Thursday, November 3, 2011

Perkhidmatan monorel Arafah-Mina siap

MAKKAH: Sistem monorel Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (Makkah Metro) kini siap sepenuhnya bagi membawa jemaah haji antara Arafah dan Mina.

Penolong Pengurus Stesen Arafah 1, Yuszaini Mohd Yusop, berkata pada musim haji tahun lalu, perkhidmatan itu beroperasi hanya 35 peratus.
"Perkhidmatan tren ini adalah bagi mengatasi kesesakan jalan raya yang sering berlaku pada setiap musim haji terutama ketika jemaah bergerak menuju ke Padang Arafah untuk melakukan wukuf," katanya di sini.
Wukuf iaitu satu daripada rukun haji yang mesti dipenuhi oleh setiap anggota jemaah, pada tahun ini ialah pada 5 November bersamaan 9 Zulhijjah.

Jemaah dengan berpakaian ihram akan bergerak dari Makkah menuju ke Padang Arafah pada 4 November dan bermalam di sana.

Yuszaini adalah seorang daripada 146 kakitangan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang dipinjamkan bertugas dengan Makkah Metro.

Sistem monorel itu mempunyai sembilan stesen melibatkan tiga lokasi utama iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina (setiap tempat mempunyai tiga stesen), dengan jarak 20 kilometer.
Yuszaini berkata, monorel sepanjang 300 meter mempunyai 12 gerabak dengan 60 pintu, mampu membawa antara 3,500 dan 4,000 penumpang setiap perjalanan.

Monorel dengan kelajuan 80 kilometer sejam dilengkapi pendingin hawa, peralatan keselamatan dan kecemasan serta pemantauan kamera litar tertutup.

Beliau berkata, kepakaran yang dimiliki kakitangan KTMB dalam mengendalikan sistem pengangkutan serupa di Malaysia mendapat kepercayaan pihak berkuasa Arab Saudi untuk mengendalikan perkhidmatan Makkah Metro.

Kumpulan wartawan dari negara Islam turut dibawa meninjau persiapan untuk menerima jemaah haji dari seluruh dunia di Padang Arafah.

Khemah sudah didirikan untuk menempatkan jemaah mengikut benua dan negara.
- BERNAMA 31/10/2011

5 comments:

Zul Salleh said...

Ustaz pohon waktu solat zohor,asar dan maghrib kat Mekah jam berapa?

T/Kasih

Haji Mazlan said...

Assalamualaikum

En Zul

Waktu Solat Zuhor 12.05, Asar 3.19 dan Magrib 5.44. Waktu Malaysia cepat 5 jam dari waktu Arab Saudi

Anonymous said...

salam, monorel untuk jemaah arab saja. jemaah asia tak rasa pun.jangan lah kita hebohkan perkara ni.

BSMART said...

Saya setuju dengan komen diatas. Monorel dan kemudahan lain di Arab Saudi hanya untuk rakyat nya saja. BAngsa Arab sangat bangga dengan bangsa nya, mereka tidak mahu bekerja keras atau kerja sebagai kuli dan orang bawahan. Sebab itu mereka memandang rendah pada orang luar. Pada musim haji adalah masa mengaut keuntungan dengan menipu jemaah-jemaah haji dari negara luar. Tabung Haji patut nya menyedarkan rakyat kita tentang hakikat ini, kerana ramai jemaah tertipu dengan peniaga Arab/ INdonesia/India/Bangla pada musim haji setiap tahun.

Haji Mazlan said...

Berita monoril di Mekah adalah maklumat.Samada jemaah haji dapat menaikinya tidak timbul.

Peristiwa buruk yang dialami semasa di Tanah Suci oleh Jemaah Haji adalah kecil jika dibandingkan jumlah 5 Juta jemaah. Seharusnya kita dapat muhasabah diri, kenapa dalam ramai-ramai jemaah haji kita yang terkena. Jika melihatkan perkara ini positif. Ini adalah pilihan Allah untuk meletakan kita hampir kepada Allah jika kira Reado dan Sabar menghadapinya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes