Seseorang muslim yang ingin melakukan sesuatu ibadat atau menjadikan sesuatu perkerjaan sebagai ibadat, perlu disertai niat. Niat adalah satu lintasan di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkerjaan dengan memahami peraturannya kerana Allah s.w.t. Niat berlaku dalam hati bukanlah dengan diingatkan susunan ayat. Cuba kita lihat bagaimana gambar kita timbul didalam cermin, ianya ujud serentak. Bukannya ujud satu satu, mula-mula rambut dahulu kemudian muka, kemudian leher dan seterusnya. Ia tidak ujud demikian. Ianya ujud kesemuanya. Bagi membantu niat, lafaz boleh disebut dengan mulut. Lafaz bukanlah niat. Berniat Ihram Umrah boleh dalam berkeadaan apa sahaja, samada berbaring, duduk atau berdiri. Berniat boleh dilakukan dalam hadas besar atau kecil iaitu tidak mandi wajib atau mengambil wuduk. Wanita yang dalam haid boleh berniat Umrah jika tempoh haid Nya suci dapat melakukan Tawaf mengeliling Kaabah 7 keliling. Bagi mendapat sunatnya berniatlah dalam keadaan berwuduk dan berdiri menghadap kiblat. Niat hendaklah dilakukan secara sukarela tanpa paksaan. Niat juga perakuan hamba dengan Khalidnya (penciptanya) untuk memperlakukan sesuatu dengan baik tanpa kesilapan kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya memerima amalan yang baik lagi Ikhlas. Sebelum berniat hendaklah dibersihkan hati, tempat niat. Hati juga diibaratkan cermin, jika cermin ditutupi dengan debu, kotoran maka cermin tidak dapat mempamirkan gambar dengan jelas. Seeloknya beristifar dan bertaubat terlebih dahulu dan mengucapkan Shahadah. Cara untuk membersihkan hati hendaklah banyak berzikir, disebut dengan mulut dan diselami maknanya. Menguatkan sesuatu ibadat hendaklah difahami Nas atau dalil yang ditentukan di dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Kita tahu ini adalah perintah oleh Allah s.w.t dan perintah Nabi Muhammad s.a.w.
0 comments:
Post a Comment