Di Tanah Suci Mekah dan Midanah buka sahaja tempat beribadat tapi juga tempat membeli belah atau perdagangan. Bakal haji hendaklah dapat membuat pertimbangan sewajarnya supaya tidak terpengaruh dengan barangan jualan yang terdapat di mana-mana. Tidak cukup dengan kedai-kedai yang telah sedia ada, di tambah dengan gerai-gerai tambahan yang berlesen dan perniagaan yang tidak berlesen di tepi jalan atau di dataran masjid dengan penjual yang bergerak.
Kebanyakkan barangan yang dibeli oleh jemaah haji adalah seperti sejadah, tasbih, ketayap, kain serban, kain tudung dan barang-barang yang pelik-pelik. Ada juga barang-barang mainan dari Cina.Barang makanan seperti kismis, jenis kurma, halwa, jenis kacang, minyak zaiton dan pelbagai lagi.
Tujuan jemaah haji membeli barangan tersebut adalah sebahagiannya untuk anak-anak dan saudara dan juga kawan-kawan yang datang mengziarahi apabila balik nanti.
Cara jemaah haji membeli barangan tersebut adalah membeli secara sikit-sikit apabila balik dari masjid atau balik dari umrah. Tanpa disedari akhirnya barangan yang dibeli melebehi had barang yang boleh dibawa menaiki pesawat iaitu 30 kg seorang. Ada yang mengirim barangan yang dibeli dengan Pos Laju terlebih dahulu. Ada yang sanggup membayar bayaran had lebihan berat, walaupun bayaran tersebut lebih mahal dari barang yang dibeli.
Setiap tahun ada sahaja barang-barang jemaah haji yang terpaksa ditinggal dan di bawa dengan pesawat lain kerana pesawat yang jemaah haji naik telah lebih muatan.

0 comments:
Post a Comment