Mereka yang terpilih untuk menunaikan Haji pada Musim Haji 1432H hendaklah memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. Bukan sahaja ucapan dengan lidah tapi diiringngi dengan menambah lagi amal ibadat sunat. Bagi mereka yang belum terpilih hendak merasa gembira kerana saudara se Islam lain dapat menunai Haji dan Insya Allah giliran kita akan sampai.Mari kita runung keadaan kita semasa di Tanah Air dan Tanah Suci:• Kita pernah menjadi tetamu kawan, orang kaya, orang besar, Menteri, Raja tentulah kita merasakan gembira dan merasa dihormati. Bagaimana nanti kita apabila jadi Tetamu Allah s.w.t.• Kita solat di Surau, Masjid Kampong, Masjid Daerah, Masjid Negeri, Masjid Negara. Bagaimana perasaan kita, tentulah kita merasakan kehebatan rumah Allah s.w.t. Itu bagi mereka yang cintakan rumah Allah...