Friday, September 30, 2011

Lagi pujian Arab kepada pengurusan haji Malaysia

MADINAH: Pengurusan haji dan jemaah haji Malaysia adalah contoh terbaik yang harus diteladani setiap negara Islam lain, kata Ketua Operasi Pasport Asia Tenggara Arab Saudi, Naif Abdul Hameed Shahate.

Katanya beliau kagum dengan kelancaran perjalanan haji jemaah dari Malaysia dan menurutnya beliau mendapati kebanyakan jemaah haji Malaysia dibekalkan dengan pengetahuan yang mencukupi untuk menyediakan diri apabila berada di tanah suci.

Beliau berkata apabila jemaah haji Malaysia tiba di lapangan terbang di sini, kebanyakan mereka sudah tahu banyak perkara mengenai tempat penginapan, bilik masing-masing, soal pasport, lokasi tempat ziarah dan sebagainya.

"Semua ini adalah hasil pengurusan yang cekap, yang membabitkan kerjasama semua jabatan yang berkaitan," katanya menerusi seorang penterjemah ketika ditemui petugas media Tabung Haji di sebuah hotel penginapan jemaah di sini.

Operasi Pasport Asia Tenggara adalah satu daripada jabatan di bawah Muassasah Addillak yang berada di bawah Kementerian Haji Arab Saudi yang bertanggungjawab mengenai soal pengurusan haji.

Naif seterusnya memuji pihak pengurusan jemaah haji yang menurutnya memberikan kerjasama baik kepada pihaknya dalam melicinkan perjalanan urusan haji.

Turut bersama beliau di hotel penginapan jemaah haji Malaysia itu ialah Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Prof Syed Omar Syed Al-Saggaf dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak. - BERNAMA 30/09/2011

Thursday, September 29, 2011

Persiapan sambut jemaah haji di Madinah sedang rancak


MADINAH: Segala persiapan untuk menyambut ketibaan jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini berjalan rancak dengan pelbagai langkah diambil bagi menjamin keselesaan sepanjang tempoh mereka menjalankan ibadah di sini.

Pegawai Operasi Haji di Madinah, Shahrunnajmi Basharuddin, berkata pengurusan Tabung Haji sudah mula memantau tempat penginapan, selain membuat persediaan rapi dalam urusan pelbagai aspek lain seperti penyediaan pusat rawatan serta perancangan dari segi program ziarah dan penyediaan makanan untuk bakal-bakal haji.
Beliau berkata, lebih separuh daripada 28,000 jemaah haji Malaysia tahun ini akan berada di Madinah terlebih dahulu sebelum mereka berlepas ke Mekah untuk mengerjakan umrah dan haji.
"Lebih 200 petugas Tabung Haji, yang terdiri daripada petugas dari Malaysia dan penduduk tempatan, sudah bersiap sedia di sini untuk membantu jemaah haji sepanjang tempoh mereka berada di sini," katanya kepada kumpulan petugas media Tabung Haji di sini.

Kumpulan pertama 450 jemaah haji Malaysia akan tiba di sini pada Khamis kira-kira jam 5.30 pagi waktu tempatan, diikuti kumpulan kedua pada kira-kira jam 3 petang.

Shahrunnajmi berkata, semasa berada di sini bakal haji Malaysia akan ditempatkan di Hotel Al-Haram, Hotel Safa Safer, serta Hotel Movenpick, dan mereka akan dibawa mengikuti program ziarah di lapan lokasi yang disediakan.
Beliau berkata, selain petugas haji, bakal haji juga akan dibantu oleh sukarelawan dari kalangan 65 penuntut Malaysia yang melanjutkan pelajaran di sini dalam menyempurnakan program ziarah.
"Tahun ini juga pihak Tabung Haji mengadakan kursus khas untuk dijalani oleh sukarelawan ini bagi memantapkan sumbangan mereka dalam membantu jemaah menunaikan ibadah di sini," katanya.

Beliau berkata, aspek penyediaan makanan buat jemaah pula diserah kepada pihak TH Global yang sudah membawa kumpulan chef dari Malaysia khusus untuk menyediakan makanan yang memenuhi citarasa rakyat Malaysia di sini.

"Ada juga antara bahan mentah yang terpaksa dibawa dari Malaysia bagi memastikan makanan yang disediakan memenuhi kehendak jemaah," katanya.

Shahrunnajmi berkata, selain itu sebuah pusat rawatan untuk jemaah juga disediakan di bangunan Alauddin di sini, yang merupakan ibu pejabat pengurusan haji jemaah Malaysia di Madinah.

Kumpulan media kemudiannya dibawa melawat bilik penginapan bakal haji di sini, yang semuanya terletak berhampiran Masjid Al-Nabawi, adalah masjid kedua termulia selepas Masjidil Haram di Mekah.

Antara yang dilawati petugas media dengan diiringi pengurus zon 1 Tabung Haji Rosli Chin ialah bilik yang luas dan selesa di Hotel Movenpick, yang terletak bersebelahan dengan Masjid Al-Nabawi. - BERNAMA 28/10/2011

Wednesday, September 28, 2011

SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI 1432H

Saya mengucapkan kepada bakal haji 1432H selamat berangkat ke Tanah Suci bermula 29 September 2011 dan selamat Kembali ke Tanah Air dengan mendapat Haji Mabrur. Bakal haji yang berada di Tanah Suci harap doakan supaya umat islam di Malaysia dapat mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah s.w.t secara keseluruhannya.
Bakal Haji yang berurusan melalui Blog Haji Saya atau menghantar e mail kepada saya, ada yang tidak berpuas hati dan meluahkan kemarahan kerana sebab-sebab berikut:
• Rayuan mereka yang tidak Berjaya atau lambat mendapat kelulusan.
• Lambat mendapat Surat Jadual Penerbangan.
Saya memohon maaf kerana keputusan bukan dibuat oleh saya. Saya hanyalah sebagai jambatan atau penghubung kepada pihak yang tertentu.
Insya Allah saya akan menambah lagi perkhidmatan melalui Internet pada masa-masa yang akan datang. Perkhidmatan melalui Internet dapat menjimatkan masa, belanja dan tenaga. Semua di hujung jari.
Perkhidmatan yang telah diberikan adalah seperti berikut:
• Memberikan maklumat berkaitan Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dam Kursus Perdana Haji.
• Memberi maklumat urusan Pemeriksaan Kesihatan dan Penyerahan Pasport.
• Memberi maklumat serahan beg galas
• Memberi catatan berkaitan Haji
• Memberi maklumat cara mendapatkan maklumat
• Membuat Rayuan, pertanyaan, minta salinan surat Tawaran Haji, Surat Jadual Penerbangan dan lain dengan email.
Saya mengharapkan cadangan dari pembaca Bloh Haji Saya supaya dapat di pertingkatkan dan diperluaskan perkhidmatan saya.

Tuesday, September 27, 2011

MUHASABAH DIRI DI TANAH SUCI.

Apabila mula sampai di Madinah atau Mekah seeloknya bakal haji membuat muhasabah diri berkaitan amalan yang telah dilakukan setiap hari. Catatkan amalan sehari yang berlaku supaya esoknya dapat dilakukan lebih baik dan lebih memberi kesan kepada diri. Buat perbandingan berehat, bersembang dengan melakukan perkara yang lebih mendatangkan manafaat dunia dan akhirat. Sebagai contoh jika dalam bilik semasa berehat biasanya kita bercakap-cakap tanpa tajuk. Penambahbaikan bolehlah diberi tajuk perbualan atau dibaca buku dan dibuat perbincangan.
Pengisian semasa berjalan ke Masjid, tujuan untuk sampai ke masjid. Cuba fikirkan untuk menafaat perjalanan tersebut sebagai contoh dalam perjalanan di tentukan supaya dapat 10 orang yang dijumpai dan diberi salam dan bersalamam jika boleh berbahasa melayu atau inggeris tanya kabar. Atau singgah di kedai tanya nama dan cuba ingat namanya dan jika hendak beli sesuatu panggil namanya. Ini akan menimbulkan kemesraan antara kita dan penjual. Kadang-kadang barang yang dibeli boleh dapat dengan harga murah.
Jika menunggu waktu solat dalam masjid Al Haram atau masjid Nabi, cuba menegur orang yang bersebelahan kiri dan kanan kita, hulurkan tanggan dan ucapkan salam. Bawa bersama plastic kecil, tissue, minyak atar atau gula-gula angin lebih. Jika ada yang batuk atau berkahak berikan plastic dan tissue kepada mereka. Bila hendak mula solat sapukan minyak atar kepada orang yang di kiri kanan kita. Jika ada yang batuk-batuk beri gula-gula Hack’s. Sungguh mudah dan tidak perlu belanja mahal untuk mendapatkan ganjaran pahala 100,000 bagi satu-satu kebajikan yang di lakukan
Perkara yang di nyata adalah sebahagian dari contoh-contoh yang boleh dilakukan. Mudahan-mudahan contoh tersebut boleh membuka ruang fikiran kita untuk menambahkan kualiti masa yang kita lalui di Tanah suci.

Monday, September 26, 2011

PENGEDARAN MAKAN DI TANAH SUCI

Semasa di Madinah bakal haji Muassasah akan dibekalkan kad makan. Bakal haji hendaklah membawa kad tersebut untuk mengambil makan tengahari atau makan malam. Jika hendak mengambil makanan bagi pihak orang lain pastikan dibawa kad mereka yang diwakilkan.
Di Madinah minuman pagi hendaklah di ambil di tempat makan.
Semasa di Mekah bakal haji Muassasah akan mengambil makanan di tingkat masing-masing. Cara mengambilnya ialah memadai seorang wakil bilik dating mengambil di tempat yang ditentukan. Pengedar makanan ada senarai bilangan orang dalam setiap bilik di tingkat tersebut. Wakil akan memaklumkan dari bilik no berapa dan pembekal akan member pek makanan mengikut jumpah orang dalam bilik tersebut.
Bakal haji dibekalkan uncang tea dan gula bagi tempoh berada di Mekah. Satu Pemanas air dan cawan dan sudu bagi setiap bakal haji.
Maklumat di atas ada pengelaman tahun 1431H di Al Haram Madinah dan Al Janadriah di Mekah. Cara pengedaran makan mengikut kesesuaian bangunan.

Saturday, September 24, 2011

PERSIAPAN UNTUK BERANGKAT KE TANAH SUCI

Bakal haji hendaklah membaca dengan teliti surat jadual penerbangan (SJP). Pastikan tarikh dan waktu untuk melapor diri di stesen berlepas. Tinggalkan keratin di bahagian bawah SJP dan bawa surat SJP semasa melapor diri.
Buatkan senarai semak barang-barang yang perlu di masukan dalam beg pakaian dan beg galas.
Tandakan pada senarai semak dan masukan dalam beg. Senarai semak ini dapat membantu bakal haji jika ragu samada barang tertentu telah dimasukan dalam beg tidak perlu dikeluarkan semua barang untuk memastikannya. Bakal haji seeloknya membawa 2 beg sahaja iaitu beg pakaian dan beg galas bagi memudahkan untuk pegerakan. Beg pakaian tidak melehihi 20 kg dan beg galas tidak melebihi 5 kg.
Dokumen dan barang penting yang perlu disimpan dalam beg galas ialah Buku Rekod Rawatan, ubat-ubatan, berus gigi dan ubat gigi, buku-buku yang diberi oleh TH dan barang-barang yang diperlukan semasa tempoh perjalanan. Jika barang-barang ini di simpan dalam beg pakaian bakal haji tidak dapat mengambilnya apabila diperlukan kerana beg tersebut tidak bersama dengan bakal haji.
Beg pakian hendaklah di tandakan Nama, alamat di Malaysia, No Penerbangan, No tel di Malaysia.
Maklumat ini boleh membantu TH mengesan pemilik jika beg tersebut tercicir atau tertinggal. Dicadangkan beg pakaian berbentuk kotak dan beroda bagi memudahkan untuk membawa dan menyusun terutama dalam pesawat dan bas.
Dokumen seperti Lesen memandu, kad pengenalan, buku akaun TH dan kad Kredit tidak perlu dibawa. Jika dibawa dikuatiri hilang dan dokumen tersebut tidak diperlukan di Tanah Suci.

Thursday, September 22, 2011

GELANG PENGENALAN HAJI 1432H

Gelang pengenalan haji (GPH) adal pengenalan jemaah haji Malaysia. Pada GPH tercatat di bahagian dalam nama dan no kad pengenalan. Bahagian atas tertulis jawi perkataan Malaysian dan no telefon TH Mekah bagi tujuan kecemasan.
Bakal haji ada yang telah menerima GPH melalui Pos Laju dan yang belum menerima akan menerimanya berperingkat-peringkat. Semua bakal Haji akan menerima samada Muassasah, Pakej THTS dan Syarikat Swasta (PJH).
Bakal haji hendaklah memakai GPH bermula di rumah semasa hendak membuat perjalanan ke stesen berlepas dan hendaklah kekal memakainya semasa di Tanah Suci terutamanya semasa di Arafah, Mudzlifah dan di Mina.
Jika bakal haji masih belum menerima sehingga waktu Chek In sila membuat laporan di stesen berlepas supaya TH dapat mengadakan untuk bakal haji.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes