Wednesday, September 28, 2016

Persiapan awal Bakal Haji 1438 Hijrah

Bakal Haji 1438 H perlu membuat persiapan awal mulai sekarang. Sila datang kr TH untuk membuat kemaskini maklumat seperti alamat surat menyurat, no telefon dan alamat email terkini. Maklumat ini penting untuk TH menyampaikan maklumat Tawaran Haji kepada Bakal Haji 1438 H dengan tepat.

Selain daripada itu Bakal Haji juga perlu membuat Penama, mengambil ID untuk mengunakan Internet bagi mendapat maklumat akaun TH Bakal Haji ( pendeposit TH)

12 comments:

alkahfi said...

As salam...boleh saya tahu bila tabung haji akan mula menghantar surat tawaran utk haji tahun 1438H?

Anonymous said...

Tahniah kepada semua bakal DhuyufurRahman yang telah menerima tawaran haji terpilih bagi musim 1438H/2017M. Semoga dipermudahkan segala urusan dari awal hingga sampai ke Tanah Suci Makkah dan Madinah nanti.

Anonymous said...

Assalamualaikum
Tahniah kepada bakal-bakal tetamu ALLAH.

Zairus said...

Sya mendaftar pd bln feb 2008.Adakah berpeluang mndpt twrn thn 1438 ini?

Zairus said...
This comment has been removed by the author.
paktam said...

Cuba encik call TH direct di Talian 0362071919

Anonymous said...

Semoga mendapat haji yang mabrur. Insyallah

tun hasan said...

Kalau baca respon Anonymous... seolah-olah tawaran haji tahun 1438H telah dikeluarkan, betul ke?

paktam said...

Ye en tun Hasan .... Tawaran Sudah dikeluarkan
Boleh hubungi pihak TH untuk penyemakan

Anonymous said...

2/9/2017 part 1

Rujukan dibuat kepada pelbagai komen, kritik serta aduan tentang isu kepadatan, lokasi melontar serta jumlah petugas Haji di tanah suci, yang telah diviralkan di laman media sosial oleh pihak tertentu.

Untuk pengetahuan umum, perkara- perkara yang dibangkitkan bukanlah perkara baru dan kesemuanya itu adalah sebahagian dari cabaran normal yang dihadapi oleh jemaah Haji dari seluruh dunia.

Untuk menhindar daripada fitnah atau andaian yang tidak tepat terhadap Tabung Haji, wajar dikongsikan fakta dan penjelasan berikut, untuk renungan pihak:

· Penentuan saiz kawasan perkhemahan Jemaah Haji Malaysia dan seluruh jemaah Haji Asia Tenggara di Arafah dan Mina ditetapkan oleh pihak Muassasah dan di luar bidang kuasa TH. Walaupun pihak TH sentiasa bekerja keras untuk melakukan yang terbaik bagi keselesaan jemaah Haji Malaysia, kami terpaksa akur dengan apa yang ditetapkan oleh pihak Arab Saudi bagi jemaah seluruh dunia.

· Saiz kawasan Arafah dan Mina juga tidak pernah berubah (membesar atau mengecil ) dan adalah sama sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi sewaktu baginda mengerjakan Haji. Ia tidak mungkin dapat diperbesarkan seperti sebahagian kawasan yang boleh dicantum atau digabungkan. Perkara ini juga jelas di luar bidang kuasa TH.

· Jenis khemah yang digunakan oleh semua Jemaah Haji dari seluruh dunia juga di luar bidang kuasa TH. Penggunaan khemah baru telah mengambil faktor keselamatan seperti kalis api.

· Pada 3 tahun kebelakangan ini suhu di Makkah dan Madinah adalah tinggi mencecah kepada 50 darjah Celsius. Pihak TH sedia maklum perkara ini akan menjadi cabaran kepada para jemaah dan telah menyalurkan dan memberi nasihat tentang kepanasan di Tanah Suci dan langkah-langkah yang perlu diambil jemaah haji sejak jemaah masih lagi di Tanah Air semasa Kursus Kursus Haji dan juga melalui media massa. Pihak TH sentiasa mendoakan agar para jemaah dapat mengambil langkah bersesuaian untuk bersedia menghadapi keadaan cuaca di tanah suci.

· Dengan peningkatan kuota pada Musim Haji 1438H ini, kepadatan di khemah-khemah penempatan di Arafah/Mina serta lokasi melontar sejauh 7.5 km pergi dan balik TIDAK dapat dielakkan. TH perlu akur kepada penentuan lokasi dan saiz perkhemahan jemaah yang juga ditetapkan oleh muassasah.

· Fasiliti yang disediakan di perkhemahan seperti tandas juga adalah terhad dan di luar bidangkuasa TH. Ini bukan satu perkara yang baru bagi jemaah seluruh dunia semasa menunaikan ibadat haji.

· Walau bagaimana pun TH telah mengambil langkah dan berusaha menambah ‘urinal’ untuk kemudahan para jemaah semasa di Mina, setakat mana yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

· TH sering menasihatkan para jemaah agar merancang untuk menggunakan tandas untuk membuang air kecil dan besar, terutamanya di Arafah dan Mina. Namun masih ada juga jemaah yang menggunakan bilik air untuk membasuh dan mandi yang menyebabkan masa menunggu agak lama.

· Pembinaan tandas juga adalah di luar bidang kuasa TH kerana penyediaan fasiliti memerlukan kebenaran pihak Muassasah dan sebarang penambahan fasiliti akan turut melibatkan pengurangan kawasan perkhemahan, yang pasti akan menambah kesulitan para jemaah.

Anonymous said...

2/9/2017 part 2

Tandas dan segala fasiliti di Arafah diselenggarakan oleh pihak Muassasah di mana TH hanya boleh membuat laporan rasmi dan tindakan diambil oleh pihak kontraktor Muassasah. Setiap tahun, TH akan sentiasa mengambil langkan membuat laporan tentang keadaan fasiliti untuk menambahkan keselesaan para jemaah, namun tindakan susulan terletak di tangan kontraktor Muasassah.

· TH sentiasa berusaha untuk memohon penambahan kuota bagi menyelesaikan isu menunggu lama di kalangan masyarakat Islam Malaysia yang sedang menunggu giliran haji mereka (hampir 2.6 juta sedang menunggu giliran). Namun, dengan masalah kepadatan jemaah haji di khemah penempatan Arafah dan Mina, pertimbangan dan pilihan perlu dibuat antara peningkatan kuota dan isu kepadatan jemaah. Apabila kuota bertambah,
semestinya kepadatan jemaah menjadi satu cabaran yang terpaksa diterima memandangkan kawasan perkhemahan tidak dapat diperluaskan.

· Seperti yang sentiasa dinasihati, para jemaah Malaysia wajar bersyukur kerana terdapat majoriti jemaah haji negara Islam lain yang hanya tidur beralaskan tanah dan batu-batu serta beratapkan langit, namun tetap sabar kerana mereka sedar bahawa kerja-kerja Manasik haji memerlukan rasa kehambaan dizahirkan. Keselesaan tidak seharusnya dijadikan isu terutamanya di Arafah dan Mina.

Anonymous said...

2/9/2017 part 3

Wajar kita merenungkan Firman Allah dalam Hadis Qudsi yang menggambarkan perjalanan haji yang sukar dan penuh kepayahan serta kusut masai.

· TH juga ingin memberi peringatan bahawa TH beroperasi di negara asing yang mempunyai undang-undang dan cara pengurusan mereka sendiri. Pihak TH sentiasa melakukan yang terbaik untuk membantu para jemaah menunaikan Haji dengan keselesaan dan kemudahan setakat yang mampu, sekiranya sesuatu perkara itu dapat dikawal dan di bawah bidang kuasa TH.

· Jika di Makkah dan Madinah, TH masih boleh mengawal keadaan penempatan para jemaah kerana bangunan penginapan adalah pajakan TH secara jangka masa panjang. Namun semasa kerja-kerja Manasik haji sepanjang operasi Masyair, pihak Muassasah mengawal penuh pengurusan dan penyelarasan baik dari segi penempatan, pergerakan serta jadual melontar.

· TH perlu akur dengan penetapan dan patuh kepada arahan kerana sedar saiz serta lokasi Arafah dan Mina adalah ketetapan yang tidak berubah.

· Dari pemerhatian, isu ini banyak dibangkitkan oleh para jemaah haji kali pertama yang rata-ratanya telah diberi maklum oleh TH ketika kursus-kursus haji sebelum mereka berangkat ke tentang keadaan sebenar di Tanah Suci.

· Perkara ini dibangkitkan, lebih-lebih lagi apabila letih dengan kerja-kerja haji, segelintir kecil mudah tertekan dan mula mengambil tindakan yang kurang bijak serta mementingkan diri seperti marah-marah, merungut yang keterlaluan, mencari salah orang lain dan sebagainya, yang hanya akan menambah rumitkan lagi keadaan sedia ada.

· Para jemaah haji perlu kembali kepada asas pensyariatan Haji yang menuntut kepada kesabaran maksima dan sedar bahawa ujian Allah SWT kepada hamba-hambaNya boleh datang dalam pelbagai bentuk dan tidaklah seseorang hamba itu dianggap benar-benar telah beriman sekiranya dia belum diuji.

· Haji adalah perjalanan rohani dan bukan lawatan untuk bersenang-senang dan selesa. Jika semua jemaah haji kembali kepada asas dan menelusuri sejarah Haji baginda Rasulullah SAW, pastinya isu-isu ketidakpuasan hati ini dapat dikawal dengan lebih baik dan lebih positif.

*Isu Kekurangan Petugas Haji*

· Petugas Haji TH hanya berjumlah 600 orang sahaja terdiri dari perubatan dan kebajikan; dengan nisbah 10 petugas bagi setiap Maktab.

· Untuk rekod, pada Musim Haji kali ini, terdapat 14 Maktab yang purata jemaah hajinya adalah di antara 2700 – 2800 jemaah.

· Bagi membantu para jemaah semasa operasi Masyair, telah banyak laporan media massa membuat laporan TH telah melaksanakan inisiatif “Sahabat Maktab” yang menawarkan khidmat sukarela di kalangan para jemaah haji yang mempunyai kepakaran baik dari segi perubatan, ibadat dan tugasan kebajikan lain.

· Ini adalah khidmat sukarela dan sokongan para jemaah sebagai membantu para petugas haji TH terutama semasa waktu puncak.

Memandangkan maklumat yang dikongsikan di atas, pihak TH ingin memohon kepada semua pihak agar tidak menjadikan perkara berkenaan sebagai isu yang diviralkan dan menuding jari mencari kesalahan. Diharap kita semua dapat bersabar dan merenung sejenak bahawa ibadah Haji ini adalah satu perjalanan rohani yang semestinya melalui cabaran tertentu. Sekiranya cabaran berkenaan adalah di dalam bidang kuasa dan dapat ditangani oleh TH, sudah pasti TH akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi keselesaan jemaah Haji Malaysia.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes