Monday, February 21, 2011

TAWARAN HAJI TERPILIH 1432H

THWP sedang memproses pengeluaran surat tawaran Bakal Haji (BH) Terpilih 1432H. Insya Allah surat akan diposkan pada hari Khamis 24 Februari 2011. BH yang menerima surat tawaran perlu menjawab sebelum atau pada 20 Mac 2011 samada menerima atau menolak tawaran. Jika BH tidak menjawab pada tarikh tersebut, BH dianggap menolak tawaran dan tiada jaminan untuk ditawarkan pada Musim Haji berikutnya. Semasa menjawab, pastikan wang perbelanjaan haji telah mencukupi. Wang perbelanjaan haji 1432H belum ditentukan tapi BH bolehlah berpandukan tahun lepas iaitu RM13,060 jika tiada bantuan kewangan dari TH dan jika dengan bantuan TH ialah RM9,980.
BH boleh menjawab melalui cara berikut:
• Menyerahkan surat pengesahan menerima/menolak di pejabat TH berhampiran. BH di Wilayah Persekutuan boleh menyerahkan surat pengesahan di THWP, Ibu Pejabat TH, TH Batu Caves, TH Ampang dan TH Putrajaya.
• Faxkan surat pengesahan menerima/menolak ke no 03-77284959 atau emailkan
th-info@lth.gov.my
Tawaran ini adalah peringkat pertama dan akan disusuli tawaran seterusnya.

3 comments:

A&Y said...

Salam,
Apa kritiria untuk mendapat tawaran haji terpilih?

Hj Mazlan said...

Bakal Haji yang mendaftarkan akan ditawarkan untuk menunaikan haji pada 1433H bergantung siapa yang daftar dulu akan didulukan. Siapa yang ingin mengetahui kedudukan mereka, sila nyatakan nama & No IC semasa email pada alamat http://phptdwil@lth.gov.my

Unknown said...

Dokumen apa yg diperlukan seperti di lampiran A

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes