Monday, September 12, 2011

BAKAL HAJI YANG UZUR DAN SAKIT

Setiap musim haji Tabung Haji akan bersiap sedia dengan menyediakan ubat-ubatan dan membawa Doktor, Pembantu Perubatan, Jururawat, Pembantu Hospitan dan lain kakitangan berkaitan perubatan ke Tanah Suci. Kakitangan perubatan adalah mereka dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kesempurnaan Ibadat Haji sangat berkait rapat dengan tahap kesihatan bakal haji. Bakal Haji yang telah melalui saringan kesihatan sebelum ke Tanah Suci hendaklah mendapat kelulusan Pegawai Perubatan terbahagi kepada tahap berikut:
• Tiada penyakit yang merbahaya.
• Ada penyakit yang merbahaya tapi stabil
• Mempunyai penyakit merbahaya dengan mendapat kelulusan Pegawai Perubatan Pakar.
Bakal Haji yang tiada penyakit kebiasaannya mereka akan menghidapi selsema, batuk atau demam. Bagi mengelakannya hendaklah bakal haji memakai topeng hidung apabila bercampur dengan orang ramai. Banyak minum air dan cukup rehat.
Bakal haji yang menghidapi darah tinggi, kencing manis, masalah jantung pastikan ubat yang biasa dimakan di Malaysia di bawa ke Tanah Suci. Ubat tersebut dimakan mengikut masa yang dinasihatkan oleh doctor.
Jalanilah ibadat mengikut kemampuan diri jangan mengikut kemampuan orang lain.
Bakal haji yang uzur atau terlalu tua adalah dinasihatkan beribadat di surau hotel secara berjemaah.
Terdapat juga bakal haji terpaksa berada di Wad hospital Malaysia atau Arab Saudi bagi rawatan lanjutan. Insya Allah Petugas TH atau petugas perubatan akan menasihat mereka melaku solat wajib. Mereka kemungkinan tidak dapat selalu ke Masjidil Haram dan melihat Kaabah. Ada juga mereka yang dari mula sampai di Tanah Suci sehingga balik ke Malaysia tidak kesempatan melihat Kaabah. Ada juga yang terpaksa berwukuf dalam Ambulan dan tidak bermabit di Mudzlifah, Mina dan tidak melontar Jamarah. Bagi melaksanakan Tawaf dan Saie dibantu orang lain dengan menaiki kereta sorong di tingkat satu Masjidil Haram. Keadaan mereka ini sangat sedih kerana tidak dapat merasakan suasana berada di Mekah dan Madinah hanya dapat merasakan menaiki kapalterbang.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes