Alhamdullilah, umat islam di Malaysia telah ramai mendaftar untuk menunaikan Haji dengan Tabung Haji. Mereka yang masih belum mendaftar Haji, jangan ketinggalan untuk berazam melaksanakan Rukun Islam yang kelima iaitu melakukan Haji di Tanah Suci Mekah. Tanda mereka bersungguh-sungguh untuk menunaikan haji ialah mengambil langkah-langkah berikut:• Membuka Akaun Tabung Haji : Adakah kita masih tergulung dalam kumpulah yang tidak mampu untuk membuka Akaun Tabung Haji dengan bermodalkan RM10 bagi Dewasa dan RM2 bagi kanak-kanak. Kelebihan kita membuka Akaun TH ialah ramai orang mendoakan kita secara tidak langsung. Apabila kita hendak ke Tabung Haji, ada yang bertanya “ Nak pergi Haji ke ?” Maka kita jawab “Insya Allah “ walaupun duit dalam Akaun TH baru RM10 atau RM2. Langkat seterusnya ialah...