Friday, February 25, 2011

KEISTEMEWA DUA TANAH HARAM

Mereka yang terpilih untuk menunaikan Haji pada Musim Haji 1432H hendaklah memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah s.w.t. Bukan sahaja ucapan dengan lidah tapi diiringngi dengan menambah lagi amal ibadat sunat. Bagi mereka yang belum terpilih hendak merasa gembira kerana saudara se Islam lain dapat menunai Haji dan Insya Allah giliran kita akan sampai.
Mari kita runung keadaan kita semasa di Tanah Air dan Tanah Suci:
• Kita pernah menjadi tetamu kawan, orang kaya, orang besar, Menteri, Raja tentulah kita merasakan gembira dan merasa dihormati. Bagaimana nanti kita apabila jadi Tetamu Allah s.w.t.
• Kita solat di Surau, Masjid Kampong, Masjid Daerah, Masjid Negeri, Masjid Negara. Bagaimana perasaan kita, tentulah kita merasakan kehebatan rumah Allah s.w.t. Itu bagi mereka yang cintakan rumah Allah s.w.t. Bagi mereka yang tidak berkunjung atau jarang-jarang berkunjung tentulah gelisah. Bagaimana perasaan kita apabila berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabi.
• Kita Solat berkiblat kearah Kaabah dengan kusuk. Bagaimana apabila kita solat dihadapan Kaabah atau melihat kaabah.
• Kita mengikuti ajaran Nabi Muhammad s.a.w dengan membaca Hadisnya yang tidak pernah berjumpa dengan nya. Bagaimana apabila berada di Makam Nabi semasa di Madinah.
• Kita membaca Al Quran dan memahami makna dan cuba dan sedang melaksanakannya. Bagaimana apabila kita membaca Al Quran di tempat yang Allah s.w.t turunkan Al Quran iaitu Mekah dan Madinah.
• Kita bersaudara, adik beradik, saudara mara, jiran tertangga, masyarakat setempat, jemaah surau, jemaah masjid. Bagaimana apabila berjumpa saudara kita dari seluruh dunia.
• Kita membaca sejarah perjuangan Islam dari mula sehingga sampai kepada kita. Bagaimana apabila kita sampat di tempat sejarah di Mekah dan Madinah.
• Kita minum bermacam-macam air, kita merasa nikmat dan dapat menghilangkan dahaga. Bagai mana apabila kita dapat minum air Zamzam yang mengandungi pelbagai kenikmatan dan hanya ada di Mekah.
Mari kita berbanyak-banyak bersukur dan ambillah kesempatan setiap masa semasa berada di Dua Tanah Haram. Belum tentu kita akan dapat pergi sekali lagi.

Wednesday, February 23, 2011

GAMBARAN PERJALANAN HAJI

Perjalanan haji bolehlah dibuat kesimpulan perjalanan manusia yang ramai ingin mendaki gunung dan melintasi lembah dan jeram yang dalam hanya melalui titi yang boleh menampung orang berjalan kaki dengan satu barisan menuju ke satu tempat yang terdapat kenikmatan dan kebahagian setelah melalui atau menghadapi binatang buas, serangga berbisa, duri dan batu kerikil yang tajam. Orang ramai sanggup menempuk cabaran ini kerana dijanjikan atau diiklankan secara meluas oleh orang yang sangat di percayai oleh Pemerintah. Semasa ingin mendaki terdapat orang tua, orang sakit, orang kurang upaya, orang muda, kanak-kanak, perempuan dan lelaki. Maka apabila orang ramai hendak mendaki, orang yang dipercayai tadi menegur dan menasihat mereka yang terlalu tua, kanak-kanak, orang yang uzur dan sakit yang teruk supaya tidak mendaki dan juga akan mendapat kenikmatan. Ada yang mahu menerima nasihat tidak mendaki tapi ada juga yang masih mahu meneruskan mendaki. Apa yang berlaku mereka menghadapi pelbagai kesulitan, kesengsaraan, ada yang luka, ada yang jatuh, ada yang dipapah, ada yang diusung untuk sampai di atas.
Mereka yang mendaki telah berada di kemuncak tidak lah ramai jika dibandingkan mereka yang di bawah. Sekarang tiba lah masa untuk berjalan di atas titi yang kecil. Berlakulah perebutan di antara mereka ada yang sememangnya berada didepan untuk meniti dan ada juga mereka dibelakang berusaha pelbagai cara untuk pergi ke depan dan seterusnya meniti. Orang yang dipercayai tadi menasihati kepada orang ramai supaya mengikut giliran. Apa yang dijanjikan di seberang jeram itu akan semua perolehi. Tapi suasana tolak mentolak berlaku juga semasa hendak meniti, di tengah titi dan dihujung titi menyebabkan ada yang terjatuh dalam jeram atau lembah.
Setelah Berjaya sampai seberang maka mereka akan berhadapan binatang buas dan serangga berbisa. Ada yang dimakan oleh binatang buas, ada yang disengat serangga berbisa. Akhirnya sebahagia kecil yang Berjaya menikmati kebahagian yang diharapkan.
Kesimpulannya, ramai umat islam yang telah mendaftar Haji. Mereka yang mendaftar, semasa menunggu ada yang telah menggunakan wang simpanan, ada yang jatuh sakit, ada yang meningkat tua, ada yang meninggal dunia. Harapan nya tidak tercapai tapi Allah s.w.t maha pengasih dan maha penyayang, tidak akan mengsia-siakan usaha mereka. Tiba masa musim haji mereka yang terpilih akan bersiap dan yang tidak terpilih berusaha pelbagai cara untuk pergi pada musim haji. Apabila sampai di Tanah Suci mereka akan digoda oleh Syaitan berupa Jin dan Syaitan berupa manusia. Ada juga yang sakit dan ada yang meninggal dunia. Akhirnya sebahagian kecil yang Berjaya untuk mendapat Haji Mabrur
.

Tuesday, February 22, 2011

PASPORT TUJUAN HAJI 1432H

Bakal Haji (BH) Warganegara Malaysia yang akan menunaikan haji pada Musim Haji 1432H perlu menyediakan pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) yang dikeluarkan oleh Imigresen Malaysia dengan tanggungan BH. PMA boleh dibuat untuk tempoh 2 tahun dengan bayaran RM100 dan 5 tahun dengan bayaran RM300. BH yang telah mempunyai PMA hendaklah tempoh sahlaku selepas/melebihi 15 Mei 2012 dan mempunyai 4 muka surat kosong berturutan, sebelah meyebelah.
Pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan terletak di Wangsa Maju dan Damansara.
BH Pemastautin Tetap akan mengunakan Pasport Negara Asal dan tempoh sahlaku selepas/melebihi 15 Jun 2012.

Monday, February 21, 2011

TAWARAN HAJI TERPILIH 1432H

THWP sedang memproses pengeluaran surat tawaran Bakal Haji (BH) Terpilih 1432H. Insya Allah surat akan diposkan pada hari Khamis 24 Februari 2011. BH yang menerima surat tawaran perlu menjawab sebelum atau pada 20 Mac 2011 samada menerima atau menolak tawaran. Jika BH tidak menjawab pada tarikh tersebut, BH dianggap menolak tawaran dan tiada jaminan untuk ditawarkan pada Musim Haji berikutnya. Semasa menjawab, pastikan wang perbelanjaan haji telah mencukupi. Wang perbelanjaan haji 1432H belum ditentukan tapi BH bolehlah berpandukan tahun lepas iaitu RM13,060 jika tiada bantuan kewangan dari TH dan jika dengan bantuan TH ialah RM9,980.
BH boleh menjawab melalui cara berikut:
• Menyerahkan surat pengesahan menerima/menolak di pejabat TH berhampiran. BH di Wilayah Persekutuan boleh menyerahkan surat pengesahan di THWP, Ibu Pejabat TH, TH Batu Caves, TH Ampang dan TH Putrajaya.
• Faxkan surat pengesahan menerima/menolak ke no 03-77284959 atau emailkan
th-info@lth.gov.my
Tawaran ini adalah peringkat pertama dan akan disusuli tawaran seterusnya.

Friday, February 18, 2011

MUZAKARAH HAJI PERINGKAT KEBANGSAAN KE 27

Tabung Haji sedang mengadakan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 27 dari 18 hingga 21 Februari 2011 di TahaD Mutiara , Bayan Lepas Pulau Pinang. Progrem Muzakarah adalah membentangan 4 Kertas Kerja, Bengkel 15 Permasalahan dan Pembentangan Resolusi Muzakarah.
Tujuan Muzakarah ini diadakan seperti berikut:
• Menyeragam dan Menyelaras Penyampaian Hukum-Hakam Berkaitan Haji, Umrah Dan
Ziarah
• Meningkatkan Keberkesanan Bimbingan Ibadat Haji Kepada Jemaah Haji.
Peserta Muzakarah seramai 335 orang dari kalangan Pembimbing Ibadat Haji seluruh Malaysia.
Pengarah dan Pengurus Pentadbiran/Haji bagi setiap negeri juga menghadiri Muzakarah tersebut. Peserta Dari Indonisia, Brunai, Singapura dan Tailand turut hadir.

Sunday, February 13, 2011

HARI KEPUTRAAN NABI MUHAMMAD S.A.W

Pada tanggal 12 RabiulAwal setiap tahun Umat Islam memperingati Hari Keputraan Nabi Muhammad S.a.w. Bagi Umat Islam yang telah mengerjakan Haji atau Umrah tentulah timbul kerinduaan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad kerana mereka telah meziarahi Makam Nabi di Madinah dan telah pergi ke bumi kelahiran Nabi dan dapat merasakan bagaimana kesusahan dan kepayahan Nabi mengembangkan ajaran Islam dan penghijrahan Nabi.
Umat Islam di Malaysia biasanya akan berarak dengan membawa sepanduk yang ditulis dengan selogan-selogan atau thema bagi memuji kebesaran Nabi Muhammad s.a.w. Bagi memudahkan mereka yang berarak berselawat ada pihak membuat salinan selawat untuk diedarkan kepada orang ramai. Tapi malangnya setiap tahun, setelah berarak salinan selawat dibuang merata-rata. Perarakan ini jangan ada percampuran bebas antara lelaki dan perempuan. Pastikan Solat tidak ditinggalkan untuk berarak.
Di Masjid atau Surau akan di adakan Ceramah Khas berkaitan Nabi Muhammad S.a.w. Aktiviti ini diadakan bagi menyedarkan umat islam berkaitan Nabi yang dicintai dan yang disayangi. Tapi ramai yang terlupa berkenaan ajarannya yang mesti atau wajib dilaksanakan dan disampai kepada manusia yang belum Islam. Nabi Muhammad s.aw. diutuskan untuk member kerahmatan kepada seluruh Alam iaitu manusia, binatang, tumbuhan dan Alam sekitar. Saban tahun umat islam memperingati Hari Keputraan Nabi Muhammad s.a.w. kita lihat masih terdapat manusia yang merana disebabkan kemiskinan, manusia tidak aman akidahnya, zuriatnya, akalnya, hartanya dan nyawanya. Janganlah aktivit yang dilakukan hanya untuk berseronok-seronok sahaja.
Sejarah silam hendaklah dijadikan kekuatan Umat Islam bagi meneruskan kerja yang ditinggal oleh Nabi dan Sahabat-sahabat. Seeloknya dalam bulan RabiuAwal kita hidupkan suasana Kelahiran Nabi dengan melakukan kempen pelaksanaan Islam seperti mengadakan solat waktu berjemaah di pejabat kerajaan atau swasta. Jika waktu zuhur atau asar kerja diberhentikan sebentar, kakitangan dan pelanggan bersama-sama solat berjemaah diruang yang ada kelapangan yang mudah untuk orang ramai. Kempen berkenaan pakaian Islam samada lelaki dan perempuan yang betul. Kebelakangan ini ramai yang bertudung, itu sudah bagus tapi perlu dijelaskan bertudung yang disuruh oleh islam bagaimana. Hendaklah menutup aurat dan melabuhkan kain tudung ke paras dada. Pakaian tidak menampakkan bentuk badan dan kain tidak jarang dan tidak terlalu lembut. Memadailah untuk tahun ini dilakukan dua kempen seperti di atas dahulu kerana ia berkaitan untuk menyelamatkan Akidah dan Zuriat. Kerja menyampaikan ajaran islam adalah tugas semua peringkat, Ulamak, Ustaz, Doktor, Jurutera, Pejawat Awam, buruh, belia dan murid sekolah mengikut kemampuan. Jika tidak boleh menyampaikan melalui percakapan boleh melalui risalah.
Diharapkan bermula tahun ini peningkatan pemahaman dan perlaksanaan Islam dapat dihasilkan.

Thursday, February 10, 2011

PENDAFTARAN HAJI BERKELOMPOK

  • Setiap tahun semasa surat tawaran haji dikeluarkan terdapat pasangan atau keluarga ada yang tidak terpilih dan terpilih. Mereka mendaftar pada hari yang sama kenapa tidak semuanya terpilih. Tabung Haji telah membuat kajian dan didapati semasa proses pendaftar telah berlaku dalam masa yang sama melebihi 100 lagi pendaftaran berlaku seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sawarak.
    Oleh itu Tabung Haji menujudkan Sistem Pendaftaran Berkelompok secara On-line bagi mengelakan bakal haji (suami/ister) tidak sama terpilih.
    Daftar berkelompok adalah bagi pendaftaran haji bagi keluarga terdekat (Suami/isteri/ibu/bapa/anak/ adik beradik)

    Syarat-syaratnya ialah:
  • Telah membuka akaun TH
  • Baki minima RM1,300.00
  • Yang ingin mendaftar berkelompok dikehendaki hadir bersama semasa pendaftara.
  • Pendaftara hanya di kaunter TH
  • Satu kumpulan tidak lebih 10 orang
  • Mengemuka bukti talian keluarga

Sistem ini tidak membenarkan penambahan ahli kumpulan apabila proses pendaftaran berkelompok selesai. Mereka yang telah mendaftar tidak perlu mendaftar semula untuk sistem ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes