Jemaah Haji 1432H akan menduduki bangunan di Mekah terletak di antara 500 meter hingga 1000 meter dari Masjidil Haram. Kebanyakan jemaah dari Neraga lain terpaksa mendiami bangunan yang jauh iaitu di luar kawasan Tanah Haram dan akan menaiki bas untuk ke Masjidil Haram. Bangunan tersebut adalah bangunan-bangunan yang besar yang boleh menampung lebih 1,000 orang jemaah. Bangunan tersebut mempunyai kemudahan lif, hawa dingin, ruang legar yang luas.
Jemaah Haji Malaysia ditempat di 15 maktab di Mekahiaitu 10 maktab untuk jemaah haji Muassasah dan 5 maktab untuk Syarikat-syarikat pengelola jemaah haji dan pakej-pekej haji. Setiap maktab diperuntukan 2,500 hingga 2,800 jemaah.
Tabung Haji menyediakan pelbagai kemudahan sepanjang jemaah haji berada di Mekah. Perkhidmatan yang disediakan ialah kaunter kewangan untuk memudahkan jemaah membuat simpanan, pengeluaran, urusan bayaran dam serta korban. Perkhidmatan Pembimbing atau guru-guru agama, pusat perkhidmatan pelanggan, kemudahan kesihatan dan lain-lain lagi.
Jemaah haji telah maklum kedudukan bangunan di Mekah semasa di Tanah Air dalam sesi Kursus yang disediakan.
Sunday, October 16, 2011
MAKTAB JEMAAH HAJI MALAYSIA DI MEKAH
9:34 AM
Unknown
47 comments
47 comments:
Penginapan kami di Maktab 92 atau Hotel Jauharat Khazindar yang juga adalah Pusat Perkhidmatan Tabung Haji Mekah terletak hampir 1 km dari masjidil haram. Kami jemaah TH-Muasasah tahun ini kesal dengan pihak pengurusan Tabung Haji Malaysia dan pengurusan Maktab 92. Kami tidak dapat tumpu pada ibadat dan tidak merasakan kesempurnaan ibadat atas sebab-sebab berikut:-
1) Bilik-bilik disini kotor dengan unit-unit penghawa dingin yang penuh diselaputi habuk didalam bilik dan unit luar bilik pula penuh diselaputi hama, bulu dan tahi burung merpati.Kami menghidu racun ini setiap hari selama sebulan lebih di Mekah menyebabkan semua jemaah batuk, selsema, demam yang tidak pernah baik sehingga kini setelah kembali ke Malaysia. Adalah dikesalkan kerana tiada tindakan diambil oleh pengurus maktab, malahan pengurus ini tidak pernah ambil peduli tentang kesulitan jemaah menghadapi kerenah muasasah yang kebanyakannya sombong dan bodoh sombong. Bilik2 tidak pernah dibersih. Pengurus yang tidak ada ilmu pengurusan dan ilmu agama ini tidak peduli kerana dia tidak menginap di hotel murahan ala hotel di lorong Chow Kit era 80an ini. Kami gelar hotel ini hotel 'jauh', 'karat', sarat lalat sebab penuh dengan lalat setiap masa.
2. Air zam zam sepatut di sediakan tapi selalu tidak mencukupi dan hanya disediakan mengikut suka pekerja muasasah ini.Jemaah yang sakit & tak mampu berjalan 2 km setiap hari ke masjid untuk mengambil air zamzam terpaksa beli air botol.
3. Air panas pun tidak disediakan seperti yang dijanji TH. Jemaah terpaksa beli air botol berliter2 setiap hari kerana air paip kotor dan tak boleh digunakan.
4.Makan pagi tak disediakan TH. Mungkin sebab dah diberi RM4000 subsidi (subsidi pilihanraya), jemaah TH Muasasah terpaksa merayau2 mencari sarapan yang harag nya mahal melambung. Makanan pek tengahari & malam yang diberi oleh muasasah-TH 'tidak boleh ditelan lansung'. INi bukan mengada-ngada tapi kenyataan. Semua jemaah sakit perut memakan makanan arab/bangla/indon ini dan TH tak kesah kerana petugas TH tak makan benda yang sama.
5. Kenapa TIADA lansung makanan melayu di Mekah ? Hairan sungguh ! Yang ada hanya Felda D'Saji yang beroperasi dari hotel mewah AlSafwa berhampiran masjidil haram dengan harga makanan yang amat mahal.
6. Yang paling kami kesali adalah ketiadaan petugas Tabung Haji - di Madinah, Mekah, MIna, Arafah dan Muzdalifah ! Tiada pembimbing ibadat, tazkirah yang ada umpama melepas batuk ditangga, tiada apa-apa program pengisian ibadah selepas wuquf, seolah-olah petugas2 TH semua sudah pergi melancong atau balik Malaysia. Kemana pergi 800 orang petugas TH yang diberitakan ada di tanah suci? Kelibat mereka memang sukar kelihatan. Petugas TH ini rupanya buat haji juga, melancong bersama kroni & keluarga patutlah kebajikan jemaah tak dijaga.
Banyak lagi yang hendak diperkatakan tentang pengurusan YH yang lemah dan tidak berfungsi lansung bagi jemaaah haji Malaysia. Kalau setakat belikan tiket kapalterbang dan tempah bilik hotel , jemaah pun boleh buat sendiri. Nampaknya hanya itulah fungsi Tabung Haji Malaysia kerana perkara-perkara lain mengenai jemaah di Arab Saudi Tabung Haji tidak peduli!
Tabung Haji punyai aset berbilion ringgit - tak mampu kah menyediakan infrastruktur fizikal dan sosial di tanah suci untuk kesempurnaan ibadat haji jemaah Malaysia ???
TH bukanlah agensi yang amanah , hanya mengaut untuk seperti profit-making companies yang lain , yang pecah amanah dan mengamalkan rasuah.TH tidak mementingkan ibadat, tidak melaksanakan amanah menjaga kebajikan jemaah haji.
Kami jemaah berdoa semoga penipuan dan kezaliman Tabung Haji Malaysia didedahkan supaya rakyat tidak berterusan ditipu. Amin.
Pakej Haji Tabung Haji Muasasah adalah pakej haji TERMAHAL dan bukan nya pakej 'biasa'dan 'termurah'dipasaran. Jemaah yang bersangka baik semasa memilih pakej ini pada tahun 2011 ini MENYESAL kerana inilah perjalanan áir mata' kerana wang diperlukan bagi makanan, dobi, beli ubat difarmasi kerana ubat-ubat klinik Tabung Haji 'termurah'dan tidak berkesan lansung; bayar upah ibadat bagi yang tak mampu antara 300 hingga 400 riyal setiap ibadat ! Tabung Haji tidak memainkan peranan lansung mengambil tahu tentang kesulitan jemaah. Kelibat petugas TH memang tak kelihatan sejak mendarat di Madinah pada 11 Oktober 2011.
Kelemahan pengurusan Tabung Haji jelas sejak dari Kelana Jaya lagi. Menunggu di dewan selama hampir 2 jam untuk VIP-VIP merasmikan majlis, jemaah dikawal ketat seolah dalam penjara. Air minum pun dirampas, tak diberi bawa masuk. Yang belum bersarapan sakit perut dan muntah-muntah. Di KLIA juga waktu menunggu sangat lama. Air botol pun tak boleh diedarkan ke?
Program 'MENUNGGU BERJAM-JAM'nio memang sinonim dengan TH. Di Madinah airport yang kolot dan ketiadaan teknologi terkini menyebabkan jemaah pelbagai negara menunggu lebih 3 jam sebelum menaiki bas untuk ke hotel Al Haram Madinah. Dalam bas pun MENUNGGU lagi dengan drebar bas muasasah arab yang bodoh sombong, mengunci pintu bas, tidak bagi jemaah turun ke bilik air, tiada komunikasi , dan petugas Tabung Haji tidak kelihatan lansung. Tiada taklimat daalam bas, tiada taklimat bila sampai di hotel Al Haram Madinah.
Ya ALLAH, dedahkan lah kezaliman pengurusan Tabung Haji Malaysia dan pemimpin-pemimpin yang bersama nya. Amin.
Assalammualaikum
Jemaah Haji yang merasa di zalimi
Saya sangat bersimpati kepadanya kerana dalam sebuah bangunan yang didiami bagitu ramai jemaah Maktab 92 anda yang merasakan bagi pahit pengalaman semasa berada di Maktab tersebut. Jiwa anda merasa marah teramat sangat sehingga tidak merasa kemanisan dalam menjalani Ibadat Haji. Kekesalan yang membuap-buap, dan apa yang dilalui menekan perasaan anda. Anda merasakan seolah-olah setiap masa dan ketika anda tidak dapat menjalani harian anda di Tanah Suci. Anda telah mengeluarkan wang yang banyak, masa yang lama diperuntukan, menunggalkan sanak saudara semata-mata untuk melihat kebesaran Allah, tapi keburukan yang anda dapat. Saya hanya dapat mendoakan anda dicurahkan rahmat dan ketenangan dan dapat berfikir bahawa hidup ini adalah sementara dan akan kembali kepada Allah s.w.t.
Terima kasih dengan respon yang diberi. Sebenarnya saya mencari facebook atau blog Tabung Haji (TH) Malaysia tetapi tiada yang ujud. Jelas sekali TH takut hendak ber -forum dengan jemaah haji Malaysia yang mempunyai banyak isu untuk ditujukan pada mereka. Jika TH ikhlas & 'merasa' dipihak yang benar kami cabar TH mengadakan forum terbuka di media massa.
Urusan ibadat adalah urusan manusia dengan ALLAH. Alhamdulillah ALLAH telah memudahkan urusan ibadat haji saya walaupun terlalu banyak rintangan & halangan yang ditempuhi di Arab Saudi akibat kelemahan pengurusan & sikap lepas tangan, tidak profesional & tidak bertanggungjawab pihak TH.
Dugaan terbesar adalah urusan manusia sesama manusia dan itulah cabaran saya & jemaah TH MUasasah 2011 hadapi iaitu berurusan dengan pihak pengurusan TH yang jelas nyata TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
Haji yang mabrur atau tidak adalah kurniaan dari ALLAH semata-mata, bukan TH, kerajaan atau manusia. Manusia tiada hak untuk menilai ibadat individu lain samada diterima ALLAH atau tidak. Jangan lah kita takut hendak mendedahkan kebenaran tentang kelemahan & hipokrit nya agensi yang bernama Tabung Haji Malaysia ini kerana ditakut2kan kononnya kurang pahala atau tidak mabrur haji kita kalau marah atau komplen. Hai... kolotnya 'mindset' manusia ini yang telah terlalu lama di 'brainwash' dengan pembohongan di media massa, di tempat kerja sehinggakan konsep ibadat pun tersasar !!
Core business TH bukan lagi urusan haji, TH serupa lah dengan profit-making companies lain yang Islam atau tidak, dengan amalan-amalan perniagaan yang serupa. Soal kebajikan & ibadat bukan keutamaan mereka.
Sebaik mendarat di Arab Saudi, TH lepas tangan & tidak ambil tahu tentang kebajikan & hal ehwal pelaksanaan ibadat jemaah konon nya kerana segala-gala nya adalah dibawah kendalian Arab Muasasah. Muasasah Arab, Indonesia, Bangla & lain-lain bangsa ni hakikatnya memang sombong, bodoh & bodoh sombong. Tiada perkataan lain yang lebih tepat untuk menggambarkan mereka ini dan TH memang maklum tentang masaalah komunikasi, makanan, pengangkutan & banyak lagi isu-isu diantara muasasah & jemaah tetapi TH tidak ada kemampuan berfikir, berusaha & bertindak untuk melaksanakan amanah menjaga kebajikan jemaah sejak berpuluh tahun mengendalikan urusan haji hingga kini.
Hakikatnya, kita tidak perlukan Muasasah; Muasasah lebih perlukan kita jemaah Malaysia kerana musim haji adalah masa mereka mengaut keuntungan dari jemaah haji. Jika kaabah tidak berada di Makkah, umat Islam seluruh dunia tidak akan pijak bumi Arab Saudi. Tetapi, hairan sungguh pihak kerajaan kita & TH tidak berani angkat muka dengan Arab Muasasah ini walau dah berpuluh tahun berurusan dengan mereka. Maka jadilah kita jemaah Malaysia terperangkap dalam penjara Muasasah sebagai mangsa kezaliman kedua-dua pihak TH dan Arab Muasasah.
Tulisan saya adalah dari pengalaman sendiri & tiada motif politik. Saya kesal dengan TH kerana tujuan saya ke tanah suci untuk tumpu pada ibadat. Saya kasihan pada bakal-bakal jemaah haji yg akan berterusan dizalimi dengan penipuan TH selagi kebenaran tidak didedahkan.
Jemaah telah ada kemampuan dari segi kesihatan & kewangan untuk melaksanakan ibadat haji tetapi kerajaan Malaysia TIDAK MAMPU menguruskan kewajipan ini kerana ketiadaan agensi yang mampu melaksanakan amanah ini dengan ikhlas & profesional.
ALLAH Maha Mengasihani - laksanakan ibadat haji hanya bagi yang MAMPU.
Assalamualikum wbr...
Pengalaman saya agak berbeza dgn saudara. Dan saya dari Maktab 90 (Haji 2011). Alhamdulillah saya berpuas hati dengan perkhidmatan Tabung Haji.Tentulah keselesaan agak kurang jika dibandingkan semasa dirumah kita Malaysia. Saya bershukur kerana di Mekah/Madinah saya dikelilingi oleh sahabat2 yg baik.
Saya percaya TH sentiasa memperbaiki perkhidmatan.Kalau boleh saya cadangkan agar TH sediakan seorang Ustazah utk Jemaah Haji wanita pada setiap Maktab supaya senang berusrusan jika menghadapi masalah berkaitan ibadah wanita.
Kalau diizin Allah saya akan menguna perkidmatan TH lagi.
TerimaKasih TH.
Waalaikummussalam
Saya sungguh gembira dengan maklumat Jemaah Haji Maktab 90. Anda telah menyebarkan berita yang menyenangkan kepada bakal-bakal haji, mudah-mudahan mereka bersemangat untuk menunaikan haji pada tahun mendatang. Saya doakan anda mengekalkan KEMABRURAN HAJI dan semoga mendapat Kerahmatan Allah s.w.t. Amin..........
Assalamualaikum,
Saya setuju 100% apa yang diluahkan oleh saudara DXchange dan ingin menambah, berilah ilmu dan takzirah kepada jemaah-jemaah yang tinggal di pendalaman. Mereka ini tidak dapat menjalani kursus asas haji ataupun mereka hanya berkesempatan hadir untuk satu atau dua kali kursus sahaja, kerana tempat yang jauh agaknya.Dengan ilmu yang sedikit dan tiadanya para pembimbing di tanah suci golongan ini (bukan semua) hanyut dalam acara membeli-belah hampir setiap hari dan hanya bersembahyang di surau maktab. Mereka ini pula akan menganggu/mempertikaikan dengan kata-kata sindiran kepada jemaah-jemaah yang tidak membeli apa-apa(hanya wakafkan Al-Quran di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan duit pemberian/hadiah saudara-mara)dan marahkan/sindir jemaah yang sembahyang 5 waktu di Masjidil Haram/Masjid Nabawi.TH sepatut nya mencontohi jemaah Indonesia dimana mereka sentiasa di bimbing didalam semua ibadah dan terkenal amat berdispilin. Jemaah Indonesia terdiri daripada hampir 230 ribu orang berbanding jemaah Malaysia hanya 28 ribu sahaja iaitu hampir sama dengan jemaah dari Bandung. Tolong laa.. TH kami ingin di bimbing. Bimbing lah kami. Wassalam. Nota: Tuan Haji Mazlan terima kasih kerana memberi ruang dan peluang dalam blog tuan haji agar kami dapat meluahkan isi hati.Semuga usaha murni Tuan Haji diberkati Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Alamin.
cikgu maktab 91
Assalamualikum wbr...
Saya bersetuju dengan pendapat Anonymous december 19, saya juga dari Maktab 90 (Haji 2011). Alhamdulillah saya amat-amat berpuas hati dengan perkhidmatan Tabung Haji. Saya bersyukur kerana sebelum saya ke tanah suci melalui muasasah pelbagai cemuhan yg saya dengar tapi alhamdulillah perjalanan/perkhidmatan TH di madinah, mekah, arafah, mudzdalifah, mina berlainan dengar cerita yg saya dengar.Saya amat-amat berpuasa hati dengan petugas tabung haji maktab 90 kt 10, terima kasih. Kalau diizin Allah saya akan menguna perkhidmatan TH lagi.
TerimaKasih TH.
Assalamualaikum
Terima kasih kepada pandangan cikgu maktab 91. Beliau telah menyatakan bahawa jemaah haji perlu mempunyai ilmu pengetahuan berkaitan mengisi masa, semasa di Tanah Suci, jika tidak mereka akan menghabiskan masa kepada perbuatan yang kurang berfaedah.
Oleh itu bakal-bakal haji yang akan menunaikan haji hendaklah mulai sekarang mendalami Ilmu berkaitan Keistemewaan Tanah Suci dan Kelebihan beribadat di Tanah Suci. Menuntut Ilmu adalah Wajib bagi seorang Muslim. Kita kena cari guru supaya ilmu yang dipelajari Berkat. Dapatkan Izin Ilmu yang diperolehi dari guru atau Ustaz.
Assalamualaikum
Jemaah Maktab 90 25 Disember 2011
Taniah kerana anda telah merasa kepuasan melaksanakan Ibadat Haji walaupun suasana di Tanah Suci tidaklah selesa dibandingkan keadaan di rumah atau di Tanah Air.
Haji Mabrur Milik Anda.
Assalamualaikum,
Saya jemaah dari Maktab 93, Alhamdulillah saya dan suami dapat menyempurnakan ibadah haji dengan baik tanpa sebarang masalah, segalanya dipermudahkan Allah. walaupun kedudukan Maktab yg agak jauh, secara keseluruhan dengan RM10,000 saya rasa perkhidmatan TH boleh dikategorikan memuaskan dan baik. Walaupun ada sedikit sebanyak yg tidak memenuhi citarasa, what u expect with that RM10K?. Cuma perkhidmatan di Kelana Jaya harus diperbaiki lagi. Keaadan sangat2 tidak selesa sebelum keberangkatan, jemaah dan para keluarga yg menghantar tersangat padat. Tersangat-sangat letih sementara menunggu utk check-in, keadaan spt ini perlu diperbaiki.
Pandangan ikhlas utk TH pada masa hadapan dan jemaah akan datang.
Assalamualaikum
Puan Maktab 93 catatan 29 Dis. 2011
Taniah puan dan suami kerana berjaya menghadapi ujian yang dilalui di Tanah Suci. Haji Mabrur.
Cadangan penambahbaikan di Kompleks Haji Kelana Jaya. Harap dapat puan dan sesiapa dapat fokuskan perkara yang boleh diperbaiki dan cadangan. Semoga niat Ikhlas kita di Rahmat Allah.
Assalamualaikum
Penginapan saya di Maktab 92 Lulu Altawhid. 900 meter dari Masjidil Haram.. Dxchange complain mungkin disebabkan hotel Hauharat adalah bangunan yang agak lama.. Tetapi hotel kami agak selesa..
Dari segi pengurusan mungkin kurang perhatian dari TH. Maklumlah jemaah ramai.. Saya salah seorang sahabat TH.. Memang saya dapati petugas TH telah berusaha memberikan yang terbaik.. Tetapi mungkin kurang pengalaman petugas itu sendiri membuatkan perkhidmatan tersebut tidak dirasai oleh semua jemaah..
Walau bagaimana pun, semua ini memberi pengalaman dan pengajaran untuk kita semua. Jika diizinkan ALLAH saya tetap akan memilih TH-muasasah kerana saya dapat berjumpa dengan banyak ragam manusia yang memberi pengajaran kepada saya..
Sesungguhnya ALLAH maha pengasih dah penyayang. Perjalanan saya sentiasa dipermudahkan dan segalanya terpulang kepada jemaah itu sendiri untuk membuat/mendapat perkara yang terbaik..
Saya dr Maktab 90 Hotel Masat Al Harery merasa sgt berpuas hati dgn pengurusan maktab t'sebut. Ceramah sentiasa diadakan sehingga kami hampir berangkat ke Arafah.Dari segi mkn tghari dan mlm juga saya tiada masalah.Semuanya lauk pauk M'sia. Mmg ada juga rakan sebilik yg kurang b'selera tp itu atas selera masing2.Saya ada juga menghadapi beberapa masalah terutamanya ketika balik dr Mina tp saya menganggap itu adalah ujian dr Allah. sekadar perkongsian dari saya .
Assalamualaikum w.b.t
Saya juga dari maktab 92, Hotel Jauharat Al Khazindar. Hotel ini agak uzur, itu saya akui. Namun saya tidak memandang keuzuran itu sebagai masalah utama di sana.
Saya Juga tinggal di hotel Al Haram semasa di madinah. Hotel Al Haram Jauh lebih moden dan bersih, tapi saya batuk teruk di sana. Sebaliknya bila di Mekah, Hotel yang dikatakan punca batuk dan demam tak baik-baik ini tidak pula menjadikan sebab untuk saya sakit. Saya tak pernah demam ketika di sana dan batuk saya hanya batuk batuk kecil sahaja.
Tidakkah kita yakin penyakit itu dari Allah? Berburuk sangka dengan Allah itu sahaja sudah cukup menggambarkan betapa kita tak pernah bersyukur. Cuba kita perhalusi, siapa yang sebenar2nya menjemput kita ke tanah suci?
Cara, pengalaman dan aturanNya atas Qadar masing-masing, namun hakikatnya rezeki sebutir nasi pun Dialah yang aturkan. Kenapa perlu berkeluh kesah jika kita bersedia 100% menjadi TetamuNya?
Sedikit ujian menjadi beban jika kita tidak jadikan ujian itu teladan....
Saya berpuas hati malah berterima kasih dengan Pengurusan TH dan Maktab 92. Kita bukan pergi melancong dengan pakej percutian mewah. Syukurlah dengan apa yang ada. Dah sampai ke sana pun SYUKUR! Kerana ada yang masih menunggu sehingga tahun 2042!
Setakat masalah penginapan, kita bukan ke sana untuk 24 jam merasai kemewahan hotel.
KT 6, 01/10/11-15/01/11
Assalamualaikum wbh.
Terkenang dan rindukan pengalaman di Tanah Suci, saya surf dan jumpa beberapa komen di sini. Saya in san yang dhaif disisi Allah SWT ini rasa terpanggil untuk memberi sedikit pandangan.
Allah SWT telah mmengizinkan saya ke Tanah suci dengan menyertai KT04 dari K. Terengganu terus ke Madinah pada 30 Sept. 2011. Tidak menggunakan khidmat pakej tapi hanya sekadar muassasah TH. Memang banyak dugaan yang diberikan oleh Allah SWT.
Sebelum berangkat saya telah membuat banyak persediaan fizikal dan mental. Selain dari kursus bersiri TH, saya mengikuti kelas2 yang dibuat oleh ustaz tertentu. Dari 2 malam seminggu kepada setiap malam selepas Ramadhan. Buku rujukan tidak kurang juga menjadi habuan saya. Pengalaman yang diceritakan oleh mereka yg pernah mengerjakan Haji di dalam internet juga menjadi rujukan.
Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu di dada ini, kebanyakan cabaran dan dugaan itu menjadi pengalaman manis yang tidak terhingga. Sehinggakan hati ini sering merintih untuk ke sana lagi. Rasanya tidak puas melakukan wukuf, mabit di Muzdalifah dan Mina, melontar jamrah, tawaf, saie dan bergunting/cukur. hati ini terasa ingin mengulangi lagi. Cukup rindu untuk mengulanginya lagi. Semoga saya diberikan izin oleh Allah SWT untuk berhaji lagi.
Saya tinggal di Masat Al Hariry di bawah pentadbiran Maktab 90. Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang di berikan oleh TH. Saya rasa kita tidak perlu melihat kepada perkhidmatan yang diberikan oleh pakej yang mahal-mahal tetapi eloklah kita lihat kepada jemaah yang terpaksa bermalam di bawah bangunan pejabat syarikat pembinaan, di dalam masjid dan sebagainya. Kita jauh lebih selesa daripada mereka. Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan.
Tahniah TH dan pengurus Maktab 90. Terimas kasih di atas segala-galanya....
Assalamu'alaikum w.b.t,
Saya Hj Hamzah Abd. Rahman (Haj 2011, KT16, Maktab 100)
Syukur alhamdulillah selesai sudah ibadah (rasanya nak gi lagi) dan saya redha atas apa jua yg saya harungi/lalui/alami semasa berada selama 46 hari di tanah suci. Mesti ingat, walaupun kita berkemampuan atau tidak, hanya diatas izinNya jua kita sampai.... SEMUA jemaah menerima BAHAGIAN masing masing tidak kira muassasah atau package! ini di takdirkanNya! Tinggal dibawah jambatan pun sama dgn yang menginap di Dar Al Tawhid. Kita mesti merenungkan kelemahan sendiri, apakah ini yg mahu ditunjukan olehNye pada kita? baru diuji sedikit dah mula menyalahkan itu ini begitu begini! wake up bro... hanya yg saya nak bagitau TH, sediakan khidmat mutawwif, malu kita ngan negara jiran! yg selebihnya we still can 'endure' lah, lagipun gi sana bukannye nak bersantai!
Assallamualaikum, Saya jemaah haji 2011 dari KT10, maktab 70 dan menginap di Masat al Hariry di Mekah.
Melihat dan memperhalusi luahan DXchange bagi saya memang ada kebenarannya. Tidak semua petugas haji yang bertugas mampu memberi komitmen yang terbaik buat jemaah haji. Ada sesetengah mereka yang lebih mementingkan diri dari menjaga jemaah. Mujurlah pada ketika saya menunaikan haji sy juga menyertai rakan TH. W'pun first time mengembara tapi kami mampu membantu jemaah lain yg memerlukan. Bukan utk menunjuk-nunjuk tapi ini satu kenyataan bahawa kami rakan TH lebih fokus untuk membantu disamping menjalankan ibadah. Tidak sesetengah petugas TH yang saya fikir mereka kesana sekadar memenuhi arahan semata. Bukan semua tapi kebanyakkan begitu terutama bagi yang muda-muda. Hanya mementingkan profile mereka shj tapi nak tolong angkat beg jemaah yang tua-tua pun susah. Harap komen ini dibaca oleh mereka agar mereka lebih sensitif dan peka dgn keperluan jemaah yang telah tua. Tk
Assalamualaikum
Saya & suami juga menginap di Jauharat Khazindar, Maktab 92, KT06. Alhamdulillah, saya bersyukur & berpuashati dengan tempat penginapan & layanan TH semasa di hotel tersebut. Walaupun hotel ni agak jauh 750m dr Haram tp Alhamdulillah saya sentiasa ke Masjid utk solat....
Mungkin hotel ini hotel lama ttp saya hanya blk utk tidur/makan, lps tu ke masjid.....bersyukur sgt berbanding dgn jamaah negara lain yg lbh teruk drpd kita....
ini membuktikan kebesaran Allah! sapa yg banyak dosa memang akan diuji dan kalau tidak sedar lagi dan masih mengagungkan nikmat dunia, tak taulah nak cakap apa lagi! baik mintak pi haji sekali tapi pi dgn pakej yg RM100,000 baru berbaloi dgn standard awak tu. saya mintak maaf bebanyak kalau kata kata saya ni menyinggung mana mana pihak yg makan cili api
Assalamualaikum.. Haji Mazlan.. saya terpanggil utk memberi sedikit ulasan terhadap mutu perkhidmatan TH semasa berada di Tanah Suci 2011. Saya dpd jemaah kt10, maktab 90 di Masat Hariry tersangat berpuas hati dgn layanan yg diberikan oleh pihak TH. terkilan rasanya bila TH dikomen begitu begini. Alhamdulillah.. dpd tarikh dpt surat pnggilan mnjadi Dhuyufurrahman 2011, kursus haji, di Madinah dn Mekah semuanya brjalan lncar. Petugas TH sgt mesra alam. Bagi saya TH telah berikan yg terbaik. Jika dijemput oleh Allah mnjadi tetamunya lagi saya tetap akan memilih TH. Syabas TH..kita tidak dpt memuaskan hati semua pihak.. tapi saya percaya, kepuasan, keselesaan semasa berada di bumi Haramain adalah datang dpd Allah dn sntiasa berbaik sangka sesama insan>>> rindu Haramain.
OmG... InsyaAllah giliran saya 2013. Takut membaca komen mengutuk TH. Teruk sangat ker? Teringin nak tahu apakah penambah-baikan yang TH telah lakukan dimusim yang lalu dan apakah perancangan untuk tahun ini. Tuan haji boleh tolong jelaskan? Sebab bagi saya yang tidak mampu untuk membayar 100,000 untuk pakej yang selesa...komen di atas membuatkan saya merasa cuak.
Salam..
Saya rasa tidak salah untuk memberi komen sama ada yang positif atau negatif..tetapi sebagai manusia islam juga kita tidak perlu mengkritik komen yang ada..sepatutnya ianya dijadikan iktibar kepada sesetengah pihak..mungkin ada yang terlepas pandang..dan saya rasa ianya adalah komen yang berguna dan sepatutnya dijadikan kritikan untuk penambahbaikan..jangan pula kerana komen negatif dikatakan ia adalah habuan/bahagian yang beliau dapat..sy rasa beliau hanya memberi maklum balas terhadap perkhidmatan sahaja.. jangan pula kita riak bahawa kita terlepas dari kesusasahan tersebut....kadang kala rata-rata kita lihat..jika komen negatif ramailah tidak suka..dan terus tk dijawab..lihat lah jika komen positif..wah..
cuba kita buat survey/research berapa percent kah komen-komen ini dibuka dimata rakyat malaysia..?
so..yg baik terus dikekalkan..yang buruk perlu tambahbaikan..
Terimah kasih..
Yang suka kepada komen yang positif dan negatif..
assalamualikum.. pesanan kepada bakal jemaah haji yg akan datang, betul2 memahami maklumat perkhidmatan yg tabung haji sediakan semasa kita berada disana agar tidak terjadi salah paham spt yg dialami oleh dxchange... satu lagi kita boleh mengkritik utk membina bikan semata2 mencari kesalahan...
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah sy n suami tlh ditempatkn di maktab 96 hotel land premium mekah .wp jauh tapi sgt brsyukur krn diberi ksihatan yg baik dn pginapan yg amat selesa . sy diberi bilik utk tiga org wp sy mgikuti muassasah. syukur sgt diberi kmudahan. pesanan kpd bakal tetamu-Nya thn ini agar sntiasa mmhn dipermudhkn.
Assalamualaikum,,
Alhamdulillah sy n suami tlh ditempatkn di maktab 96 hotel land premium mekah .wp jauh tapi sgt brsyukur krn diberi ksihatan yg baik dn pginapan yg amat selesa . sy diberi bilik utk tiga org wp sy mgikuti muassasah. syukur sgt diberi kmudahan. pesanan kpd bakal tetamu-Nya thn ini agar sntiasa mmhn dipermudhkn.
Syukur Alhamdulillah...saya telahpun menunaikan fardhu haji pada tahun 2012 yang lalu. Alhamdulillah...segala-galanya berjalan lancar dan mudah. Sentiasa kita baca doa "Allahumma Robbi Yassir Wala Tu'assir Wa at mimbil Khoir...saya ingin memberi pendapat ...kalau boleh di atas penerbangan pergi dan balik seeloknya suami isteri duduk sebelah menyebelah terutamanya waktu malam. Saya dimaklumkan oleh petugas airport semasa membuat timbangan barangan, katanya LTH yang telah beri kedudukan tempat. Maaf. Ini sekadar cadangan saja.
Assalamualaikum
Saya menginap di Maktab73 semasa menunaikan Ibadah Haji 2010 dan di
tempatkan di hotel penginapan yang jaraknya ke Masjidil Haram lebihkurang 750m....lebih baik drpd jemaah negara jiran yang melebihi 2km.....
Alhamdullilah tiada apa-apa masaalah dari segi Tempat penginapan, makanan atau lain-lain walupun kedudukannya lebihkurang 750m untuk ke masjidil haram.... Saya rasa apa yang dibuat/diuruskan oleh LUTH bagi melaksanakan Ibadah Haji secara MUASASAH dgn kos setelah diberikan subsidi lebihkurang RM10K adalah yang TERBAIK..
Janganlah kita suka merungut mengenai perkara yang remeh spt makanan yang disediakan tidak boleh di TELAN oleh kerana tidak mengikut selera kita orang Malaysia ataupun air zam-zam kurang di hotel oleh kerana air zam-zam sentiasa ada di masjidil haram sekiranya kita selalu berniat untuk beritikaf dan beribadah di masjidil haram..bukan di hotel penginapan......
Saya juga ada berjumpa dan berbual dengan Jemaah Negara kita yang menggunakan secara PAKEJ tetapi masih merungut mengenai perkhidmatan yang diberikan oleh pihak PAKEJ dan mengatakan secara apa yang diuruskan oleh LUTH secara MUASASAH adalah yang TERBAIK...
lagi pun TUJUAN UTAMA kita ke Mekah adalah untuk melaksana Ibadah Haji salah satu drpd RUKUN ISLAM....
Assalamua'laikum wbt.
Saya setuju dgn pendapat tuan.
InsyAllah, saya akan mengikuti rombongan haji pada tahun ini 2013 Penerbangan KT44. Saya memohon keredhaan Allah agar perjalanan ini di restui..takdirnya saya menempuh seperti pengalaman saudara d maktab 92, saya berjanji pada diri saya untuk menempuh cabaran tersebut dengan senang hati jauh sekali dari menyalahkan petugas TH.
Harusla di renungkan betapa mudahnya cabaran kita berbanding dengan datuk nenek , moyang2 kita yg menempuh perjalanan jauh sehingga ramai yg mati dan jatuh sakit. Bersyukurla dan saya sungguh2 yakin TH telah melaksanakan tugas mereka dengan baik dalam rintangan2 disana yg juga sungguh mencabar. Syabas TH Allah jua yg membalas jasa2 petugas2 anda. Wassalam
assalammualaikum whb..sy mdpt peluang mengerjakan haji tahun 2012 dn ditempatkan di hotel land premium mktb 96...secara peribadinya sy berpuas hati dgn perkhidmatan yg diberikan oleh TH memndangkan keadaan manusia yg terlalu ramai, jd tidaklah sy mengharapkan perkhidmatan kelas pertama. Cumanya sy sentiasa memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan ibadah dan mendapatkan kesihatan yg sngt baik agar dpt beribadah secara sempurna. Alhamdullillah segala doa sy diperkenankan Allah yg mana dari tanah air sy kurang sihat tetapi menjadi lebih baik di bumi Makkah..sykur pada Allah ..cumanya ujian sy hanyalah bersama teman2 sebilik yang sgt mencabar...apa pun sy redo kerana ujian yg diberi pasti ada hkmahnya..yakini Allah Maha Pengasih dan Penyanyang dan bykkan berdoa..insyaallah di perkenankn dan dipermudahkan urusan..jgn mengharap sesuatu yg sgt istimewa dari TH kerana sbg tuan rumah kekadang kita juga tidak mampu melayani tetamu yg datang ke rumah kita ..apa yg penting perbanyakkan doa memohon dari Yang Maha Berkuasa...
Allhamdulillah selesai mengerjakan haji tahun ni.. saya ditempatkan di hotel land premium.. jaraknya 800meter dari masjidil haram.. walaupun jauh jika niat kita ikhlas untuk mengerjakan ibadat haji insyaallah tuhan permudahkan.. saya cukup gembira dengan layanan tabung haji.. ceramah mengenai kerja2haji kerap diadakan.. masalahnya ramai jemaah kita yang tak pergi ceramah kat surau.. kita bersangka baik mungkin mereka telah faham sepenuhnya akan kerja2 haji.. sepanjang berada di masjidil haram saya sempat berbual dengan jemaah dari negara lain.. kita patut bersyukur dengan rm9950 dapat hotel kat mekah paling jauh 1km.. makan disediakan tengahhari dan malam.. makanannya ok.. kadang2 ada juga yg tak menepati selera.. takda hal.. kedai makan berlambak kat luat hotel.. jemaah haji indonesia membayar lebih kurang rm13ribu untuk menunaikan haji.. hotel mereka lumayan jauh paling dekat 0.65km sehingga 7km.. makanan mereka hanya disediakan di madinah.. di mekah jemaah haji indonesia memasak sendiri makanan pagi, tghhari dan malam mereka.. kos untuk jemaah dari china pula lebih kurang rm20k.. mereka pun terpaksa memasak sendiri makanan.. hotel mereka juga jauh dari masjidil haram..
saya dan semua rakan sebilik 2009 di salah satu maktab TH berpuas hati dengan segala kemudahan yang disediakan sbb rasa sgt berbaloi dgn apa yang kmi bayar, jika ada satu dua kelemahan tidak menjejas keselesaan kami dan kmi anggap ia kesalahan dari kami sendiri, habuan masing masing Allah dah tentukan, dan jadi pengajaran pd kami, dan kmi sgt rekemen guna muasasah dan jgn rasa cuak dgn komen komen negetif, wlubgi mana pun adalah bagus jika TH dpt menambah baik kualiti perkhidmatan dari masa ke semasa selaras dengan keperluan semasa yg sentiasa berubah
saya pun hairan juga bila baca komen yg sgt negetif dari Dxchange, smpi begitu sekali ke? tiada siapa yg yg kami jumpa pernah beritahu begitu, mcm teruk sgt bunyi nya, tapi itu sudah takdir Allah jika benar dan kita ambil pengajaran dari nya, kenapa ia jadi begitu hanya Allah yg tahu. saya tahu petugas tabung haji juga sebok utk melayan keranah berpuluh2 ribu jemaah dan mereka pun bukan nya org yg setiap hari berada di sana, bila sekali sekala di tmpt org kita pun boleh terlupa apa yg patut dilakukan dan saya dpt rasakan yg mereka sgt penat sbb tidak tidur terutama masa di Mina mengurus pelbagai masalah terutama orang yg hilang, saya ada saksi kan nya, kasihan mereka, tapi mgkin juga ada petugas yg tidak bertanggung jawab, itu walallahuallam, sbb sifat sifat peribadi manusia adalah pelbagai dan sbgi org yg di beri amanah tentu mereka harus tahu tanggung jawab mereka.saya yakin org yg mengalami pertisiwa buruk tentu akan merasakan segalanya pahit belaka bila hati sudah marah dan tidak berpuas hati. Mari kita doa kita di berikan kebaikan dan peluang yg lebih baik di masa hadapan
Hancur haji ni... hanya title jelah.
Budaya Arab tak sama dgn kita. Di Malaysia bas tunggu kita tapi di Arab kita kens tunggu bas. Semasa musim haji pergerakan bas-bas dikawal ketat oleh polis arab dan pastinya bukan polis Malaysia. Rakyat KSA (Kingdom of Saudi Arabia) pun kena daftar dan tak dibenarkan bawa kereta. Kereta kena parking ditempat khas kemudian naik bas. Mereka juga membayar utk laksana haji. Allah dah dedahkan ketongongan penduduk Malaysia yang manja dan asyik komplen saban tahun.
Memang bermasalah.... jan nikmat jadinya... pengalaman yg tiada nilai. Dulu naik kapal duduk khemah sekarang naik kapal terbang untung nasib dpt duduk first class atau bussiness class.
Hati busuk... TH dpt untung mcm mana? Melabur.dan mensubsidikan kembali pada jemaah. Yang paling mahal dalam urusan TH adalah booking bangunan tempat tinggal. Booking dibuat 3 tahun awal dgn bayar pajak....pergerakan bas bukan dikawal oleh TH tetapi oleh kementerian Haji Arab. Menunggu lama tu biasa dan tak pelik... tapi lebih selesa berbanding zaman nabi naik unta dan jalan kaki.
Assalamualaikum w.b.t. Saya jemaah haji 2011. KT 6 direct dari kuala terengganu ke madinah .juga ditempatkan di maktab 92 (hotel jawharat al khazindar). Alhamdulillah sepanjang menginap di sana tidak ada sebarang masalah bagi saya. semua berjalan dengan baik dan teratur. Apa yang saya lihat petugas haji menjalankan tugas dengan baik. Tazkirah mingguan yang besesuaian dengan ibadah yang perlu dilakukan dalam hari yang terdekat diadakan sejaca berjadual. Makluman adanya tazkirah ditampal di setiap laluan jemaah hatta di dalam lif juga terdapat jadual tazkirah. kemudahan yang disediakan sangat baik...ada klinik kesihatan. pegawai perubatan yang bertugas juga menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang. Kaunter tabung haji sentiasa beroperasi dengan baik. sataf yang bertugas juga sangat mesra pelanggan/ mesra dengan jemaah. Begitu juga dengan pengurus maktab . beliau sentiasa memamstikan keselesaan jemaah. Bagi saya walaupun hotel tersebut hotel yang lama dan kuranglah sedikit keceriaan jika dibandingkan dengan al safwah..tapi alhamdulillah saya tak nampak pun hatta seekor lalat atau nyamuk. mungkin Allah s.w.t tutup pandangan kepada kekurangan yang ada. Syukur juga kepada tuhan saya tidak mengalamai sebarang demam atau batuk batuk...alhamdulillah Allah bagi kekuatan kepada saya kerana saya dijemput oleh Allah bersama jemaah yang sangat uzur. Alhamdullilah pihak tabung haji sangat mengambil berat kesihatan pakcik. (semoga Arwah pakcik ditempatkan bersama arwah para hambanya yang soleh/ pakcik meninggal setelah beberapa tahun kembali ke tanah air- al fatihah untuk arwah pakcik). Alhamdulillah juga kerana bagi kami..makanan yang disediakan oleh muassasah juga kene dengan selera. tidak ada masalah langsung. masih teringat ingat kenangan berbaris nak ambil makanan setelah kembali dari masjid. makanan sentiasa panas....seronok makan ramai ramai. Banyak lagi kalau nak tulis tentang tentang keseronokan dan kebahagiaan berada di tanah suci. sesungguhnya ketenangan dan kebahagiaan bukan bergantung kepada hotel yang murah atau mahal...tetapi kerinduan dan keseronokan untuk beribadah....semoga kami dapat menjejakkan lagi kaki ke tanah suci.....moga insan lain juga akan merasai kebahagiaan yang kami rasai. Amin ya rabbal alamin....sekali lagi..tahniah kepada pengurusan haji. bertabahlah menghadapi dugaan.
Tak sabar saya nak buat Haji di Mekah
Alhamdulillah..kami maktab 88 d land premium ok ja..walaupun setiap hari jalan 1km ke masjidil haram..pengurusan TH yg terbaik..walaupun hotel ni biasa2 ja..dan ada yg share 4-10 org sebilik..tetap selesa..tahniah TH.
Dan peringatan jg gi buat ibadah haji ini tidak menjanjikan keselesaan..lihat jemaah dr pakistan dan afghanistan..kebanyakan tidur d khemah d bukit2..so bersyukurlah dengan apa yg d sediakan oleh TH
Assalammualaikum. Bagi saya memang ada kebenaran, kelebihan dan kekurangan dari pihak TH, muasasah dan sebagainya. Walaubagaimana pun, saya bersyukur pada Allah swt kerana terpilih menunaikan ibadah haji bersama suami pada tahun 2015.( KT46 ) Semua ini adalah ketentuan Allah swt dan semua Jemaah yg terpilih memang telah dipanggil oleh Allah sebagai tetamuNya. Keadaan dan rezeki semua orang tak sama.Semuanya telah ditentukan oleh Allah swt. Kita patut rasa syukur selalu dan apa yang kita lalui disana adalah pengalaman yang amat berharga dan tak ternilai dengan bayaran yang kita keluarkan. Saya bersama suami berterima kasih dengan pihak tabung haji dan semoga tabung haji Malaysia terus maju dan dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan pada jemaah-jemaah yang akan datang. Melihat keadaan jemaah-jemaah dari negara lain yang susah, saya rasa jemaah-jemaah dari Malaysia memang beruntung. Alhamdullillah, syukur selalu.
Are you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)
Your Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com
Phone number :+44-75967-81743 (WhatsApp Only)
assalamualaikum...
saya muassasah kt44 maktab 91 rehab jadnariyah pada tahun 2015. alhamdulillah, sepanjang berada di sana cukup tenang, gembira dan teruja untuk melakukan ibadah. saya ketika itu bersama adik lelaki, ibu ( jemaah yg menggunakan kerusi roda ) dan bapa saudara. meskipun tahun itu pelbagai peristiwa berlaku di mana kren runtuh dan peristiwa rempuhan di minna namun, itu tidak menghalang petugas tabung haji bertugas dengan penuh dedikasi. bilik hotel yg saya duduki adalah di antara 2 bilik yg di huni 7 jemaah, manakala bilik2 lain kurang dr itu. walaupun pada mula berasa agak ragu2 namun, alhamdulillah, semua di permudahkan. tiada seorang pun dr para jemaah dlm bilik hotel saya mendatangkan masaalah. begitu juga semasa di arafah.kdgkala ada makanan yg tak dapat sampai pada kami kerana petak di hujung, tapi itu bukan masaalah besar. tak salah jika rajin bangun dan ambil sndiri atau suarakan pada jemaah2 lain yg berada di barisan hadapan. begitu juga semasa berada di madinah. malahan ketika saya hendak menyimpan semua wang dlm riyal di dalam tabung haji pd mlm sebelum penerbangan pulang, pihak sana menasihati supaya simpan sedikit wang kocek takut jika ada sebarang kesulitan di airport. ya Allah, indah sunggguh pengalaman di sana. Andai di beri peluang lg, pastinya saya akan memilih tabung haji.
Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413
Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.
Post a Comment