Thursday, September 8, 2011

HOTEL DI MEKAH

Bangunan Penginapan bakal haji di Mekah sangat terhad kerana banyak bangunan yang dirobohkan bagi pembangunan semula kota Mekah. Oleh itu ada bakal haji Malaysia akan menginap di bangunan yang agak jauh.
Bakal haji yang menginap di tempat yang jauh akan bimbang kerana akan berjalan kaki dengan jarak yang jauh ke masjid. Bakal haji akan memikirkan kepanasan matahari apabila ke masjid. Fikiran hanya tertumpu kepada kepayahan untuk ke masjid.
Bangunan Hotel yang didiami oleh bakal haji Malaysia adalah cantik dan mempunyai banyak kemudahan walaupun jauh.. Mempunyai ruang legar yang luas, kemudahan surau bagi bakal haji yang uzur dan pelbagai kemudahan lain.
Bakal haji yang tinggal jauh dari masjid akan melakukan tindak yang pro aktif seperti berikut:
• Pergi awal ke Masjid
• Mengambil tindakan beriktikaf lama di masjid. Pergi untuk solat Zuhor dan tunggu sehingga Ishak dan Magrib hingga Ishak.
• Memikirkan bahawa setiap langkah akan dihapuskan dosa dan ditingkatkan kebacikan.
• Mengambil kesempatan dengan Perjalanan yang jauh dapat meluaskan pandangan dan pengalaman
• Mengambil peluang menemui ramai orang yang pelbagai rupa, warna kulit, bangsa.
• Mengambil pengajaran bertumu pelbagai gelagat manusia.
• Memandang positif bahawa berjalanmendatangkan kecergasan dan kesihatan akibat pergerakan yang banyak.
Bakal haji yang tidak mampu berjalan jauh memadai solat di hotel secara berjemaah di tempat yang di sediakan atau di Masjid yang berhampiran Hotel jika ada.

Tuesday, September 6, 2011

BERHATI-HATI DI MEKAH

Semasa bakal haji berada di Mekah, bakal haji perlu berhati-hati kepada pihak yang tidak dikenali menawar beberapa perkhidmatan dengan di kena bayaran. Antara perkhidmatan adalah seperti berikut:
• Upah haji
• Bayaran dam
• Menjual batu permata, kayu kokak , minyak unta, minyak dop dan barang-barang lain yang dianggap pelik.
• Membantu untuk cium Hajar Aswad
Bakal haji juga perlu berhati-hati apabila membuat pembelian dengan penjual di merata tempat kerana mereka menjual tanpa kelulusan pihak kerajaan Arab Saudi. Apabila bakal haji sedang membuat pilihan dan memegang barangan, pihak berkuasa datang dan penjual akan lari memyebabkan bakal haji tidak sempat membuat bayaran.
Elakan membeli daripada penjual makanan di kaki lima atau di tepi jalan kerana di kuatiri tidak bersih. Penjual makanan akan menjual makanan dalam bekas yang nampak bersih. Pabila pihak berkuasa dtang mereka akan lari dan menyorokkan makanan di celah-celah bangunan yang tidak bersih. Kadang-kadang makanan mereka di rampas dan di buang dalam tong sampah, kemudian mereka mengambil balik da menjual kepada pembeli.
Bakal Haji wanita jangan membenarkan jurujual masuk dalam bilik tidur kerana dibimbangi akan terkena tipu. Mereka akan mebuat baik dengan salah seorang bakal haji yang akan mengaku kepada penjaga bangunan bahawa jurujual tersebut saudara sehingga dibenarkan masuk dalam bangunan.

Monday, September 5, 2011

PERKHIDMATAN TABUNG HAJI

Di Madinah dan Mekah, TH telah membuat persiapan bagi membantu bakal haji Malaysia dengan menyediakan perkhidmatan yang diperlukan.
Urusan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:
Ibu Pejabat TH di Madinah dan Mekah.
Ibu Pejabat ini disediakan beberapa perkhidmatan seperti berikut:
• Pejabat Pakar Rujuk.
Membuat persiapan bagi membantu bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan Ibadat Haji yang tidak dapat diselesaikan oleh Guru Agama di Pusat Perkhidmatan Zon atau Maktab.
• Pejabat Kaunseling
• Terdapatnya Pakar Kaunseling yang akan membantu bakal haji yang menghadapi tekanan perasaan yang berat dan dirujuk oleh Unit Kaunseling.
• Unit Aduan
Menerima aduan bakal haji yang menghadapi sesuatu permasalahan semasa berada di Madinah atau di Mekah
• Unit Orang Sesat
Membantu untuk menghubungi pihak Zon atau Maktab apabila menerima Bakal Haji yang dihantar oleh pihak lain
• Unit Pendaftaran Kematian dan Kelahiran.
Mendaftar kematian atau kelahiran bakal haji yang diuruskan oleh kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara.
• Unit Penerbangan
Unit ini hanya dibuka di Mekah sahaja bagi menguruskan pengisian kekosongan tempat dalam pesawat. Bakal haji juga boleh membuat pertukaran penerbangan sebelum Wukuf. Permohonan akan diluluskan jika ada kekosongan tempat.
Hospital Malaysia
Di Madinah dan Mekah TH membuka Hospital Malaysia bagi membantu bakal haji yang perlu mendapatkan rawatan lanjutan yang dirujuk oleh Klinik Zon atau Maktab.
Perkhidmat lain diberi di Zon dan Maktab adalah seperti berikut:
• Pusat Perkhidmatan
Memberi perkhidmatan yang diperlukan oleh bakal haji seperti mendapatkan maklumat, membuat aduan dan sebagainya.
• Klinik TH
Memberikan perkhidmatan pesakit luar kepada bakal haji dan memberikan ubat yang berkaitan.
• Perkhidmatan Melawat Pesakit
Pihak Perubatan akan menyediakan kenderaan untuk membawa waris atau kawan melawat pesakit di Hospital Malaysia di Madinah atau Mekah.
• Kaunter Pengeluaran
Memberikan perkhidmatan pengeluaran dan Simpanan dengan mata wang Saudi Rial. Di Kaunter tersebut bakal haji juga boleh membuat bayaran Dam dan Korban. Semasa berurusan Bakal Haji hendaklah membawa Lencana yang dikeluarkan oleh TH.
• Guru Agama
Bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan Ibadat boleh mendapatkan pandangan dan nasihat daripada Guru Agama TH. Setiap kumpulan Bakal Haji yang sampai di Mekah akan diadakan ceramah sebanyak 6 kali dan jika ingin mengikuti lagi ceramah boleh mendengar ceramah dari kumpulan lain.
• Pembekalan makanan.
Pembekal makanan akan mengedarkan makan tengahari dan makan malam.
• Perkhidmatan Luar
Kebanyakan Hotel yang menempatkan bakal haji terdapat perkhidmatan berikut:
1. Kefteria bagi mendapatkan makanan pagi atau lauk pauk tambahan untuk makan tengahari atau makan malam.
2. Perkhidmatan Pos barangan terlebih dahulu ke Tanah Air.
3. Perkhidmatan mendapatkan Top Up telefon.
4. Perkhidmatan Lawatan di tempat-tempat di Mekah.n
5. Perkhidmat Dobi
6. Perkhidmatan mendapatkan pembantu untuk menolak kerusi roda untuk ke masjid atau untuk Tawaf dan Saie.

Sunday, September 4, 2011

SUASANA IBADAT DI TANAH SUCI

Madinah dan Mekah adalah tempat yang melahirkan motivasi untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t . Mereka yang berada di kedua tempat ini akan merasa selesa untuk beribadat kerana penumpuan tidak kepada hal ehwal keduniaan. Manusia akan melakukan perkara yang sama semasa hendak masuk waktu solat iaitu menuju ke masjid. Mungkin ada setengahnya merasakan tidak mahu ke masjid untuk solat, tapi terdorong oleh manusia yang ramai hendak ke masjid apabila waktu solat.
Di sana, manusia akan berlumba-lumba membantu mereka yang memerlukan bantuan.
Semasa di dalam masjid, jika di lihat seolah-olah manusia berlumba-lumba dengan melakukan solat sunat, membaca Al Quran, berdoa dengan penuh perasaan. Sangat rugi jika mereka yang berada dalam masjid tidak mengambil peluang ini. Tidak perlu tergesa-gesa untuk keluar masjid selepas solat waktu, kerana tiada perkara yang hendak dilakukan yang bagi terdesak.
Apabila berada di Hotel, selepas solat Subuh atau Isyak Guru Agama TH akan mengadakan Ceramah atau Forem berkaitan Haji. Bakal haji seharunya mengambil kesempatan tersebut.

Saturday, September 3, 2011

MENDEKATI AL QURAN

Alhamdullillah semua orang islam di Malaysia telah memiliki Al Quran. Tahap orang Islam dengan Al Quran adalah berbeza di antara mereka. Tahap tersebut adalah seperti berikut:
• Memiliki Al Quran di setiap rumah orang Islam
• Membaca Al Quran
• Membaca Al Quran dan membaca terjemahannya.
• Membaca Al Quran, membaca terjemahan dan mempelajari Bahasa Arab
• Membaca Al Quran, membaca terjemahan, belajar bahasa Arab dan membaca Tafsirnya.
• Menjadikan rujukan dalam kehidupan.
Al Quran mengandungi 114 Surah dan di bahagikan kepada 30 Juz. Al Quran diturunkan selama 23 tahun, 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Surah yang diturunkan sebelum Hijrah Rasullah ke Madinah di disebut Surah Makiyah dan selepas Hijrah di sebut surah Madaniah.
Surah Makiyiah mengandungi 19/30 dari isi Al Quran dan ayat-ayat berkaitan keimanan. Ayatnya pendek-pendek. Surah Madaniah mengandungi 11/30 dari isi Al Quran dan ayatnya perintah dan hukum samada berkaitan Ibadat Kusus atau berkaitan kehidupan di dunia.
Bakal haji akan banyak masa mereka membaca Al Quran sama ada berehat di bilik atau di masjid semasa beriktikaf, menunggu waktu waktu solat. Bakal haji akan berada di bumi yang tempat turunnya Ayat-ayat Al Quran iaitu Mekah dan Madinah. Amat baik jika bakal haji dapat memahami bacaan Al Quran. Alhamdullilah di rak tempat Al Quran dalam Masjid ada disediakan Al Quran Terjemahan. Kefahaman bacaan Al Quran akan meresap ke dalam jiwa kita dan melahirkan insan yang mempunyai pegangan hidup. Setiap aktiviti hidup kita adalah bersesuaian dengan Al Quran.
Setiap muslimin apabila melakukan sesuatu, faham ini adalah kerana perintah Allah ( kandungan Al Quran) maka perbuatan tersebut mendapat ganjaran pahala. Bukannya melakukan sesuatu kerana pertimbangan akal semata-mata atau mengikut adat kehidupan
.

Friday, September 2, 2011

PENGUNAAN BILIK HOTEL

Bilik di Madinah dan Mekah adalah kegunaan teman sebilik. Penghuni bilik hendaklah memberi kerjasama bagi menjaga kebersihan bilik, sisa makanan jangan di buang dalam singki supaya tidak tersumbat. Bilik air apabila telah digunakan pastikan lantai dikeringkan dan tidak lincin supaya teman lain tidak terjatuh apabila mengunakannya.
Selepas makan pagi, makan tengahari dan makan malam pastikan bekas makanan dan minuman dimasukan dalam plastic dan dibuang dalam tong sampah di luar bilik.
Di dalam bilik tidak di benarkan merokok dan dalam bangunan hotel juga dilarang.
Setiap lantai atau tingkat ada disediakan air Zamzam untuk minum apabila balik dari masjid. Air Zamzam tersebut bukan untuk dimasukan dalam tong untuk disimpan dalam bilik atau untuk dibawa ke Tanah Air.
Apabila keluar bilik, mereka yang akhir pastikan bilik berkunci dan kunci hendaklah di tinggalkan pada kaunter hotel supaya mereka yang akan balik awal boleh mendapatkan kunci tersebut untuk masuk bilik. Tindakan ini dapat mengelakan teman yang balik awal tidak dapat masuk bilik kerana kawan yang lain membawa kunci bersamanya.
Lampu dan Hawa Dingin di tutupkan apabila meninggalkan bilik supaya melatih untuk mengelakan pembaziran.

Thursday, September 1, 2011

BERADA DI MADINAH DAN MEKAH

Bakal Haji yang berada di Madinah akan di bawa ziarah di kawasan Masjidil Nabawi dan ziarah Makan Nabi Muhammad S.a.w. dan juga melawat tempat-tempat bersejarah di Madinah dengan menaiki bas. Bakal Haji akan berada di Madinah selama 8 hari. Semasa di Madinah bakal hari akan melakukan aktiviti sendiri iaitu beriktikaf iaitu berzikir, beristifar, berdoa, membaca Al Quran dan solat Waktu dan solat sunat di Masjid Nabawi.
Di Mekah, apabila sampai sahaja bakal haji akan di bawa ke Masjidil Haram untuk melakukan Tawaf dan Saie Umrah bagi yang mengerjakan Haji Tamattuk dan Tawaf Qudum atau Tawaf Selamat Datang bagi mereka mengerjakan Haji Ifrad.
Selama berada di Mekah, bakal haji akan melakukan beberapa kali Umrah Sunat mengikut kemampuan fizikal dan kesihatan. Mereka akan ke Jaranah atau Tanaim untuk Miqat Umrah.
Aktiviti lain ialah melakukan Tawaf sunat, beriktikaf dengan membaca Al Quran, berdoa, berzikir, melakukan solat sunat, solat Jenazah, solat wajib di Masjidil Haram.
Bagi mereka masuk Mekah sebelum Wukuf bolehlah melakukan lawatan secara berkumpulan ke Arafah, Mudzlifah, Mina dan tempat-tempat yang bersejarah.
Semasa berada di Madinah dan Mekah, makan tengah hari dan makan malam di sediakan. Setiap ruang masa diisi dengan ibadat, tidak perlu memikirkan untuk tergesa-gesa untuk melakukan kerja-kerja lain.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes