Persiapan awal untuk berniat Ihram Umrah:
Apabila hendak melaksanakan Umrah, hendaklah di ketahui Rukun Umrah yang 5 dan Wajib Umrah yang 2. Memahami syarat sah bagi melakukan rukun dan mengetahui 13 Larangan Ihram.
Bakal Umrah yang akan masuk Mekah dari Madinah atau Malaysia hendaklah membuat persiapan diri sebelum berniat Ihram Umrah. Membersihan diri dengan mengerat kuku tangan dan kaki, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari. Bagi lelaki mengunting rambut dan medandan misai dan janggut.
Setelah selesi maka bolehlah mandi sunat ihram kemudian memakai pakaian Ihram. Kemudian Solat sunat di rumah (dari Malaysia) atau di Masjid Bair Ali (dari Madinah). Sebelum berniat seeloknya bermaafan dengan ibu/bapa, antara suami, isteri, saudara, dan kawan yang ada bersama. Maka boleh berniat sebelum melepasi miqat. Bagi wanita yang dalam haid tiada masalah untuk berniat. Kalau Ibadat Umrah tidak diiringi Haji, hendaklah dibuat perkiraan tempoh haid samada sempat selesai kerja-kerja Umrah. Peringatan, apabila telah berniat, larangan dalam Ihram hendaklah dijaga. Niat Ihram Umrah tidak boleh dibatal atau ditukar niat.
Perjalanan dalam mengerjakan umrah
Masa dalam perjalanan dalam pesawat dari Malaysia ke Jeddah mengambil masa kira-kira 9 jam.
Urusan di lapangan terbang mengambil masa kira-kira 6 jam.
Urusan perjalanan ke Mekah mengambil masa kira-kira 3 jam
Urusan penginapan di Mekah mengambil masa kira-kira 2 jam
Urusan Tawaf dan Saie mengambil masa kira-kira 3 jam ( jika ramai yang tawaf dan saie mengambil masa lebih lagi) Kebiasaan bakal Umrah akan dibawa berkumpulan untuk pergi tawaf dan saie.
Tempoh menjaga larangan Ihram.
Jika dari Malaysia masuk terus ke Malaysia. Kebiasaannya dari Miqat ke Jeddah mengambil masa 2 jam.
Jika sampai sahaja di Mekah, selesai menghantar barang dalam bilik dan terus ke Masjidil Haram.
Masa menjaga larang dalam Ihram kira-kira 15 jam sahaja.
Jika dari Bir Ali (Madinah) masa menjaga Larangan Ihram kira-kira 14 jam.
Wednesday, March 30, 2011
MELAKSANAKAN UMRAH
8:23 AM
Unknown
1 comment
1 comments:
salam,ustaz..
ada beberapa soalan ingain ditanya..
saya kali pertama nak mengerjakan umrah..dari Malaysia trs ke Mekah,di mana perlu niat ihram??
saya ada dengar tentanh niat ihram bersyarat..jika masa di Mekah hanya 4 hari,dan dijangka saya datang period waktu itu,adakah saya boleh berniat syarat??walapon sy ada mengambil ubat untuk menahan period dtg,tp risau jgk.
Post a Comment