Monday, August 8, 2011

PERSIAPAN BAKAL HAJI YANG SELESAI

Ilmu dan Maklumat
Bakal Haji sehingga kini telah melalui pelbagai persiapan sama ada berkaitan ilmu Ibadat Haji, maklumat kesihatan dan maklumat pengurusan haji. Tabung Haji juga membantu dengan membekalkan bakal haji yang terpilih buku Panduan Ibadat Haji, Buku Doa, Buku Panduan Perjalanan Haji, Buku Panduan Kesihatan dan Buku Soal Jawab Haji dan Umrah. Semua buku tersebut diberi secara percuma. Semua bakal haji terpilih seharusnya menerima buku tersebut, sama ada Muassasah, Pakej TH dan Pengendali Jemaah Haji (PJH). Tabung Haji juga menerbitkan buku Ringkasan Ibadat Haji dan Umrah dan DVD berkaitan Haji Tamattu, Haji Ifrad, Haji Qiran, Ziarah dan Umrah dan Panduan Perjalanan yang boleh didapati di pasaran. Terbitan tersebut adalah bagi membantu pelbagai cara bakal haji mempertingkatkan ilmu berkaitan Ibadat Haji.
Kesihatan
Bakal Haji seharusnya telah menyelesaikan Pemeriksaan Kesihatan dan suntikan Meningococcal Quadrivalent Vaccaine ACYW-135 yang wajib dijalani oleh mereka. Ketetapan ini adalah kehendak Kerajaan Arab Saudi. Bakal Haji juga telah mengambil Suntikan tambahan Influnza dan pneomicoccal yang ditanggung oleh mereka.
Pasport
Bakal Haji ada yang telah menyerahkan kepada TH Pasport bagi tujuan di Visakan. Bakal Haji yang belum menyerahkan akan melakukannya mengikut arahan TH berkaitan. Bakal Haji yang memerlukan passport mereka bagi tujuan ke luar Negara sehingga Hari Raya Adil Fitri bolehlah menanggugkan penyerahan pasport mereka.
Urusan yang belum selesai.
Bakal haji sedang menunggu untuk Panggilan Kursus Perdana Haji, Gelang Pengenalan Haji, Beg Galas dan Jadual Pernerbangan Haji.
Sebagai panduan Bakal Haji yang berurusan dengan THWP akan menerima surat Kursus Perdana Haji akan diterima apabila pejabat dibuka selepas Cuti Raya. Insya Allah Jadual Penerbangan Haji akan diterima sebulan sebelum berlepas. Jika penerbangan pertama pada 29 September 2011 maka surat akan diterima pada 28 Ogos 2011 atau pada hari kerja berikutnya. Beg Galas akan serahkan berperingkat-peringkat bermula 12 September 2011 dan bakal haji Muassasah akan menerima surat panggilan bagi tujuan tersebut.
Bakal Haji yang tidak melalui salah satu yang dinyata di atas, bolehlah berurusan di THWP
.

1 comments:

Nurul iPhone Enthusiast said...

mashaallah...terima kasih atas perkongsian pengalaman...doakan saya juga dapat tunaikan haji inshallah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes