Perjalanan haji bolehlah dibuat kesimpulan perjalanan manusia yang ramai ingin mendaki gunung dan melintasi lembah dan jeram yang dalam hanya melalui titi yang boleh menampung orang berjalan kaki dengan satu barisan menuju ke satu tempat yang terdapat kenikmatan dan kebahagian setelah melalui atau menghadapi binatang buas, serangga berbisa, duri dan batu kerikil yang tajam. Orang ramai sanggup menempuk cabaran ini kerana dijanjikan atau diiklankan secara meluas oleh orang yang sangat di percayai oleh Pemerintah. Semasa ingin mendaki terdapat orang tua, orang sakit, orang kurang upaya, orang muda, kanak-kanak, perempuan dan lelaki. Maka apabila orang ramai hendak mendaki, orang yang dipercayai tadi menegur dan menasihat mereka yang terlalu tua, kanak-kanak, orang yang uzur dan sakit yang teruk supaya tidak mendaki dan juga akan mendapat kenikmatan. Ada yang mahu menerima nasihat tidak mendaki tapi ada juga yang masih mahu meneruskan mendaki. Apa yang berlaku mereka menghadapi pelbagai kesulitan, kesengsaraan, ada yang luka, ada yang jatuh, ada yang dipapah, ada yang diusung untuk sampai di atas.
Mereka yang mendaki telah berada di kemuncak tidak lah ramai jika dibandingkan mereka yang di bawah. Sekarang tiba lah masa untuk berjalan di atas titi yang kecil. Berlakulah perebutan di antara mereka ada yang sememangnya berada didepan untuk meniti dan ada juga mereka dibelakang berusaha pelbagai cara untuk pergi ke depan dan seterusnya meniti. Orang yang dipercayai tadi menasihati kepada orang ramai supaya mengikut giliran. Apa yang dijanjikan di seberang jeram itu akan semua perolehi. Tapi suasana tolak mentolak berlaku juga semasa hendak meniti, di tengah titi dan dihujung titi menyebabkan ada yang terjatuh dalam jeram atau lembah.
Setelah Berjaya sampai seberang maka mereka akan berhadapan binatang buas dan serangga berbisa. Ada yang dimakan oleh binatang buas, ada yang disengat serangga berbisa. Akhirnya sebahagia kecil yang Berjaya menikmati kebahagian yang diharapkan.
Kesimpulannya, ramai umat islam yang telah mendaftar Haji. Mereka yang mendaftar, semasa menunggu ada yang telah menggunakan wang simpanan, ada yang jatuh sakit, ada yang meningkat tua, ada yang meninggal dunia. Harapan nya tidak tercapai tapi Allah s.w.t maha pengasih dan maha penyayang, tidak akan mengsia-siakan usaha mereka. Tiba masa musim haji mereka yang terpilih akan bersiap dan yang tidak terpilih berusaha pelbagai cara untuk pergi pada musim haji. Apabila sampai di Tanah Suci mereka akan digoda oleh Syaitan berupa Jin dan Syaitan berupa manusia. Ada juga yang sakit dan ada yang meninggal dunia. Akhirnya sebahagian kecil yang Berjaya untuk mendapat Haji Mabrur.

0 comments:
Post a Comment