Thursday, February 10, 2011

PENDAFTARAN HAJI BERKELOMPOK

  • Setiap tahun semasa surat tawaran haji dikeluarkan terdapat pasangan atau keluarga ada yang tidak terpilih dan terpilih. Mereka mendaftar pada hari yang sama kenapa tidak semuanya terpilih. Tabung Haji telah membuat kajian dan didapati semasa proses pendaftar telah berlaku dalam masa yang sama melebihi 100 lagi pendaftaran berlaku seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sawarak.
    Oleh itu Tabung Haji menujudkan Sistem Pendaftaran Berkelompok secara On-line bagi mengelakan bakal haji (suami/ister) tidak sama terpilih.
    Daftar berkelompok adalah bagi pendaftaran haji bagi keluarga terdekat (Suami/isteri/ibu/bapa/anak/ adik beradik)

    Syarat-syaratnya ialah:
  • Telah membuka akaun TH
  • Baki minima RM1,300.00
  • Yang ingin mendaftar berkelompok dikehendaki hadir bersama semasa pendaftara.
  • Pendaftara hanya di kaunter TH
  • Satu kumpulan tidak lebih 10 orang
  • Mengemuka bukti talian keluarga

Sistem ini tidak membenarkan penambahan ahli kumpulan apabila proses pendaftaran berkelompok selesai. Mereka yang telah mendaftar tidak perlu mendaftar semula untuk sistem ini.

Wednesday, February 9, 2011

MAKLUMAT TEMPAT KURSUS ASAS HAJI 1432H

Sukur Alhamdullah, "Blog Haji Saya" akan cuba membantu memberi maklumat dan catatan berkaitan haji ke Seluruh Malaysia dan mereka yang berada di Luar Negara juga mereka yang berada di Pelanta Minyak.
Bermula tahun ini, maklumat tempat Kursus Asas Haji 1432H yang di anjurkan oleh Tabung Haji seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak di perolehi dengan menghantar e mail pada alamat phptdwil@lth.gov.my atau mazlan59@gmail.com dan senarai akan dilampirkan melalui alamat e mail yang bertanya. Saya tidak dapat mempamirkan senarai dalam blog ini kerana saya masih belum mahir untuk membuat format table. Harap maaf.

Monday, February 7, 2011

RAYUAN YANG DIUTAMAKAN 1432H

Tabung Haji telah menerima surat Rayuan bermula awal tahun 2011 (1432H) dan masih lagi menerima surat Rayauan. Pengalaman tahun 1431H Tabunh Haji telah menerima rayuan melebihi 30,000 orang. Oleh itu untuk berlaku adil (mungkin tidak 100%) maka Tabung Haji telah menetapkan keutamaan mereka yang dipertimbangkan dengan syarat-syarat yang tertentu.
  1. Rayuan bakal haji lelaki (suami) yang menjadi mahram kepada bakal haji winata yang terpilih (isteri). Bawa bersama sjili nikah atau dapatkan pengesahan suami/isteri yang ditandatangani oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah masing-masing atau Penghulu atau Penggawa atau Ketua kampong dengan melengkapkan Borang. (borang pengesahan mahram boleh di e-mailkan apabila diminta )
  2. Rayuan kerana menjadi mahram kepada bakal haji wanita terpilih
    Keutamaan kepada bakal haji lelaki yang diperlukan untuk menjadi mahram dan terhad kepada seorang sahaja. Pengalaman tahun 1431H, pada mulanya merayu kerana menjadi mahram, kemudian ingin merayu untuk isteri kemudian merayu untuk ibu/bapa mentua, kemudian untuk anak. Oleh itu tahun ini dijelaskan hanya seorang sahaja. Dapat pengesahan mahram dengan mengisi borang.( borang pengesahan mahram boleh di e-mailkan apabila diminta )
    Atau sijil lahir jika anak yang menjadi mahram kepada ibunya atau ayah yang menjadi mahram kepada anak perempuan yang terpilih.
  3. Rayuan isteri ingin mengikut suami terpilih.Sertakan sijil Nikah atau mendapat pengesahan suami/isteri dengan melengkapkan borang ( dihantar melalui e-mail jika diminta)

4. Rayuan yang mempunyai masalah kesihatan. Mendapatkan pengesahan kesihatan dengan melengkapkan borang ( dihantar melalui e-mail jika diminta)

5. Rayuan bakal haji lanjut usia. Bakal Haji yang lanjut usia dari 70 tahun ke atas dan boleh di teman oleh seorang sahaja bagi tujuan membantu untuk mengerjakan ibadat dan urusan harian.

Rayuan di atas dipertimbangkan hanya seorang sahaja. Keputusan rayuan akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui surat atau panggilan telefon dan jika tidak menerima jawapan sehingga Ramadhan ini bermakna tiada peruntukan tempat pada tahun ini. Mereka yang merayu hendaklah sanggup bersabar dan berdoa kerana tindakan untuk menunaikan haji telah dilakukan 100%.

Saturday, February 5, 2011

PEMILIHAN BAKAL HAJI 1432H

Tabung Haji sedang membuat pilihan tawaran kepada bakal haji Terpilih dan Standby (menunggu). Proses penghantar surat tawaran Terpilih akan dimulakan minggu ke 3 bulan Februari 2011. Bakal Haji akan di tawarkan mengikut keutamaan berikut:
• Mereka yang diperuntukan haji tahun 1432H
• Mereka yang membuat pilihan haji tahun 1432H
• Mereka yang diperuntukan haji tahun 1433H ( yang dahulu di dahulukan)
Apabila bakal haji mendapat tawaran, hendaklah menjawab dengan melengkapkan boring yang dilampirkan sebelum atau pada tarikh yang ditentukan dalam surat di mana-mana pejabat TH berhampiran. Bakal haji Terpilih adalah mereka yang termasuk dalam peruntukan kuota sebanyak 26,000 orang. Bakal Haji Standby adalah mereka yang menunggu untuk mengambil tempat jika mereka yang Terpilih menolak tawaran.
Mereka yang tidak ingat giliran menunaikan haji, sila hubungi THCC 03-62071919 atau melalui e mail phptdwil@lth.gov.my atau mazlan59@gmail.com.

Friday, February 4, 2011

UJIAN PERTAMA MENGHADIRI KURSUS

Bakal Haji 1432H, mereka yang merayu, mereka yang telah mendaftar haji, pelajar Tingkatan 4 dan 5 dan orang ramai disarankan menghadiri Kursus Asas Haji yang dijalankan di Masjid yang terpilih. Sebelum hadir kursus, kita hendaklah membuat persiapan diri iaitu mendapatkan maklumat awal berkaitan modul yang akan dilalui. Dapatkan buku rujukan, seeloknya buku dan DVD Haji terbitan Tabung Haji. ( Rujuk catatan bertarikh 7 Ogos 2010, 4 Mei 2010 dan 26 April 2010 atau klik pada gambar buku atau DVD ) Pemikiran hendaklah terbuka supaya mudah menerima panduan yang disampaikan. Ilmu umpama Air, ia akan mengalir dikawasan rendah maka tidak rugi jika kita merendahkan diri kepada Pembimbing. Hendaklah kita datang awal supaya kursus dapat dijalankan mengikut masa yang ditentukan. Ini dapat melatih kita menepati masa.
Tempat kursus adalah di masjid iaitu tempat yang mulia. Kita dapat membiasakan diri dengan masjid dan melakukan perkara-perkara sunat seperti Solat Tahiyat Masjid, Solat sunat Duhah, Iktikaf dan membaca Al Quran semasa menunggu waktu kursus bermula. Kursus biasanya diadakan di Dewan masjid tapi jika kursus di ruang solat jangan lupa niat iktikaf. Semasa mengikuti kursus hendaklah sebolehnya dalam wuduk supaya dapat melatih diri dalam keadaan wuduk sepanjang masa dan Insya Allah mendapat pahala dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Semasa di Tanah Suci kita akan berada dalam keadaan wuduk yang lama kerana susah untuk mengambil wuduk.
Semasa mendaftar kita akan diuji dengan wang ringgit iaitu dengan mengeluarkan wang untuk mendaftaran. Selama tempuh 17 siri kita akan diuji untuk menderma semasa Tabung Kursus diedarkan. Inilah peluang kita membersihkan harta kita. Tapi jangan terlalu mudah berbelanja kerana semasa kursus ada pihak-pihak tertentu berniaga pelbagai barangan di luar.
Semasa kursus ada waktu rehat dan disediakan minuman. Pada masa itu boleh melatih kita untuk menjaga kebersihan dan membantu meletakan bekas minuman dan makanan di tempat yang di sediakan. Memanglah ada orang yang mengemaskan tapi tidak salah kita buat kerja itu. Pastikan masa yang diambil mengikut masa yang ditentukan. Sama-sama kita mengingatkan kawan-kawan yang lain.
Kita hendaklah memastikan dapat mengikuti kursus dan tidak tertinggal walaupun satu siri. Pengorbanan untuk perkara lain hendaklah dilakukan. Pengorbanan ini adalah kecil jika dibandingkan perkara yang akan dilalui di Tanah Suci. Kursus ini bukan saja untuk menimba Ilmu tapi juga dapat melatih diri dan jika ada kekurangan boleh diambil tindakan penambahbaikan. Apabila kita telah melalui sedikit kesulitan semasa menjalani kursus maka Insya Allah kita akan dapat menyesuaikan diri semasa berada di Tanah Suci.

Thursday, February 3, 2011

KHEMAH ARAFAH DAN MINA
Semasa saya sampai di Arafah dan di Mina saya dapati jemaah haji akan menuju ke khemah masing-masing yang telah ditentukan oleh Tabung Haji. Mereka akan mencari tempat yang sesuai di dalam khemah. Saya lihat di beberapa petak khemah mereka menyusun kedudukan tempat pelbagai cara. Ada yang menyusun kedudukan kepala mengarah tiang khemah dan kaki menghala kearah luar khemah. Kedudukan mereka yang berada dikemah lain ada yang sebaliknya. Satu khemah 10 atau 12 orang. Beg yang dibawa mereka susun di bahagian kepala, ada yang mengunakan untuk dijadikan untuk meletak kepala. Kedudukan dalam khemah memanglah sempit. Apabila ingin solat sunat, masing-masing mengambil tempat yang sempit, ada keadaan mereka solat ada orang dihadapan mereka yang sedang tidor, duduk dan pelbagai keadaan. Apabila hendak solat fardu, mereka solat berjemaah dalam khemah dan saf tidak tersusun dengan baik. Di antara saf ada beg pakaian dan lain-lain. Kalau di khemah Mina ada tergantung kain yang tersangkut.
Saya teringat semasa kita mengikuti Kursus Haji Perdana, kita meletakkan beg di satu tempat. Apabila kita hendak tidor ada diantara kita yang mengambil kesempatak beriktikaf di dalam masjid dengan solat sunat dan apabila letih atau mengantuk mereka tidur duduk dalam keadaan tidor duduk dan ada yang tak larat tidor berbaring dengan beradap. Iaitu memastikan kaki tidak mengarah kiblat dan membuat alas di bahagian kepala dengan kain supaya tidak dikotori dengan air liur semasa tidor di kawasan itu.
Adalah lebih baik jika bagi bakal haji yang akan menunaikan haji membuat perancangan supaya khemah di Arafah dan Mina mereka jadikan susunannya macam susunan dalam surau atau masjid. Di bahagian tengah dan hadapan menghala kiblat di kosongkan bagi tujuan solat sunat atau untuk beribadat membaca Al Quran atau berzikir dan sebagainya. Beg diletak disatu tempat walaupun tidak berdekatan dengan kita. Beg bukannya selalu dibuka. Jika ada yang hendak tidor dapatkan tempat dibahagian tepi. Suasana dalam khemah seperti dalam surau atau masjid dapat mendorong dan memberi kekuatan kepada kita untuk kuat beribadah. Kesempatan semasa di Arafah dan Mina sangat sesuai beribadat kerana kita tidak membuat kerja apa-apa. Janganlah semasa dalam khemah kita sentiasa tidor sahaja. ( Gambar hiasan: kedudukan jemaah dalam khemah di Mina. macam mana hendak solat )

Tuesday, February 1, 2011

BERKUASA UNTUK MENUNAI HAJI

Ibadat Haji adalah perintah Allah s.w.t kepada mereka yang beriman yang berkuasa. Berkuasa terbahagi kepada ketogeri seperti berikut:

Berkemampuan disegi kewangan
Bakal haji yang berkemampuan menyediakan perbelanjaan menunaikan haji dan mereka yang tinggal. Pelbagai cara dilakukan dengan kemampuan kewangan, di antara mencari Pakej yang ada kekosongan tempat. Tindakan ini bukan mengambil tempat orang lain yang seharusnya pergi. Tidak ada soalan yang mengatakan haji adalah untuk orang yang berwang kerana itu memang antara syarat Wajib Haji dan jika tidak berusaha ini adalah kesalahan kepada mereka.
Memahami Ilmu berkaitan Ibadat Haji
Persiapan Ilmu berkaitan Ibadat Haji iaitu Rukun, Wajib dan Larangan Ihram. Ilmu Akidah, Fardu Ain dan Fardi Kifayah. Memahami perkara-perkara yang menyebabkan sesorang boleh terbatal Iman. Dengan cara itu boleh kita mengambil tindakan untuk memperbetulkan diri sebelum ke Tanah Suci dan bertaubat. Memahami hukum Wajib, Sunat, Haram. Makruh dan Harus supaya kita dapat mengambil tindakan atas keutamaan jika bertembung dengan 2 pilihan. Sebagai contoh, Cium Hajar Aswad itu sunat tapi menolak dan menyakitkan orang lain itu Haram. Oleh itu tak apalah tidak cium Hajar Aswad memadailah mengangkat tangan untuk isharat sahaja. Melaksanakan Haji dengan Ilmu akan menghasilkan Haji Mabrur. Ini bukan bermakna jika kita belum ingin menunai haji kita tidak perlu menuntut ilmu. Menuntut Ilmu adalah Wajib kepada setiap orang Islam.

Sihat tubuh badan dan Minda
Ibadat Haji sangat berbeza dengan lain Ibadat Solat, Puasa dan Zakat. Solat hanya bergerakan dan percakapan terhad. Puasa amalan yang orang lain tidak tahu melainkan Allah sahaja yang mengetahui. Zakat mengeluarkan harta untuk diberi kepada hasnaf. Haji merangkumi semua ibadat di atas dan kekuatan fizikal kerana perlu bergerak untuk tawaf, saie dan melontar. Bakal haji juga perlu kekuatan minda untuk membuat pertimbangan segala tindakan dan keadaan yang positif. Mereka yang tidak sihat yang tiada harapan sembuh atau terlalu lemah kerana tua dan minda tidak sihat kerana nyanyuk, maka seharus tidak pergi menunaikan haji tapi melaksanakan Badal Haji.

Termasuk dalam kuota haji
Umat Islam di Malaysia yang telah berdaftar dan ingin sangat bersegera untuk menunaikan Haji tapi belum Terpilih. Mereka tidak berdosa jika tidak berkesempatan untuk menunaikan haji kerana dijemput oleh Allah s.w.t mengadapnya. (meninggal dunia). Tapi wang yang disimpan untuk menunai haji boleh dibuat Badal Haji oleh Waris.
Umat Islam tidak seharusnya merasa kecewa jika tidak atau belum dapat menunaikan Haji. Allah s.w.t hanya mewajibkan kepada yang berkemampuan sepert syarat di atas. Jangan kita bandingkan orang lain telah menunai Haji kita belum. Mungkin juga orang mengatakan kenapa kita ada duit tidak pergi Haji. Itu hanya satu syarat sahaja. Maka janganlah kerana orang kita susah hati……………….
Berhati-hati kerana ada orang yang ingin mengambil kesempatan menjanjikan, jika berurusan dengan mereka akan dapat pergi menunai haji. Mereka akan meminta supaya membayarkan sejumlah wang. BERINGATLAH!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes