Wednesday, September 21, 2011

BEG GALAS JEMAAH HAJI 1432H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan sedang mengedarkan beg galas kepada bakal haji Muassasah yang berurusan di THWP. Bakal Haji dikehendaki datang ke THWP mengikut tarikh pada surat yang diedarkan semasa Kursus Perdana Haji di Putrajaya. Beg galas mula diedarkan pada 20 September 2011. Bakal Haji yang tidak dapat hadir Kursus Perdana Haji dan tidak menerima surat tersebut boleh hadir ke THWP selepas 3 Oktober 2011 kecuali bakal haji yang akan berangkat awal bolehlah datang lebih awal untuk mengambil beg galas.
Beg galas adalah bagi muatan barangan 5kg dan boleh dibawa dalam pesawat. Beg galas ini juga digunakan semasa ke Arafah, Mudzalifah dan Mina. Beg galas boleh membantu Petugas TH, Pakej THTS dan PJH memberi bantuan jika bakal haji dalam keadaan kesulitan semasa perjalanan Arafah, Medzlifah dan Mina. Oleh itu bakal haji hendaklah menggunakan beg galas yang diberikan.
Bakal Haji Pakej THTS dan PJH, mereka akan mendapatkannya pada Pakej atau PJH yang mereka pilih.

1 comments:

Anonymous said...

Jemaah dari negeri lain bila nak dapat?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes