Wednesday, March 30, 2011

BERNIAT IHRAM UMRAH

Seseorang muslim yang ingin melakukan sesuatu ibadat atau menjadikan sesuatu perkerjaan sebagai ibadat, perlu disertai niat. Niat adalah satu lintasan di dalam hati untuk melakukan sesuatu perkerjaan dengan memahami peraturannya kerana Allah s.w.t. Niat berlaku dalam hati bukanlah dengan diingatkan susunan ayat. Cuba kita lihat bagaimana gambar kita timbul didalam cermin, ianya ujud serentak. Bukannya ujud satu satu, mula-mula rambut dahulu kemudian muka, kemudian leher dan seterusnya. Ia tidak ujud demikian. Ianya ujud kesemuanya. Bagi membantu niat, lafaz boleh disebut dengan mulut. Lafaz bukanlah niat. Berniat Ihram Umrah boleh dalam berkeadaan apa sahaja, samada berbaring, duduk atau berdiri. Berniat boleh dilakukan dalam hadas besar atau kecil iaitu tidak mandi wajib atau mengambil wuduk. Wanita yang dalam haid boleh berniat Umrah jika tempoh haid Nya suci dapat melakukan Tawaf mengeliling Kaabah 7 keliling. Bagi mendapat sunatnya berniatlah dalam keadaan berwuduk dan berdiri menghadap kiblat. Niat hendaklah dilakukan secara sukarela tanpa paksaan. Niat juga perakuan hamba dengan Khalidnya (penciptanya) untuk memperlakukan sesuatu dengan baik tanpa kesilapan kerana Allah s.w.t. Allah s.w.t hanya memerima amalan yang baik lagi Ikhlas. Sebelum berniat hendaklah dibersihkan hati, tempat niat. Hati juga diibaratkan cermin, jika cermin ditutupi dengan debu, kotoran maka cermin tidak dapat mempamirkan gambar dengan jelas. Seeloknya beristifar dan bertaubat terlebih dahulu dan mengucapkan Shahadah. Cara untuk membersihkan hati hendaklah banyak berzikir, disebut dengan mulut dan diselami maknanya. Menguatkan sesuatu ibadat hendaklah difahami Nas atau dalil yang ditentukan di dalam Al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Kita tahu ini adalah perintah oleh Allah s.w.t dan perintah Nabi Muhammad s.a.w.

MELAKSANAKAN UMRAH

Persiapan awal untuk berniat Ihram Umrah:
Apabila hendak melaksanakan Umrah, hendaklah di ketahui Rukun Umrah yang 5 dan Wajib Umrah yang 2. Memahami syarat sah bagi melakukan rukun dan mengetahui 13 Larangan Ihram.
Bakal Umrah yang akan masuk Mekah dari Madinah atau Malaysia hendaklah membuat persiapan diri sebelum berniat Ihram Umrah. Membersihan diri dengan mengerat kuku tangan dan kaki, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari. Bagi lelaki mengunting rambut dan medandan misai dan janggut.
Setelah selesi maka bolehlah mandi sunat ihram kemudian memakai pakaian Ihram. Kemudian Solat sunat di rumah (dari Malaysia) atau di Masjid Bair Ali (dari Madinah). Sebelum berniat seeloknya bermaafan dengan ibu/bapa, antara suami, isteri, saudara, dan kawan yang ada bersama. Maka boleh berniat sebelum melepasi miqat. Bagi wanita yang dalam haid tiada masalah untuk berniat. Kalau Ibadat Umrah tidak diiringi Haji, hendaklah dibuat perkiraan tempoh haid samada sempat selesai kerja-kerja Umrah. Peringatan, apabila telah berniat, larangan dalam Ihram hendaklah dijaga. Niat Ihram Umrah tidak boleh dibatal atau ditukar niat.
Perjalanan dalam mengerjakan umrah
Masa dalam perjalanan dalam pesawat dari Malaysia ke Jeddah mengambil masa kira-kira 9 jam.
Urusan di lapangan terbang mengambil masa kira-kira 6 jam.
Urusan perjalanan ke Mekah mengambil masa kira-kira 3 jam
Urusan penginapan di Mekah mengambil masa kira-kira 2 jam
Urusan Tawaf dan Saie mengambil masa kira-kira 3 jam ( jika ramai yang tawaf dan saie mengambil masa lebih lagi) Kebiasaan bakal Umrah akan dibawa berkumpulan untuk pergi tawaf dan saie.
Tempoh menjaga larangan Ihram.
Jika dari Malaysia masuk terus ke Malaysia. Kebiasaannya dari Miqat ke Jeddah mengambil masa 2 jam.
Jika sampai sahaja di Mekah, selesai menghantar barang dalam bilik dan terus ke Masjidil Haram.
Masa menjaga larang dalam Ihram kira-kira 15 jam sahaja.

Jika dari Bir Ali (Madinah) masa menjaga Larangan Ihram kira-kira 14 jam.

Wednesday, March 23, 2011

IBADAT ADALAH TARBIYAH

Umat Islam yang telah baligh dan berakal perlu menjaga diri dari melaku perkata di Larang oleh Allah s.w.t sepanjang kehidupan. Bagi melatih dan membiasakan menjaga Larang Allah s.w.t, kita diperintahkan melakukan Solat Wajib 5 kali sehari semalam. Dalam solat kita akan menjaga Larangan dari bergerak melebihi dari yang dibenarkan, bercakap dari percakapan yang dibenarkan. Tidak boleh makan atau minum. Penjagaan ini hanya beberapa minit sahaja. Kemudian apabila sampai Bulan Ramadhan, kita berpuasa dan Larangan semasa Puasa kita jaga beberapa jam. Seterusnya apabila kita mengerjakan Haji Larangan perlu dijaga beberapa hari. Dengan Tarbiah yang di lalui dalam ibadat tersebut, seharusnya akan menjadi kebiasaan kepada orang Islam sentiasa berjaga-jaga dalam kehidupan ini. Oleh itu segala amalan Ibadat yang dilakukan membentuk Insan Bertakwa. Amin………..

Tuesday, March 22, 2011

PEMBERSIHAN HARTA

Orang Islam hendaklah berusaha mencari harta sebanyak mungkin kerana mereka diberi motivasi oleh Allah s.w.t dengan perintah mengeluarkan Zakat dan Melaksanakan Haji. Mana mungkin jika orang Islam yang tiada mempunyai harta dapat melakukan perintah tersebut. Alhamdulillah ramai orang islam di Malaysia yang telah berkemampuan mempunyai harta. Ingat lah harta yang dicari dengan cara Halal bukan semuanya milik kita tetapi hanya Amanah Allah s.w.t sahaja. Harta yang ada pada kita diamanahkan supaya di berikan kepada yang berhak seperti mengeluarkan zakat yang wajib, bersedekah kepada fakir dan miskin, menghadiahkan kepada kawan dan jiran, memberi nafkah kepada ibu, bapa, anak, isteri dan saudara mara. Memang kita rasa susah untuk mendapatkan harta perlu bekerja keras tidak kira masa. Ingatlah bahawa Harta yang tidak digunakan atau dibelanjakan bukalah milik kita. Milik kita adalah apa yang telah dibelanjakan.Hakikatnya Harta adalah Amanah.
Mari kita renungkan keadaan yang berlaku dalam kehidupan kita. Suri rumah pergi ke pasar membeli ikan kembong sekilo RM10.00 dan dibawa pulang untuk dimasak. Maka terpikir oleh suri rumah, bahawa ikan kembong yang dibeli tidak perlu disiang, tidak perlu dibuang perutnya, tidak perlu dibuang insangnya, tidak perlu dibuang sisiknya dan ekornya kerana harga ikan kembong dikira semuanya. Jika dibuang terasa rugi. Secara lojik ada betulnya. Tetapi suri rumah masih membuangkan perkara tersebut kerana menyedari hanya sebahagian ikan kembong sesuai untuk dimakan. Bagi sisik adalah sesuai dimakan oleh semut atau lipas, perut ikan sesuai dimakan oleh ayam, ekor sesuai dimakan oleh tikus atau lain serangga atau makhluk tuhan yang lain. Oleh itu manusia yang beriman sudah Nampak bahawa hartanya perlu dibersihkan dan hanya sebahagian yang menjadi haknya. Lebih-lebih lagi kepada bakal-bakal haji.

Monday, March 21, 2011

MEMPERBANYAKAN AMAL IBADAT

Mekkah dan Madinah adalah dua tanah haram yang menawarkan kebajikan dan pahala berlipat kali ganda. Di Tanah Haram Mekkah akan dapat 100,000 kali kelebihan dan di Tanah Haram Madinah 1,000 kali ganda kelebihan. Ini adalah Tawaran daripada Allah s.w.t. yang tidak ragu-ragu lagi. Apabila berada di duan Tanah Haram rubutlah peluang setiap masa untuk melakukan amal Ibadat dan kebajikan. Antara amal ibadat ialah melakukan Solat Fardu, solat sunat, membaca Al Quran, berzikir, berdoa, beriktikaf, mendengar ceramah (menuntut ilmu). Antara kebajikan ialah menolong orang tidak berupaya seperti orang tua, orang sakit. Bentuk bantuan ialah memberikan mereka keutamaan mendapatkan makanan, menaiki lif, menggunakan bilik air. Kebajikan lain ialah memberi rakan sebilik makanan dan minuman yang dibeli. Membantu membersihkan bilik tidur atau bilik air. Banyak lagi kebajikan-kebajikan yang boleh dilakukan. Semua yang disebutkan di atas akan mendapat pahala berkali ganda. Mungkin kelebihan ini tidak dapat dilihat dan dirasakan.
Mari kita buat perbandingan dalam kehidupan kita. Jika ada orang menawarkan kita bentuk pelaburan yang modalnya kecil seperti modal RM10 dan dijanjikan keuntungan RM 1 Juta. Berebut manusia untuk melabur. Ramai manusia tertipu dengan tawaran dari manusia. Bagi Orang beriman, apabila ditawarkan oleh Allah s.w.t. memang meyakini bahawa Tawaran ini Benar. Maka keuntungan ini akan dapat dimanafaat nanti di Akhirat. Janganlah lepaskan peluang ini apabila sampai di Dua Tanah Haram.
Bagi memudahkan untuk melakukan Amal Ibadat dan Kebajikan di Tanah Suci, mulai sekarang hendaklah kita lakukannya di Tanah Air lagi iaitu dalam kehidupan harian kita. Kerap ke Surau atau Masjid. Jadikan amalan solat sunat, membaca Al Quran, berzikir dan sentiasa berdoa.

Sunday, March 20, 2011

MENYEDARI DIRI SEBAGAI TETAMU ALLAH

Bakal haji adalah Tetamu Allah s.w.t yang dipilih sendiri olehNya. Sebagai tetamu manusia kita akan hanya akan berada diruang khas yang dipanggil ruang tamu. Sebagai tetamu kita tidak boleh masuk ke dapur atau bilik tidur atau bilik bacaan hatta untuk ke tandas perlu meminta izin tuan rumah. Diruang tamu kita sebagai tetamu tidak boleh membuat sesuka hati. Kita tidak boleh mengubahkan kedudukan sofa atau meja seperti kesukaan kita. Kita tidak boleh menyuruh tuan rumah menurunkan gambar di dinding kerana kita tidak suka. Sebagai tetamu apabila makanan berada dihadapan kita, sebagai tetamu tidak beradap jika terus memakannya tanpa mendapat jemputan tuan rumah. Sebagai tetamu kita tidak boleh marah tuan rumah jika makanan yang dihidangkan tidak mengikut selera kita. Sebagai tetamu yang beradap akan sedaya mungkin tidak menimbulkan kegelisahan dan kebencian tuan rumah.
Fahamlah kita bahawa kita ke Tanah Suci adalah tetamu Allah maka kita tidak boleh melakukan sesuka hati kita. Tidak boleh bercakap mengikut perasaan kita. Tidak boleh merasa marah atau membuat teguran jika suasana atau keadaan tidak menyebelahi kita. Oleh itu kita akan melakukan sesuatu atau percakapan yang baik dan berfaedah, menyebabkan kita disukai oleh Allah s.w.t.

Thursday, March 17, 2011

MENCARI TEMAN KERANA ALLAH

Bakal haji hendaklah mulai sekarang cuba mencari seberapa ramai kawan. Kawan semasa menghadiri kursus, kawan jiran tertangga, kawan sekampung, kawan di masjid dan kawan di pelbagai tempat.Kehidupan kita sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan. Ada yang menjadi kawan kerana supaya dapat meminta bantuan. Ada yang menjadi kawan kerana dapat menompang kepada jawatan kawan. Ada yang menjadi kawan kerana kekayaan kawan . Ada yang menjadi kawan kerana takut kepada sesorang. Ada yang menjadi kawan atas sebab atau kerana beribu-ribu sebab.
Islam menyarankan kita berkawan kerana Allah s.w.t. Bertemu dan berpisah kerana Allah s.w.t. Oleh itu berkawan bagi mendorong melakukan kebaikan dan menjauhkan perkara kejahatan.
Peranan kawan adalah untuk nasihat menasihati supaya meninggalkan larangan dan mengerjakan suruhan Allah s.w.t. Membantu apabila dalam kesusahan samada kebendaan atau perasaan. Memberi rangsangan dan motivasi dalam kehidupan supaya mencapai matlamat bagi mendapat keredoan dan kerahmatan Allah s.w.t. Berkawan memberi kesempatan dan peluang sebanyaknya untuk mendapat ganjaran Allah s.w.t
Dalam berkawan pelbagai ujian akan dilalui seperti difitnah, kawan merajuk, kawan marah dan lain-lain. Maka tindakan seorang kawan adalah memahami perasaan dan tingkahlaku kawan. Disitulah peranan kesabaran yang tinggi dikehendaki. Berkawanlah dengan orang yang baik, diumpamakan kita mendekati saudagar minyak wangi, walaupun kita tidak dapat minyak wangi tapi masih kita boleh dapat wanginya. Berkawan dengan orang jahat, diumpamakan mendekati tukang besi, walaupun tidak terbakar tapi terkena kotoran asap dan bahang kepanasannya. Bijaklah mencari kawan……………

Tuesday, March 8, 2011

BERTAUBAT DARI SEGALA DOSA

Merenung kembali peristiwa lampau yang menyebabkan kita menanggung dosa. Tidak rugi dan tidak hina kita bermuassabah dan mengaku kepada Allah s.w.t. Malahan Allah berbangga dengan hambanya yang mengaku kesalahannya dan memohon ampun dengannya. Kesilapan dan kesalahan terbahagi kepada perkara berikut:
Diri Sendiri
Lihatlah perjalanan kehidupan kita selepas umur baligh dan berakal. Bagaimana penglibatan kita berkaitan hukum haram dan makruh. Perlaksanaan hukum Fardu Ain seperti menuntut Ilmu, Solat kita bagaimana, puasa kita bagaimana dan zakat kita bagaimana. Setelah kita membuat perhitungan, ambil langkah dari sekarang melakukan pembetulan dan penambahbaikan. Jika ada kekurangan kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t atas kelemahan dan kealpaan kita. Seterusnya bertaubat dan diiringi solat taubat.
Allah s.w.t
Dalam kehidupan kita mungkin kita tidak sedar atau perasan sikap kita kepada Allah s.wt samada dalam hati, lisan dan perbuatan memyebabkan kita telah mendustakan apa yang dinyatakan Allah. Mungkin kita melakukan apa yang diperintah oleh Allah s.w.t tapi hati kita masih ragu dan tidak rela. Tingkah laku yang kita buat tidak bertepatan kehendak Allah, menyebabkan orang bukan Islam menyatakan apa yang kita buat itu adalah ajaran Islam. Sebagai contoh, orang Islam bergaduh sesame mereka, maka orang bukan Islam akan mengatakan “Islam suruh umatnya bergaduh”. Maka marilah kita telitikan balik dan banyak beristifar dan meninggalkan dari bercakap dan melakukan perkara yang tidak disuruh oleh Allah.
Ibu dan Bapa
Kenangkan jasa kedua ibu bapa kita yang menjaga dari kecil sehingga dewasa. Ingatkan kesusahan yang dilalui oleh keduanya menjaga kita. Mungkin masa kecil kita nakal, selalu sakit, kuat makan, suka bergaduh dengan anak orang, suka merajuk dan pelbagai perangai yang menyusahkan mereka. Ibu bapa tetap sabar membesarkan kita. Sekarang bagaimana layanan kita? Fikirkan………….. Masih ada ruang untuk kita berbakti kepada mereka. Curahkan kasih sayang kepada mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.Mohon maaf kepada mereka.
Jika keduanya sudah tiada maka berbuat baiklah dengan kawan-kawan mereka atau orang yang sebaya dengan keduanya.
Anak dan Isteri
Perhatikan isteri dan anak-anak, adakah kita telah mendidik mereka supaya menjadi hamba Allah s.w.t yang soleh dan solehah. Adakah isteri dan anak perempuan kita menutup aurat dengan betul. Anak-anak lelaki tidak tinggalkan solat. Jika mereka baik ucapkan Alhamdulillah dan jika tidak, masih boleh diperbaiki dengan memohon kepada Allah s.w.t agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk memberi tunjuk ajar.
Orang lain
Ingatkan kesalahan kita kepada orang lain. Jika lidah kita menyebabkan orang lain sakit hati atau difitnah, hendaklah kita bermohon maaf kepada mereka. Memang sukar untuk memohon maaf. Tapi ingat memohon maaf adalah sifat yang sangat mulia, jangan kuatir jika permohonan maaf kita tidak diperkenankan. Jika tangan atau kaki kita menyebabkan orang lain dizalimi maka hendaklah dimohon keampunan. Jika ada hak orang yang kita ambil hendaklah dikembalikan haknya dan mohon dimaafkan.
Kesalahan tersebut tidak perlu dicerita kepada mereka yang tidak berkenaan kerana Allah s.w.t telah merahsiakan dari pengetahuan manusia lain yang tidak terlibat. Itulah sifat Rahman dan Rahim Nya untuk memberi kesempatan untuk bertaubat. Apabila kita bertaubat, hendaklah kita berazam tidak melalukannya (perkara yang mendatangkan dosa) dan hendaklah disematkan dalam hati kebencian kepada perkara yang mendatangkan dosa.

Sunday, March 6, 2011

IKHLAS MENGERJAKAN HAJI

Persiapan awal ialah memastikan setiap amalan yang dilakukan mula sekarang hendaklah Ikhlas hanya kepada Allah s.w.t. Setiap perkerjaan dalam kehidupan boleh mendapat ganjaran Allah s.w.t apabila diiringi dengan Keikhlasan. Rujuk Al Quran Surah Baiyinah ayat 5. Keikhlasan memang mudah disebut dengan lisan. Kadang-kadang kita tidak yakin samada kita ikhlas, maka kita lafaskan “ Saya ini Ikhlas”.
Bagi melatih agar perbuatan kita Ikhlas. Cuba kita memberi bantuan kepada mereka yang kita tidak kenal, atau kepada mereka yang kita tidak suka. Mungkin perasaan kita merasakan tidak akan mendapat apa-apa faedah. Islam menyuruh umatnya berlumba-lumba tolong menolong. Maka apabila kita faham bahawa perbuatan kita ini suruhan agama, dengan rela hati kita lakukan.
Marilah kita renungkan keadaan berikut:
• Ada manusia melakukan amalan Wirid kerana ingin supaya perniagaannya beroleh keuntungan yang besar. Maka sentiasa dia melakukan Wirid tanpa ditinggalkan setiap hari dan masa.
• Ada manusia yang solat kerana mengikut pakar kesihatan ada menyatakan bahawa pergerakan badan iaitu berdiri lurus, rukuk, sujud dan duduk tahiyat adalah menepati keperluan pergerakan darah dalam badan. Maka kita solat untuk senaman pergerakan darah dan ingin sihat.
• Ada manusia puasa kerana doktor mengatakan bahawa puasa boleh menyihatkan badan dan mengelakan penyakit. Maka kita pun puasa.
• Ada manusia membayar zakat kerana dengan bayar zakat kita tidak perlu membayar cukai. Oleh itu kita bayar zakat.
• Ada manusia menunaikan haji kerana malu nanti orang kata kita tidak mampu atau menunaikan haji supaya dapat penghormatan manusia.
Manusia sekarang telah ramai yang pandai, selalu berpikiran logik. Akan melakukan sesuatu itu jika mendatangkan keuntungan kepadanya. Memanglah tidak salah perlakuan seperti di atas, tapi kita hendaklah bijak pandai. Misalnya perbuatan tadi jika lakukan kerana perintah Allah, ingin redo Allah, ingin kasih Allah, maka nanti segala yang kita perlukan tadi akan diperkenan Allah dengan Rahman dan Rahimnya.
Jangan pula kita berpendirian bahawa perbuatan kita tidak Ikhlas maka kita tidak mahu melakukan kerja baik. Ini mengambarkan kita berputus asa dengan Allah s.w.t. Kita hendaklah terus buat juga dan kita mengharapkan supaya Allah meletakan keikhlasan dalam diri kita.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes