Monday, September 19, 2011

MEMAHAMI SOLAT.

Umat islam di wajib untuk solat 5 waktu sehari semalam. Perlakuan dalam solat adalah sama setiap kali solat, cuma yang membezakannya adalah rakaat. Solat adalah perintah Allah bukan adat yang dilakukan oleh nenek moyang yang terdahulu. Oleh itu hendaklah kita memahami setiap pergerakan, pembacaan dalam solat. Perlakuan solat hendak bersungguh kerana berkata-kata dengan Allah s.w.t., hati mesti hadir.
Mari kita baca cerita ini;
Seorang pahlawan berkuda ( menaiki kuda) yang berada di perbarisan berkuda keluar dari barisan menuju ke arah raja untuk menyembah hormat dan memohon sesuatu. Apabila sampai di hadapan Raja, pahlawan melakukan perbuatan untuk menhormat raja sambil berkata sesuatu yang tidak tidak difahaminya. Kemudian turun dari kudanya dan meninggalkan kuda di hadapan raja. Pahlawan masih berkata-kata yang tidak difahami dan berjalan ke merata-rata tempat. Bagaimanakah perasaan raja terhadap pahlawan tersebut?
Semasa melakukan solat, mula-mula orang melakukannya akan memberikan penumpuan kepada niat, percakapan dan perbuatan. Setelah beberapa saat, mulalah pemikiran telah melayang ke tempat lain hanya tinggal badan yang melakukan perbuatan sehingga kadangkala terlupa rakaat. Ada juga tidak memahami apa yang di baca. Bagaimana perlakuan solat demikian dihadapan Allah s.w.t?
Ilmu solat hendaklah di dalami iaitu berkaitan Rukun, sunat dan perkara yang membatalkan Solat. Fahami pembacaan dan doa ketika solat. Berkaitan falsafah solat dan pelbagai lagi. Perhatikan samada orang melakukan solat dapat mencegah diri dari melakukan kefasikan dan kemungkiran. Jika Berjaya bermakna solat yang dilakukan memberi kesan kepada pelakunya.

Bakal haji yang berada di Tanah Suci akan melakukan solat waktu dan melakukan solat sunat sebanyak yang terdaya. Sepatutnya bakal haji benar-benar menghayati perlakuan solat supaya terasa lazat dengan mengerjakannya.

1 comments:

saf said...

kualiti lebih penting dari kuantiti.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes