Tabung Haji Wilayah Persekutuan (THWP) telah menetukan tempat Kursus Asas Haji (KAH) 1433H bagi membuka peluang orang ramai mendapat Ilmu Ibadat Haji, Pengurusan Haji, Pengurusan Kesihatan, Masalah Wanita dan Fardu Ain. Bakal Haji (BH) 1433H adalah sangat digalakan menghadiri KAH walaupun telah banyak tahun mengikuti Kursus ini. Bermula tahun 1433H 2 modul ditambah iaitu berkaitan fardu Ain menjadikan kepada 19 siri. KAH akan bermula 4 (Sabtu) dan 5 (Ahad) Februari 2012 dan berakhir 9 dan 10 Jun 2012.
Tempat KAH 1433H telah ditambah dari 16 tempat kepada 18 tempat. Pada Hari Sabtu 7 tempat diadakan waktu pagi dan 3 tempat diadakan waktu petang. Pada Hari Ahad 6 tempat diadakan pada waktu pagi dan 2 tempat diadakan waktu petang. BH 1433H mempunyai pilihan tempat, hari dan masa yang sesuai untuk mendapat Ilmu untuk persiapan menunaikan haji.
Pihak penganjur telah sepakat untuk menetapkan bayaran pendaftaran RM70 seragam untuk Wilayah Persekutuan. Bayaran Pendaftaran adalah bagi tujuan membayar sagu hati Penceramah, minuman, sagu hari urusetia, tempat, api dan air sepanjang 19 Siri. Bayaran ini juga adalah satu pengorbanan dan kesungguhan peserta dalam memperolehi Ilmu. Penganjur juga terpaksa mencari Sumber lain bagi menampung kekurangan peruntukan bagi perbelanjaan di atas.
Sesiapa yang ingin mengetahui tempat KAH 1433H sila maklumkan Nama, No IC dan tempat KAH di alamat email : phptdwil@lth.gov.my (Pengurus Pentadbiran/Haji THWP)
Pihak Penganjur juga akan menjual Buku Nota Kursus Asas Haji, Buku Panduan Haji dan Umrah, Buku Soal Jawab Haji dan Umran, Buku Ringkasan Haji dan Umrah.
Buku Nota Kursus Asas Haji adalah disusun Mengikut Tajuk dan bertepatan Slide yang digunakan oleh Penceramah bagi membantu Peserta Kursus mengikuti penyampaian dan mencatat maklumat tambahan.
Buku Panduan dan Soal Jawab Haji dan Umrah akan diberi pecuma kepada BH 1433H apabila mereka menjawab menerima tawaran di pejabat THWP. Mereka yang tidak terpilih pada tahun ini dan membuat rayuan perlulah membelinya sebagai rujukan dan bahan bacaan.
Buku Ringkasan Umrah Dan Haji sangat baik diperolehi oleh BH kerana ianya adalah ringkasan yang sesuai dibawa kemana-mana terutamanya semasa berurusan dengan TH. BH akan kerap datang ke TH dan menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan. Bahan tersebut boleh dibaca untuk mengisi masa menunggu.
THWP mengucapkan Selamat Menjalani Kursus Asas Haji 1433H semoga mendapat Kerahmatan Allah s.w.t.
Sunday, January 15, 2012
KURSUS ASAS HAJI 1433H
11:47 AM
Unknown
1 comment
1 comments:
Bakal Haji yang telah menerima tawaran haji 1433H hendaklah mengikuti Kursus yang sedang berlangsung walaupun telah beberapa siri berlalu.Buku yang TH berikan semasa menjawab tawaran hendaklah selalu dirujuk.
Post a Comment