf iaitu berzikir, beristifar, berdoa, membaca Al Quran dan solat Waktu dan solat sunat di Masjid Nabawi.
Di Mekah, apabila sampai sahaja bakal haji akan di bawa ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saie Umrah bagi yang mengerjakan Haji Tamattuk dan Tawaf Qudum atau Tawaf Selamat Datang bagi mereka mengerjakan Haji Ifrad.
Selama berada di Mekah, bakal haji akan melakukan beberapa kali Umrah Sunat mengikut kemampuan fizikal dan kesihatan. Mereka akan ke Jaranah atau Tanaim untuk Miqat Umrah.
Aktiviti lain ialah melakukan Tawaf sunat, beriktikaf dengan membaca Al Quran, berdoa, berzikir, melakukan solat sunat, solat Jenazah, solat wajib di Masjidil Haram.
Bagi mereka masuk Mekah sebelum Wukuf bolehlah melakukan lawatan secara berkumpulan ke Arafah, Mudzlifah, Mina dan tempat-tempat yang bersejarah.
Semasa berada di Madinah dan Mekah, makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Setiap ruang masa diisi dengan ibadat, tidak perlu memikirkan untuk tergesa-gesa untuk melakukan kerja-kerja lain.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes