Saturday, August 13, 2011

TEMPOH JEMAAH HAJI DALAM IHRAM

Jemaah Haji akan mula berniat Haji apabila hendak menaiki bas pada 8 Zilhijah untuk ke Arafah. Apabila berniat sahaja segala Larang Ihram perlu dijaga supaya tidak dilakukan oleh Jemaah Haji.
Semasa di Arafah pada 9 Zulhijah, di Muzdilafah 10 Zulhijah dan apabila sampai di Mina, boleh melontar Jamarah Kubra dan bergunting/bercukur maka Jemaah Haji telah melaksanakan Tahallul Awal. Ini bermakna Sebahagian besar Larangan Ihram telah terlepas, kecuali hubungan suami/isteri dan Nikah Kahwin. Ini bermakna untuk selesai Tahallul Awal paling cepat kira-kira 3 hari. Untuk Tahallul Thani kira-kira 7 hari kebanyakan jemaah haji.
Untuk membuat persiapan supaya Larang Ihram tidak berlaku maka persiapan awal hendaklah dilakukan semasa sebelum berniat (perkara sunat). Rambut yang mudah gugur bagi lelaki dicadangkan digunting pendek. Bagi wanita disikat dengan rapi kemudian di ikat kemas. Kuku hendaklah dipotong pendek. Jika tidak dilakukan dikuatiri semasa dalam ihram, apabila berehat tanpa disedari mengambil pemotong kuku atau pisau atau menggigit memotong kuku kerana terlihat kuku panjang. Larangan ini jika dilakukan dengan apa cara dikenakan Dam.
Permasalahan semasa ke Arafah ialah waktu menunggu bas. Jangan terlalu bimbang. Tunggu atau berehat saja dalam bilik masing-masing sehingga petugas TH meminta bakal haji untuk turun menaiki bas. Kemungkinan petugas TH meminta bakal haji menaiki yang telah penuh tempat duduk, dalam keadaan berdiri, ikut arahan TH bagi mempercepatkan pergerakan ke Arafah.
Apabila sampai di Arafah, terus ke khemah yang telah ditetapkan awal (sehari sebelum ke Arafah). Bagi satu petak Khemah akan diduduki oleh 12 jemaah haji. Bagi jemaah haji lelaki akan ke surau untuk solat. Sebahagian mereka dan jemaah wanita akan solat dalam khemah tempat mereka duduk. Sebaiknya susunan kedudukan jemaah haji dalam khemah dapat menghadap kiblat. Jemaah di Arafah akan solat waktu dengan melakukan Solat Jamaak Tamam iaitu Zuhor 4 rakaat/Asar 4 rakaat dan Magrib 3 rakaat/Ishak 4 rakaat. Di Muzdalifah dan Mina jemaah haji akan solat waktu dengan jamaak Tamam.
Diharapkan bakal haji dapat melalui keadaan tersebut nanti dengan sabar dan tenang supaya dapat mendapat kesempurnaan Haji.

1 comments:

saf said...

mudah2an dapat melakukannya dengan sempurna, sabar dan ikhlas. Ya rab. Syukran tuan atas panduan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes