Friday, December 31, 2010

PERJALANAN KE MADINAH

Kami kumpulan yang menaiki KT 57 diminta oleh Petugas TH untuk melakukan Tawaf Wida’ pada 3.00 pagi (sebelum solat subuh) kerana dimaklumkan bas akan bergerak ke Madinah jam 7.00 pagi. Saya dan isteri menaiki bas No 4 bersama 43 penumpang lain. Jangkaan untuk bas bergerak telah terlewat dan bergerak jam 9.00 pagi. Saya hanya beristifar semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa ku dan penumpang-penumpang lain. Alhamdulillah bas bergerak dengan lancar. Kira-kira 200km bas bergerak tiba-tiba tayar belakang bas meletup dan menyebabkan bas agak hilang kawalan dan menuju ke tepi jalan. Tak lama kemudian bantuan sampai untuk menukar tayar bas. Alhamdulillah tayar bas telah di tukar dan bas mula bergerak. Tidak berapa jauh bas bergerak, pemandu bas memberhentikan bas dengan membawa sebaldi air turun dari bas menuju ke belakang bas. Kami mendapat makluman engin bas panas. Kemudian bas bergerak dan sekali lagi bas berhenti, kami lihat di tepi jalan banyak monyet sedang menghampiri bas, pemandu bas tidak jadi turun bas tapi mengerakkan bas beberapa km dan berhenti untuk menambah air lagi. Bas bergerak dan berhenti beberapa kali. Sehingga sampai tempat rehat bas singgah disitu kemudian bantuan sampai untuk membaiki bas. Tidak sampai satu jam bas telah dibaiki. Bas bergerak ke Madinah dan sampai kira-kira 7.00 malam. Dalam pemerhatian saya penumpang bas sangat tenang dan tidak menunjukkan keresahan. Saya berdoa agar Allah s.w.t memasukkan dalam gulungan mereka yang telah mendapat haji Mabrur.

Wednesday, December 22, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK BAB 9

KESERONOKAN DI MASJID ALHARAM
Sebelum ke Tanah Suci saya mula menanamkan dalam diriku dengan sifat yang baik dan positif terhadap diri dan persekitaran. Saya memahami suasana di Tanah Suci akan menguji saya kerana saya akan mengalami perkara-perkara yang menyebabkan saya marah, bimbang dan bingnong.
Semasa saya di Masjid AlHaram apabila ingin mencari tempat solat, ada wanita yang solat bersebelahan suaminya dalam jemaah lelaki maka saya terfikir berkenaan haram wanita bersebelah lelaki lain atau merosakan saf. Saya merasa binbang. Maka saya mengambil tindakan mendekati suaminya dan berkenalan dan menyatakan saya dari Malaysia. Kemudian menjelaskan bahawa wanita tidak boleh solat bersama dalam jemaah lelaki, tapi mereka tidak perduli. Maka syaitan telah menuangkan minyak kepada kemarahan saya. Cepat-cepat saya beristifar dan berkata dengan diri saya” Kasihan mereka kerana mungkin mereka bimbang dan takut terpisah diantara mereka” dan saya memohon keampunan kepada Allah s.w.t untuk diriku dan mereka.
Semasa duduk menunggu masuk waktu solat adakala saya dipegang kepala, dilangkah, disepak lutut kerana mereka ingin menuju kehadapan. Saya merasa marah. Cepat-cepat saya beristifar dan berkata pada diri “ Ya Allah, mungkin perkara ini engkau kena pada ku tidak pada orang lain kerana memberi saya kesempatan untuk melatih supaya Sabar”
Apabila saya memandang kaabah saya melihat orang melakukan perkara-perkara melampau seperti mencium dinding kaabah, melekapkan dada ke dinding kaabah, mengosok dinding kaabah dengan kain dan pelbagai lagi. Maka saya beranggapan mereka telah melampau dan telah melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Islam, kesimpulahnya mereka telah SALAH. Cepat-cepat saya beristifar kepada Allah s.w.t dan saya berkata pada diriku “Mereka terlalu rindu dan cintanya kepada Allah maka mereka berbuat demikian seperti tindakan seorang ibu kehilangan anak yang disayangi, akan mencium apa sahaja barang kepunyaan anak seperti baju, anak patung, mainan dan lain-lain.”
Banyak perkara yang berlaku di dalam Masjid AlHaram yang tidak bersesuaian dengan pertimbangan akal saya tapi cepat-cepat saya beristifar dan berfikir secara positif.
Alhamdulillah saya merasa tenang dan merasa damai apabila ke Masjid AlHaram. Inilah sebahagian 100,000 kelebihan pahala yang Allah s.w.t berikan kepada mereka yang solat di Masjid AlHaram.

Tuesday, December 14, 2010

PERBELANJAAN DI MEKAH

Perbelanjaan untuk sarapan pagi di Mekah dengan membeli makanan seperti mee hoon, mee goreng, nasi lemak, kueh sebungkus SR 2. (di kantin dalam bangunan Maktab)
Minuman botol seperti air mangga SR2, air asam jawa SR2, Susu masam RM5
Bahan minuman pagi seperti gula SR5, susu pekat SR7, air 5 liter untuk di masak SR5
Bahan tambahan untuk makan tengahari atau malam beli sambal belacan SR5, ikan masin SR5
Bahan lain seperti biskut, kacang, kek
Anggaran sehari untuk makan minum SR15.
Perbelanjaan mendobi pakaian sehelai pakaian antara SR5 –SR6.
Barang untuk keperluan seperti pisau lipat SR5, pinggan SR5, Kole SR 5, tali SR5, sabun basuh kain sekotak SR 2.

Monday, December 13, 2010

BAKAL HAJI UZUR

Dalam pemerhatian saya bakal haji uzur atas sebab kesihatan, fizikal atau warga emas akan menghadapi keadaan tertentu semasa berada di Mekah sebelum Wukuf, Arafah, Mudzlifah dan di Mina. Di Madinah tidak banyak keadaan yang menyulitkan.
Tabung Haji akan memberikan kesempatan bagi bakal haji uzur untuk membenarkan seorang pengiring pergi bersama bakal haji supaya mereka dapat membantu bakal haji yang uzur. Bagi pengiring yang buat pertama kali menunaikan haji akan menghadapi permasalah untuk memberi bantuan 100%. Sebagai contoh jika bakal haji uzur tidak mampu ke masjid maka pengiring merasakan mereka ingin mengambil kesempatan solat di Masjid Al Haram dengan beranggapan bakal haji uzur tidak menghadapi masalah di hotel. Apa yang sebenarnya berlaku ialah meraka akan menghadapi masalah dan orang lain juga akan menghadapi masalah. Masalah yang dihadapi oleh bakal haji uzur ialah tekanan perasaan dengan bersikap murung dan berdiam diri kerana merasakan dirinya dibiarkan. Orang lain yang melihat akan timbul kasihan dan akan membuat andaian pelbagai antaranya akan berfikir kenapa anak membiarkan ayah/ibu menunai haji seorang diri. Ini adalah sebahagian permasalahan yang dinyatakan.
Bukan tiada pengiring yang sanggup menolak kerusi roda membawa bakal haji yang uzur ke masjid tapi tidak ramai itupun mereka yang telah menunaikan haji bukan kali pertama atau kaitan anak beranak yang sangat rapat kasih sayang diantara mereka.
Bagi bakal haji yang uzur yang tiada pengiring atau pengiring yang tidak dapat membetikan bantuan maka semasa mereka di Mekah hanya solat diruang yang ada mendirikan solat di hotel sahaja. Hanya pergi ke masjid Al Haram sekali semasa menyelesaikan ibadat Umrah wajib deng mengupah orang melolak kerusi roda ke masjid, tawaf dan saie.
Semasa hendak menaiki bas untuk ke Arafah, Mudzlifah dan Mina tidak dapat bergerak cergas dengan membawa beg dan mengharap simpati orang lain atau kesempatan petugas TH atau Muassasah membantu. Bagitu juga urusan seharian di Arafah, Mudzlifah dan Mina untuk ke tandas. Urusan melontar di Mina siapa yang akan melaksanakan lontaran dan ada yang ditipu kerana ada orang sanggup dan meminta wang upah tapi tidak muncul setelah habis tempoh melontar.
Apa yang ingin dinyataka ialah bakal haji uzur akan menghadapi banyak masalah yang tidak dapat dinayatan kesemuanya. Hanya ingatan kepada pengiring bakal haji uzur pada tahun berikutnya kenalah ingat tanggungjawab ini sangat berat dan akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t

Sunday, December 12, 2010

PENGALAMAN DI MEKAH

Semasa berada di Mekah sebelum Wukuf bakal haji sentiasa berazam dan berlumba-lumba untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t samada Tawaf Sunat, Iqtikaf di Masjid Al Haram dengan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir, melihat Kaabah dan berdoa, Umrah sunat. Waktu solat Zuhor, Asar, Magrib dan Ishak sangat dekat di antara satu sama lain. Jarak masa 3 jam lebih antara wakt tersebut. Kebiasaannya ramai bakal haji tidak balik ke hotel pada 4 waktu tersebut atau Zuhor hingga Asar atau Magrib hingga Ishak meraka balik kerana balik ke hotel untuk makan tengahari atau makan malam. Suhu pada siang hari sangat tinggi berbanding suhu di Malaysia.Jarak perjalanan dengan berjalan kaki ialah 800 meter dan masa kira-kira 10 hingga 20 minit untuk pergi tapi balik lebih lagi kerana sesak dengan orang ramai serentak keluar masjid. Ada yang tiap-tiap waktu pergi berjalan ke masjid dan apabila balik ke hotel berehat atau tidor. Waktu agak panjang ialah Subuh hingga Zuhor dan Ishak hingga Subuh. Waktu lepas suboh bakal haji akan mendengar Ceramah sebanyak 6 kali waktu lepas Ishak ada yang melakukan Umrah sunat atau berjalan-jalan disekitar Mekah.
Masa untuk ke masjid hendaklah lebih awal iaitu ½ jam sebelum azan hendaklah mendapatkan tempat dalam masjid, jika lewat memang susah untuk mencari tempat kerana jalan menuju ke dalam masjid telah dihalang oleh mereka yang mengambil tempat di kawasan laluan atau bagi jemaah lelaki susah untuk mendapat tempat yang tiada wanita dihadapannya atau kawasan untuk jemaah lelaki. Jemaah ramai yang batuk berkahak dan meludah dalam tong sampah yang kecil dalam masjid. Untuk keselesaan jemaah yang akan datang hendaklan membawa plastic kecil dan kertas tissue untuk meludah.
Dalam masjid ramai jemaah wanita akan mengambil mana-mana sahaja tempat yang ada untuk mendirikan solat tidak kira disebelahnya ada orang lelaki. Terdapat ada jemah wanita Malaysia juga terikut-ikut apa yang dilakukan oleh jemaah wanita Negara lain. Mereka akan duduk bersebelahan dengan suami mereka apabila solat, bercampur dengan lelaki lain.
Ada jemaah solat di tempat laluan dan apabila selesai solat terus duduk dan berdoa dengan lama, solat sunat atau berbual dengan kawan-kawan, tidak perduli orang ramai hendak lalu samada hendak keluar atau masuk ke dalam masjid. Bagi jemaah Malaysia pada masa hadapan jika berlaku kepada kita, apabila selesai solat terus bangun dan cari tempat yang sesuai yang tidak menghalang orang lain bagi tujuan solat sunat atau berdoa.

Saturday, December 11, 2010

MASHYAIR

Pada 14 Nov. kami yang menaiki KT57 dijadual ke Arafah selepas Asar tapi bergerak lewat sedikit. Kami diminta menaiki bas melebehi 63 orang penuh sesak dengan alasan perjalanan ke Arafah tidak lama. Sebuah bas mempunyai 45 tempat duduk sahaja. Jemaah tidak bersungut tapi mengikut arahan walaupun mereka mengetahui tambang bas telah dibayar. Apabila sampai Arafah Waktu Magrib telah masuk dan jemaah pergi ke bilik air berhampiran untuk membuang air kecil/besar dan mengambil wuduk tapi air paip tiada. Maklumat yang diterima paip besar yang menyalurkan air telah pecah dan sedang dibaiki. Kami solat Jamak Tamam Takdim Magrib dan Ishak. Setelah solat kami masuk ke khemah dan menyusun satu tiang khemah 12 orang. Susunan dua baris, kaki ke arah tiang khemah. Semasa menunggu waktu wukuf jemaah melakukan ibadat secara bersendirian samada solat sunat, membaca Al Quran, berzikir dan berdoa. Solat waktu dilakukan di Khemah yang di khas sebagai surau. Apabila masuk waktu Zuhor pada 9 Zul Hijah maka kutbah arafah dimulakan kemudian Solat Jamak Takdim Tamam Zuhor dan Asar, bagitu juga Magrib dan Ishak apabila masuk masuk waktu Magrib.
Lepas masuk waktu asar jemaah mula bergerak ke Muzdalifah dengan menaiki bas melebihi 63 orang. Apabila sampai di Mudzlifah jemaah belum solat, mendirikan solat jamak Takdim Tamam Magrib dan Ishak. Jemaah yang telah solah di Arafah mereka mencari tempat rehat dengan membentang tikar, kemudian mencari anak-anak batu. Disunatkan mengutip 7 biji anak batu di Mudzlifah tapi desebabkan lama berada di situ kami mengutip secukupnya bagi melontar pada 10 Zulhijah 7 biji, 11,12 dan 13 Zulhijah 21 biji dan lebihan sedikit.
Apabila melepasi waktu tengah malam 10 Zulhijah jemaah mula menaiki bas seperti pergerakan ke Arafah dan Mudzlifah iaitu menaiki bas penuh sesak melebihi 63 orang. Alhamdulillah saya dan isteri sampai kira-kira melepasi jam satu malam. Kemudian kami berhimpun di hadapan kawasan khemah untuk melontar Jamarah Kubra 10 Zulhijah, apabila mencukupi dalam 200 orang kami mula bergerak ke tempat melontar. Jarak dari khemah ke tempat melontar 2.5km. Kami bergerak dan menuju ke tingkat satu di tempat melontar dan melakukan lontaran. Alhamdulillah saya dan isteri melontar dibahagian hadapan tembok. Melontar hari Tasrik dilakukan pada malam 12 lontaran ke 11 (melontar di Tingkat 3 ), pada malam 13 lontar ke 12 dan selepas solat subuh hari ke 13 melontar untuk ke 13 (lontaran 12 dan 13 di tingkat bawah). Kami berjalan kaki untuk melontar bagi empat hari ialah 40 km.
Pada 13 Zulhijah kami bergerak yang paling akhir dari Mina ke Makkah. Apabila bas sampai tiba-tiba tayar bas bocor dan digantikan dengan bas lain. Pergerakan ke Makkah samgat sesak kerana jalan ditutup kerana jemaah akan melakukan solat Jumaat di Masjid AlHaram.

Friday, December 10, 2010

TANDA HAJI MABRUR

Alhamdulillah para haji dan hajah 1431H ramai yang telah kembali ke Tanah Air. Shukur telah mendapat Haji Mabrur dan tandanya mengekalkan solat berjemaah, solat sunat dan kerap membaca Al Quran seperti semasa berada di Makkah, Arafah, Mudzlifah, Mina dan Madinah. Para haji dan hajah tidak melepaskan masa bagitu sahaja jika di bilik Hotel terus membaca Al Quran sebelum memejamkan mata untuk tidor. Jika di Masjid Al Haram, Arafah, Mudzlifah, Mina dan Masjid Nabi apabila terluang saja masa, solat dan membaca Al Quran.
Sebagai memantapkan lagi kita dengan Al Quran, hendaklah sekurang-kurangnya apabila para haji dan hajah membaca dapat difaham sedikit sebanyak maknanya. Alhamdulillah ada para haji dan hajah yang telah memahami Bahasa Arab tapi bagi para haji dan hajah yang tidak ada asas Bahasa Arab macam mana? Saya ingin mencadangkan para haji dan hajah mendapatkan TAFSIR QUR'AN PER KATA yang menjelaskan makna/tafsir mengikut per kata. Kitab ini juga menjelaskan sebab-sebab turun ayat-ayat tertentu Apabila para haji dan hajah membaca sahaja terus kita memahami apa yang kit abaca. Kemudian para haji dan hajah boleh membuat rujukan dengan AL QURAN DAN TERJEMAHANNYA yang dihadiahkan oleh Kerajaan Arab Saudi semasa para haji dan hajah berada di Lapangan Terbang ketika hendak berlepas balik ke Tanah Suci.

Thursday, December 9, 2010

KEMBALI KE TANAH AIR

Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat sampai ke Tanah Air melalui KLIA jam 10 15 malam pada 8 Dis. 2010. Kami berlepas dari Lapangan Terbang Madinah. Kami mula menaiki bas jam 2.30 pagi waktu Madinah dan bergerek jam 4.45 pagi. Masa untuk ke Lapangan Terbang mengambil masa 1/2 jam sahaja. Apabila sampai di Lapangan Terbang kami diminta tunggu dalam bas kerana suhu di luar sangat sejuk. Apabila masuk waktu Subuh kami pergi ke Masjid yang berhampiran untuk Solat. Selepas solat kami beratur untu Chek In dan prosesnya lama. Kira-kira 7.10 pagi proses Chek in selesai. Kami menaiki Pesawat KT57 dan berlepas kira-kira jam 9.25 pagi. Dalam pesawat kami diberi makan sarapan pagi dan makan tengahari.
Saya akan mula bertugas pada hari Isnin 13 Disember 2010.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes