Thursday, February 10, 2011

PENDAFTARAN HAJI BERKELOMPOK

  • Setiap tahun semasa surat tawaran haji dikeluarkan terdapat pasangan atau keluarga ada yang tidak terpilih dan terpilih. Mereka mendaftar pada hari yang sama kenapa tidak semuanya terpilih. Tabung Haji telah membuat kajian dan didapati semasa proses pendaftar telah berlaku dalam masa yang sama melebihi 100 lagi pendaftaran berlaku seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sawarak.
    Oleh itu Tabung Haji menujudkan Sistem Pendaftaran Berkelompok secara On-line bagi mengelakan bakal haji (suami/ister) tidak sama terpilih.
    Daftar berkelompok adalah bagi pendaftaran haji bagi keluarga terdekat (Suami/isteri/ibu/bapa/anak/ adik beradik)

    Syarat-syaratnya ialah:
  • Telah membuka akaun TH
  • Baki minima RM1,300.00
  • Yang ingin mendaftar berkelompok dikehendaki hadir bersama semasa pendaftara.
  • Pendaftara hanya di kaunter TH
  • Satu kumpulan tidak lebih 10 orang
  • Mengemuka bukti talian keluarga

Sistem ini tidak membenarkan penambahan ahli kumpulan apabila proses pendaftaran berkelompok selesai. Mereka yang telah mendaftar tidak perlu mendaftar semula untuk sistem ini.

1 comments:

Anonymous said...

Salam...
Soalan : Adakah sistem pndaftaran berkelompok ini terbuka kepada BH yang tidak sama tahunnya. Contohnya, kakak saya telah mendapat tawaran haji pada tahun ini, tetapi saya tidak mendapat tawaran haji lg kerana masih jauh lagi. Adakah saya juga layak untuk didaftarkan di dalam pendaftaran kelompok tersebut?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes