Bakal haji akan mengambil kesempatan solat sebanyaknya di Masjidil Nabawi Madinah dan Masjidil Haram Mekah. Bagi Jemaah Wanita kebanyaknya dilihat memakai telekong untuk solat tapi jemaah haji lelaki ramai yang solat tidak memakai pakaian solat yang kusus. Ada mereka memakai seluar yang memperlihatkan bentuk bahagian belakang (punggung) dan memakai baju yang bergambar atau ada tulisan dan terlalu ketat. Bukannya berpakaian demikian tidak sah solat, tapi tidak mengambarkan kesungguhan tujuan untuk solat. Pakaian mengambarkan tujuan pemakainya seperti contoh pakai pakaian sukan adalah untuk bersukan, pakai seluar dan kemeja biasa untuk berjalan atau berkerja dan lain-lain.
Oleh itu jemaah lelaki hendaklan memakai pakaian solat sebagai contoh memakai baju melayu dan berkain sarung atau berjubah dan memakai songkok, ketayap atau serban. Dengan pakaian tersebut akan meneguhkan niat kita untuk melangkan ke Masjid bagi tujuan solat untuk memperhambakan diri kepada Allah s.w.t. Jangan lupa memakai bau-bauan kerana di sunatkan.

0 comments:
Post a Comment