Friday, September 16, 2011

PERSIAPAN KURSUS PERDANA HAJI 1432H

Kursus Perdana Haji Wilayah Persekutuan dan Selangor akan di adakan pada 17 dan 18 September 2011. Kursus Perdana Haji Wilayah Persekutuan di adakan di Masjid Putra Putrajaya dan Selangor di Masjid Negeri Shah Alam.
Peserta Kursus Wilayah Persekutuan hendaklah makan tengahari di rumah sebelum datang untuk pendaftaran kerana TH tidak menyediakan makan tengahari pada 17 September 2011.
Pastikan kenderaan dilekat pelekat Kursus Perdana Haji yang diberi pada cermin hadapan bagi memudahkan pihak polis menunjuk arah ke tempat letak kenderaan.
Perserta Kursus hendaklah membawa barangan seperti berikut:


  • Pakaian Ihram : Peserta kursus dikehendaki memakai pakaian ihram apabila sampai di Masjid Putra.

  • Tikar : Kegunaan mengalas tempat duduk dan tempat tidor.

  • Selipar : Seelok-eloknya peserta kursus memakai selipar dari rumah bagi memudahkan untuk menanggalnya kerana pergerakaan keluar masuk masjid.

  • Plastik untuk selipar : Selipar yang ditanggalkan boleh di masukan dalam plastik dan boleh dibawa ke tempat rehat peserta kursus.

  • Anak batu 30 biji : Kegunaan amali melontar Jamrah Kubra 7 biji pada 10 Zulhijah dan ketiga-tiga Jamarah pada 11 Zulhijah 7 biji x 3 Jamrah = 21 biji. Pada 12 dan 13 Zulhijah tidak dilakukan semasa kursus.

  • Beg pakaian : Setiap peserta membawa beg pakaian masing-masing

  • Pakaian dan keperluan : Bawa pakaian keperluan 2 hari 1 malam, berus gigi, ubat gigi dan ubat yang perlu dimakan (jika perlu)

Peserta kursus jangan membawa barang-barang berharga dan bawa wang mengikut keperluaan sahaja. Selamat menjalani Kursus Perdana Haji supaya memberi manafaat supaya menambah persediaan untuk melaksanaan Ibadat Haji.

1 comments:

saf said...

alfu syukran atas info.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes