Monday, January 20, 2014

PERSIAPAN KEROHANIAN


Haji adalah satu Jihad bagi mematuhi segala Rukun, Wajib , Syarat sah Rukun dan menjaga Larangan Ihram di tempat  dimana cuaca, bentu muka bumi, budaya dan cara pergaulan  yang sangat berlainan dengan di tempat kita, Malaysia.
Semasa berada Di Madinah dan Mekkah pelbagai aktiviti yang mencabar seperti berikut:
  1. Menginap dalam sebilik dengan orang yang belum dikenali, perbezaan lorat percakapan, perbezaan umur dan tahap pendidikan  dan perbezaan cara hidup.
  2. Setiap aktiviti perlu beratur dan menunggu giliran seperti mengguna bilik air, menaiki dan turun lif, membeli makanan, mendapat perkhidmatan TH atau Klinik dan pelbagai lagi.
  3. Untuk melakukan solat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi perlu berjalan antara 1200  meter sehingga 2 km pergi dan balik. Kebimbangan tidak kenal jalan balik ke tempat penginapan.
  4. Apabila keluar dari tempat penginapan terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai, di kedai, perjalan ke Masjid, dalam Masjid,  apabila keluar ke masjid  dan perjalan balik dari masjid, semasa tawaf dan sai.
Apa yang dinyata di atas adalah sebahagian cabara yang akan dilalui.
Oleh itu Bakal Haji perlu lah mempersiapkan diri dengan kekuatan Kerohanian untuk melakukan Ibadat di Tanah Suci.
Perbagai cara yang boleh dilakukan mulai sekarang di antaranya:
  1. Selalu menghadiri program yang melibatkan orang ramai. Jadikan kita mudah untuk menegur sapa orang dan menanya khabar. Tempat tersebut seperti Semasa Menghadiri Kursus, Majlis Perkahwinan, Majlis Ilmu di Surau atau Masjid.
  2. Semasa berurusan dengan TH atau membayar bil-bil yang  terpaksa  menunggu. Buat lah sesuatu yang boleh menenangkan perasaan semasa menunggu. Antara yang boleh dilakukan ialah berzikir, berbual-bual dengan orang disebelah atau membawa bahan bacaan.
  3. Mulai sekarang apabila hendak ke mana-mana yang melibatkan jarak kurang 1 km, hendaklah berjalan kaki supaya otot-otot dapat perkuatkan dan menyebabkan kita terbiasa dengan berjalan kaki.
Perkara yang sangat penting adalah  minda kita hendak berfikiran positif. Setiap perkara yang berlaku akan menimbulkan kekuatan dan manafaat kepada kita.
Antara fikiran positif ialah:

  1. Apabila kita berada bersama orang tidak kita kenali, kita boleh fikirkan bahawa Allah telah memberi peluang untuk kita berkenalan dan menghubungkan Silaturahim. Sesungguh Allah akan meluaskan rezki kepada mereka yang menghubungkan Silaturahim.
  2. Apabila kita berurusan yang terpaksa menunggu, kita fikirkan bahawa Allah hendak memantapkan tahap kesabaran kepada kita. Kita fikirkan bahawa Allah sentiasa bersama orang yang sabar.
  3. Apabila kita terpaksa berjalan jauh untuk ke masjid. Kita fikirkan bahawa setiap langkah ke masjid menyebabkan Allah mengampunkan dosa kita dan memberikan Rahmatnya kepada kita.

Friday, January 10, 2014

KURSUS ASAS HAJI 1435 HIJRAH

THWP telah membuat ketetapan untuk memilih 18 buah Masjid untuk menjalani Kursus Asas Haji pada tahun 1435 yang akan bermula pada 18 atau 19 Januari 2014. Pada tahun ini TH telah menetapkan bahawa pihak Masjid tidak mengenakan Bayaran Pendaftaran.


Nota Kursus akan diberi Percuma kepada Bakal Haji yang Terpilih pada 1435. TH akan memaklumkan masa untuk mengambil Nota Kursus di Pejabat TH.

Di Wilayah Persekutuan banyak Masjid yang menjalankan Kursus Asas Haji. Ada yang dianjurkan oleh Syarikat yang dibenarkan menguruskan Jemaah Haji. Ada orang perseorangan yang menjalani Kursus Asas Haji di Masjid. Ada Masjid sendiri menjalankan Kursus Asas Haji. Oleh itu bakal Haji 1435 hendaklah mengikuti Kursus Asas Haji yang di Anjurkan bersama TH dengan Masjid kerana TH akan memberi maklumat terkini berkaitan Pengurusan Haji, Kesihatan dan Ibadat Haji.

Masjid yang menjalani Kursus Asas Haji adalah di kawasan Selayang, Gombak, Keramat, Bangsar, Ulu Kelang, Wangsa Maju, Cheras, Sg Besi dan Taman Maluri.

Jika ingin mendapat maklumat yang lengkap sila email ke phptdwil@lth.gov.my dengan disertakan nama dan no IC sebagai rujukan.

SELAMAT MENJALANI KURSUS ASAS HAJI 1434

RAYUAN HAJI 1435

THWP telah memproses Permohonan Rayuan yang dihantar  bermula bulan Muharam 1435.
Rayuan yang telah diproses akan dikeluarkan surat penerimaan Rayuan dan menyatakan jawapan sehingga Akhir Ramadhan. Surat ini akan diposkan pada 15 Januari 2014.

Penentuan Terpilih bukan ditentukan oleh Pejabat Cawangan atau Pejabat Negeri.

Jika tiada apa-apa jawapan sehingga Akhir Ramadhan , rayuan tidak Berjaya.

Terkini seramai 300 orang yang membuat rayuan di Kaunter TH Wilayah Persekutuan.

Rayuan akan ditutup pada 1 Rejab bersamaan  1 Mei 2014.

Tuesday, December 24, 2013

BAKAL HAJI 1435 HIJRAH


Tabung Haji telah mengeluarkan surat tawaran menunaikan haji pada 1435 H kepada bakal haji yang mendaftar sebelum 13 Mac 2013.

Mereka yang terlibat diharap menjawab tawaran ini samada Menerima atau Menolak Tawaran sebelum atau pada 9 Jan 2014.

Semasa menjawab menerima Tawaran pastikan simpanan dalam akaun TH Bakal-bakal haji tidak kurang dari RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji.

Bakal Haji yang akan menunaikan haji melebihi sekali simpanan dalam AkaunTH tidak kurang RM15,555.00.  Jumlah tersebut adalah panduan Bayaran Haji 1435H

Bayaran Haji akan ditolak dari Akaun TH bakal-bakal haji apabila menerima pengesahan menerima tawara.

Bayaran Haji tersebut tertakluk kepada pindaan.

Bakal Haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah perlu bersama dengan Mahram .

Jika tiada Mahram bakal haji wanita ini perlulah menangguhkan pemergian nya.

Friday, November 29, 2013

PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1434 PERINGKAT WP

THWP akan mengadakan Perhimpunan Persaudaraan Hujjah Peringkat Wilayah Persekutuan
pada 8 Disember 2013 bertempat di Dewan Solat Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, KL.

Tujuan Majlis diadaka adalah adalah seperti berikut;

  • Mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakan masyarakat yang sihat.
  • Mengekalkan roh haji/falsafah haji
  • Memupuk minat kepada Majlis Ilmu
Surat jemputan telah dikeluarkan kepada jemaah haji 1434 yang berurusan dengan TH Wp dan Putrajaya.

Jemaah haji 1434 yang akan menghadiri Majlis ini perlulan menjawap untuk hadir. Jawapan ini diperluka adalah bagi melancarkan urusan penyediaan makanan.

Jawapah boleh dilakukan melalui saluran berikut:

  • Telefon ke no 03 26929244/26914413
atau
  • Fak slip kehadiran melalui no 03 26929098
atau
  • emali alamat : phptdwil@lth.gov.my
atau
  • menuerah slip kehadiran ke TH WP , TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL
Jemaah haji dikehendaki memakai Jubah putik bagi Lelaki dan Jubah Hitam bagi Perempuan.
Sila bawa bersama Buku Surah Yasin bersama.

Wednesday, November 20, 2013

MENGENAL AL QURAN 4

PEMBAHAGIAN AL QURAN

Al Quran dibahagi kepada 30 Juz  dan 60 hizb yang mengandungi 114 surat yang diberi nama.
114 Surat dibahagi kepada 4 iaitu :
  • Assab’uththiwaal iaitu tujuh surat yang panjang  ( Al Baqarah – 286 ayat dan 47 muka surat, Ali Imran – 200 ayat dan 29 muka surat, An Nisaa’ – 120 ayat dan 29 muka surat, Al Maaidah – 120 ayat dan 11 muka surat, Al An’aam – 165 ayat dan 22 muka surat, Al A’raaf – 206 ayat  dan 26 muka surat, dan Yunus – 109 ayat dan 12 muka surat.
  • Al Miuun iaitu surat yang mempunyai 100 lebih ayat.
  • Al Matsaani iaitu surat yang mempunyai ayat kurang dari 100.
  • Al Mufashshal iaitu surat-surat pendek.
1 hizb dibahagi pula kepada 4 yang bertanda di sisi muka surat seperti ¼ hizb, ½ hizb dan ¾ hizb.

Al Quran juga terbahagi kepada 554 ruku’ . tiap-tiap satu ruku’ ada tanda disisi muka surat tanda huruf “Ain”

Thursday, November 14, 2013

MENGENAL AL QURAN 3

AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH

Al Quran di turunkan dalam dua keadaan seperti berikut:
1.       Ayat-ayat yang di turun di Mekkah atau sebelum Nabi Muhammad s.a.aw Hijrah ke    Madinah dinamakan ayat-ayat Makkiyyah.
·         Ayat-ayat Makkiyyah adalah pendek-pendek.
·        Ayat Makkiyyah bermula penghujung Juz 11 dari surah (11) Huud, iaitu ayat 1 hingga 4 dalam Juz 11 sehingga Juz 30. Terdapat beberapa ayat-ayat Madaniah di Juz 28 dan juz 29
·        Ayat Makkiyah  berjumlah 4,780 ayat.
·   Ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan Keimanan, Ancaman dan Pahala, kisah-kisah umat terdahulu yang mengandungi pengajaran dan budi perkeri.
·        Ayat Makiyyah terdapat Seruan kepada Manusia.

2.       Ayat-ayat yang diturunkan di Madinah atau selepas Nabi Muhammad Hijrah ke           Madinan dinamakan aya-ayat Madaniyyah.
·         Ayat-ayat Madaniyyah  adalah panjang-panjang.
·         Ayat Madaniyyah bermula Juz 1 hingga 11.
·         Ayat Madaniyyah sebanyak 1,456 ayat.
·  Ayat Madaniah mengandungi hukum-hukum iaitu seperti hukum Kemasyarakatan, hokum  ketatanegaraan, hukum perang, hukum Antarabangsa, hukum antara agama dan lain.

·         Ayat Madaniyyah terdapat seruan kepada Orang Beriman.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes