Tuesday, September 28, 2010

URUSAN TERAKHIR BAKAL HAJI DI THWP

Pada 28 September 2010 THWP telah pos surat panggilan kepada bakal haji Terpilih dibawah pengurusannya untuk mengambil beg galas ( 5 kg ) dan barang-barang hadiah yang disumbangkan oleh Sahabat Koporat pada 2 atau 3 Oktober 2010. Jika bakal haji Terpilih tidak menerima surat panggilan atau tidak berkesempatan untuk datang pada hari tersebut maka bolehlah dating ke Pejabat THWP bermula 5 Oktober 2010 (Selasa) pada waktu pejabat.
Bakal haji yang masih belum membuat penyemakan Buku Rekod Kesihatan dan belum menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa boleh juga dilakukan pada hari tersebut. Jika ada bakal haji yang masih belum menerima gelang pengenalan Haji, buku-buku rujukan dan pelekat telekong boleh mendapatnya.
Jika semasa datang pada hari tersebut masih tiada Gelang Pengenalan Haji (GPH) maka bakal haji akan menerima di tempat berlepas.
Perkhidmatan Suntikan Tambahan boleh didapati pada hari tersebut dengan bayaran RM150.00 bagi 2 suntikan.
Saya dan anggota THWP mengucapkan Selamat Berangkat dan Selamat Kembali kepada bakal haji Semoga Mendapat Haji Mabrur. Amin………….

1 comments:

Anonymous said...

salam. ibu saya telah menjalani segala prosedur untuk menunaikn ibadah haji pada tahun ini. Tetapi sampai sekarang ibu masih belum mendapat tarikh penerbangan untuk menunaikn haji. adakah ibu saya tidak dapat menunaikan haji pada tahun ini?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes