Tuesday, March 22, 2011

PEMBERSIHAN HARTA

Orang Islam hendaklah berusaha mencari harta sebanyak mungkin kerana mereka diberi motivasi oleh Allah s.w.t dengan perintah mengeluarkan Zakat dan Melaksanakan Haji. Mana mungkin jika orang Islam yang tiada mempunyai harta dapat melakukan perintah tersebut. Alhamdulillah ramai orang islam di Malaysia yang telah berkemampuan mempunyai harta. Ingat lah harta yang dicari dengan cara Halal bukan semuanya milik kita tetapi hanya Amanah Allah s.w.t sahaja. Harta yang ada pada kita diamanahkan supaya di berikan kepada yang berhak seperti mengeluarkan zakat yang wajib, bersedekah kepada fakir dan miskin, menghadiahkan kepada kawan dan jiran, memberi nafkah kepada ibu, bapa, anak, isteri dan saudara mara. Memang kita rasa susah untuk mendapatkan harta perlu bekerja keras tidak kira masa. Ingatlah bahawa Harta yang tidak digunakan atau dibelanjakan bukalah milik kita. Milik kita adalah apa yang telah dibelanjakan.Hakikatnya Harta adalah Amanah.
Mari kita renungkan keadaan yang berlaku dalam kehidupan kita. Suri rumah pergi ke pasar membeli ikan kembong sekilo RM10.00 dan dibawa pulang untuk dimasak. Maka terpikir oleh suri rumah, bahawa ikan kembong yang dibeli tidak perlu disiang, tidak perlu dibuang perutnya, tidak perlu dibuang insangnya, tidak perlu dibuang sisiknya dan ekornya kerana harga ikan kembong dikira semuanya. Jika dibuang terasa rugi. Secara lojik ada betulnya. Tetapi suri rumah masih membuangkan perkara tersebut kerana menyedari hanya sebahagian ikan kembong sesuai untuk dimakan. Bagi sisik adalah sesuai dimakan oleh semut atau lipas, perut ikan sesuai dimakan oleh ayam, ekor sesuai dimakan oleh tikus atau lain serangga atau makhluk tuhan yang lain. Oleh itu manusia yang beriman sudah Nampak bahawa hartanya perlu dibersihkan dan hanya sebahagian yang menjadi haknya. Lebih-lebih lagi kepada bakal-bakal haji.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes