Wednesday, January 4, 2012

KECEWA DAN PUTUS ASA UNTUK DAFTAR HAJI

Ramai yang berazam untuk mendaftar haji. Apabila bertanya dengan Tabung Haji, jika daftar sekarang bila boleh pergi. Jawapan yang diterima adalah lama lagi tapi boleh buat rayuan.
Ada yang marah dan mengatakan Tabung Haji bertindak tidak masuk akal. Mereka ini dikalangan berumur 40 tahun ke atas. Apabila Terpilih kami telah terlalu tua dan tidak berdaya atau telah mati.

Jika datang untuk mendaftar Haji dengan penuh kesabaran dan keinsafan, mereka boleh terima jawapan seperti di atas.
Jika ditakdir Allah, kita boleh menunaikan Haji lebih awal, macam-macam boleh berlaku.

Mungkin mereka yang terpilih menolak tawaran atas pelbagai alasan. Mungkin mereka ada masalah kewangan. Mungkin ada Ihsan Kerajaan Arab Saudi. Mungikn mereka ditawarkan saat akhir menolak tawaran. Maka kita di panggil atau ditawarkan oleh TH. Siapa dapat menjangkanya. Ini semua telah disuratkan oleh Allah s.w.t.
Seeloknya kita menjadi hamba Allah yang berusaha dan menerima ketetapan Allah. Usahanya ialah menuntut Ilmu, berjimat untuk menyimpan dalam TH, membuat rayuan atau ada lebih wang daftar dengan Pakej atau Syarikat yang diluluskan oleh TH.

Jika tidak puas hati dan marah apabila rayuan kita tidak Berjaya. Ianya tetap tidak dapat merobah ketetpan yang telah berlaku. Akhirnya kemarahan akan berpanjangan dan menyakitkan hati kita sendiri bukan orang lain.

Kita telah memenuhi syarat Wajib Haji tapi belum Terpilih, Allah maha mengetahui kelemahan Hambanya dan tentu ada hikmah yang tidak kita ketahui.

Maka teruslah berazam, berusaha dan berharap supaya satu masa nanti kita terpilih Menunaikan Haji.

2 comments:

nhhas said...

assalamualaikum wbt.
Hakikatnya ramai yang kurang sedar, ke mekah untuk buat haji ne sebenarnya "jemputan Allah", bukannya kerana quota tabung haji atau jemputan kerajaan arab saudi... betul tak? jadi sebelum buat rayuan ke TH, "merayulah dengan Allah" dengan penuh keikhlasan.
wallahualam...

Pinellas Park Office Cleaning said...

Interesting thooughts

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes