Tabung Haji telah menerima surat Rayuan bermula awal tahun 2011 (1432H) dan masih lagi menerima surat Rayauan. Pengalaman tahun 1431H Tabunh Haji telah menerima rayuan melebihi 30,000 orang. Oleh itu untuk berlaku adil (mungkin tidak 100%) maka Tabung Haji telah menetapkan keutamaan mereka yang dipertimbangkan dengan syarat-syarat yang tertentu.
- Rayuan bakal haji lelaki (suami) yang menjadi mahram kepada bakal haji winata yang terpilih (isteri). Bawa bersama sjili nikah atau dapatkan pengesahan suami/isteri yang ditandatangani oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah masing-masing atau Penghulu atau Penggawa atau Ketua kampong dengan melengkapkan Borang. (borang pengesahan mahram boleh di e-mailkan apabila diminta )
- Rayuan kerana menjadi mahram kepada bakal haji wanita terpilih
Keutamaan kepada bakal haji lelaki yang diperlukan untuk menjadi mahram dan terhad kepada seorang sahaja. Pengalaman tahun 1431H, pada mulanya merayu kerana menjadi mahram, kemudian ingin merayu untuk isteri kemudian merayu untuk ibu/bapa mentua, kemudian untuk anak. Oleh itu tahun ini dijelaskan hanya seorang sahaja. Dapat pengesahan mahram dengan mengisi borang.( borang pengesahan mahram boleh di e-mailkan apabila diminta )
Atau sijil lahir jika anak yang menjadi mahram kepada ibunya atau ayah yang menjadi mahram kepada anak perempuan yang terpilih. - Rayuan isteri ingin mengikut suami terpilih.Sertakan sijil Nikah atau mendapat pengesahan suami/isteri dengan melengkapkan borang ( dihantar melalui e-mail jika diminta)
4. Rayuan yang mempunyai masalah kesihatan. Mendapatkan pengesahan kesihatan dengan melengkapkan borang ( dihantar melalui e-mail jika diminta)
5. Rayuan bakal haji lanjut usia. Bakal Haji yang lanjut usia dari 70 tahun ke atas dan boleh di teman oleh seorang sahaja bagi tujuan membantu untuk mengerjakan ibadat dan urusan harian.
Rayuan di atas dipertimbangkan hanya seorang sahaja. Keputusan rayuan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui surat atau panggilan telefon dan jika tidak menerima jawapan sehingga Ramadhan ini bermakna tiada peruntukan tempat pada tahun ini. Mereka yang merayu hendaklah sanggup bersabar dan berdoa kerana tindakan untuk menunaikan haji telah dilakukan 100%.
2 comments:
encik..borang mahram tu online xder ker? nak print out susah...saya dah pernah buat borang tu...tp tabung haji ckp x terima pula...
Tak perlu buat rayuan. Simpan RM200 sebulan, 5 tahun dah boleh Gi haji dan pakej swasta!
Saya bantu anda menyimpan utk dapat pakej swasta.
Call 017-3303304 atau saaidon@gmail.com
Post a Comment