TH telah membuat pertimbangan kepada mereka yang merayu dan Standby. Memandangkan mereka yang merayu dan standby terlalu ramai tapi peruntukan yang terhad maka bagi mereka yang masih dalam keadaan merayu dan Standby sehingga hari ini adalah Tidak Berjaya untuk menunaikan Haji pada tahun 1431H. THWP akan poskan surat makluman kepada mereka yang Standby Tidak Berjaya pada 20 September 2010. Mereka yang merayu telah ditentukan tidak berjaya apabila masuk sahaja bulan Shawal.
Sudah pastilah rasa sedih akan dirasai apabila mengetahui kedudukan ini. Tindakan dan usaha telah banyak dilakukan oleh mereka tapi belum ditentukan pada tahun ini. Walaubagaimana pun Allah s.w.t tidak akan membiarkannya bagitu sahaja tapi akan diberi ganjaran pahala dan kebajikan. Sebagai hamba Allah s.w.t kita sentiasa bersangka baik apa yang ditentukan dan meletakan peristiwa ini mempunyai banyak hikmahnya. Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui.
Bagi bakal haji 1431H marilah mendoakan agar mereka ini diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadat haji tahun hadapan. Amin………

2 comments:
ulasan yang diberikan tuan adalah memang sudah dijangkakan oleh mereka yang standby.
Tuan Haji,
Terim kasih atas makluman, bagi mereka yang telah menyerahkan paspot, bolehkah kami mengambilnya semula? adakah jika kami terpilih pada musim depan masih lagi terpaksa pergi membuat pemeriksaan kesihatan?
Suhaimi
Post a Comment