Tuesday, September 28, 2010

URUSAN TERAKHIR BAKAL HAJI DI THWP

Pada 28 September 2010 THWP telah pos surat panggilan kepada bakal haji Terpilih dibawah pengurusannya untuk mengambil beg galas ( 5 kg ) dan barang-barang hadiah yang disumbangkan oleh Sahabat Koporat pada 2 atau 3 Oktober 2010. Jika bakal haji Terpilih tidak menerima surat panggilan atau tidak berkesempatan untuk datang pada hari tersebut maka bolehlah dating ke Pejabat THWP bermula 5 Oktober 2010 (Selasa) pada waktu pejabat.
Bakal haji yang masih belum membuat penyemakan Buku Rekod Kesihatan dan belum menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa boleh juga dilakukan pada hari tersebut. Jika ada bakal haji yang masih belum menerima gelang pengenalan Haji, buku-buku rujukan dan pelekat telekong boleh mendapatnya.
Jika semasa datang pada hari tersebut masih tiada Gelang Pengenalan Haji (GPH) maka bakal haji akan menerima di tempat berlepas.
Perkhidmatan Suntikan Tambahan boleh didapati pada hari tersebut dengan bayaran RM150.00 bagi 2 suntikan.
Saya dan anggota THWP mengucapkan Selamat Berangkat dan Selamat Kembali kepada bakal haji Semoga Mendapat Haji Mabrur. Amin………….

Wednesday, September 22, 2010

SIMULASI KURSUS HAJI PERDANA

Selamat menjalani Kursus Haji Perdana 1431 H anjuran Tabung Haji Wilayah Persekutuan pada Sabtu dan Ahad ini (25 dan 26 September 2010) kepada bakal haji Terpilih. Pada 25 September 2010 jam 2.00 petang peserta kursus mula mendaftar di kaunter yang disediakan mengikut jantina. Kaunter Lelaki dan Perempuan disediakan. Semasa pendaftaran peserta kursus hendaklah melengkapkan slip kehadiran dan menyerahkan slip di kaunter pendaftaran. Petugas TH akan menyerahkan lencana maktab mengikut yang tercatat pada surat panggilan. Jika tiada tercatat pada surat, mereka akan diberi lencana yang telah tersediakan.
Setelah mendaftar peserta diminta ke tempat yang disediakan mengikut maktab. Seterus mengambil minuman petang. Kemudian peserta kursus menukar pakaian Ihram dan bersedia di dewan solat untuk mendengar Taklimat pada 3.00 petang. Kandungan Taklimat adalah seperti berikut:
Semulasi Pertama:
Semasa peserta kursus sampai ke Masjid, anggaplah peserta baru sampai ke Makkah dari Jeddah atau Madinah dan terus ke tempat penginapan di Makkah. Lepas Solat Asar di dewan solat, anggaplah peserta kursus berada di hotel dan kemudian pergi ke Masjidil Haram untuk Tawaf Umrah 7 keliling dan seterus ke tempat Saie untuk Saie Umrah 7 kali. Kemudian anggaplah peserta kursus telah bercukur atau bergunting. Maka selesailah kerja Umrah. Semulasi ini adalah bagi Haji Tamattu’ kerana mengerjakan Umrah dahulu dalam bulan-bulan haji dan mengerjakan Haji dalam tahun yang sama.
Simulasi Kedua:
Selepas solat Isyak di adakan Ceramah Motivasi Haji di dewan solat, anggaplah peserta berada di Arafah dalam berpakaian Ihram (selepas selesai Umrah pada siang hari jangan tukar pakaian Ihram yang dipakai) kemudian menuju ke satu tempat, anggaplah Muzdalifah kemudian bergerak ke satu tempat lain anggaplah Mina kemudian ke tempat melontar dan melakukan lontaran Jamarah Kubra, lontaran hari ke 10 Zulhijah. Setelah melontar hari ke 10 Zulhijah balik ke kemah di Mina. Anggaplah selepas melontar Jamrah Kubra peserta kursus telah bergunting atau bercukur dan telah menukar pakaian biasa di kemah di Mina (Tahlul Awal ) Kemudian bergerak ke tempat melontar bagi melontar ke tiga-tiga jamrah (Sugra, Wusta dan Kubra) pada hari 11 Zulhijah. Semasa simulasi ini lontaran hari ke 12 dan 13 Zulhijah tidak dilakukan (Suasana sebenar perlu melontar pada hari 12 dan 13 Zulhijah. ) Setelah selesai simulasi melontar peserta kursus boleh menukar pakaian biasa dan seterusnya berehat. Jika ingin beriktikaf dalam masjid dan solat tahajud boleh dilakukan secara bersendirian.
Simulasi Ketiga:
Selepas solat subuh di dewan solat, anggaplah peserta kursus berada di hotel dan kemudian menuju ke Masjidil Haram untuk Tawaf Rukun Haji dan Saie Haji dalam berpakaian biasa. Apabila selesai peserta bolehlah mendapatkan sarapan pagi dan kemudian masuk dalam dewan solat untuk mendengar rumusan akhir dari Ketua Fasilitator , Ucapan penutup dari Pengarah Tabung Haji WP dan Doa Perdana.
Pergerakan semasa simulasi mengikut Maktab dan dibantu oleh Guru Agama dan petugas TH.

Saturday, September 18, 2010

RAYUAN DAN STANDBY

TH telah membuat pertimbangan kepada mereka yang merayu dan Standby. Memandangkan mereka yang merayu dan standby terlalu ramai tapi peruntukan yang terhad maka bagi mereka yang masih dalam keadaan merayu dan Standby sehingga hari ini adalah Tidak Berjaya untuk menunaikan Haji pada tahun 1431H. THWP akan poskan surat makluman kepada mereka yang Standby Tidak Berjaya pada 20 September 2010. Mereka yang merayu telah ditentukan tidak berjaya apabila masuk sahaja bulan Shawal.
Sudah pastilah rasa sedih akan dirasai apabila mengetahui kedudukan ini. Tindakan dan usaha telah banyak dilakukan oleh mereka tapi belum ditentukan pada tahun ini. Walaubagaimana pun Allah s.w.t tidak akan membiarkannya bagitu sahaja tapi akan diberi ganjaran pahala dan kebajikan. Sebagai hamba Allah s.w.t kita sentiasa bersangka baik apa yang ditentukan dan meletakan peristiwa ini mempunyai banyak hikmahnya. Allah s.w.t sahaja yang maha mengetahui.
Bagi bakal haji 1431H marilah mendoakan agar mereka ini diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadat haji tahun hadapan. Amin………

Thursday, September 16, 2010

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI 1431H

Bakal haji Terpilih yang mengikuti Muassasah ada yang telah menerima Surat Jadual Penerbangan Haji dan sebahagian lagi akan menerimanya secara berperingkat-peringkat. Bakal Haji yang mengikuti Pakej TH atau Pakej Swasta yang diluluskan TH akan dimaklumkan oleh Syarikat masing-masing.
Bakal haji yang belum menghantar Buku Rekod Rawatan (BRR), hendaklah di majukan ke TH untuk di masukan dalam sistem TH bagi memudahkan urusan Visa dan mengaturkan penerbangan. Setelah selesai tindakan TH, BRR tersebut dikembalikan kepada bakal haji untuk di bawa ke Tanah Suci.
Bakal Haji yang Terpilih yang masih belum menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa hendaklah menyerahkan kepada TH dengan segera jika tiada lagi urusan ke Luar Negara.
THWP akan menentukan hari tertentu bagi menyerahkan beg galas kepada bakal haji Muassasah. Bakal Haji Pakej akan menerima beg galas dari syarikat masing-masing. Barang-barang hadiah dari Sahabat Koporat akan diberi kepada bakal haji Muassasah dan Pakej. Pada hari tersebut juga Gelang Pengenalan Haji (GPH) akan diserah kepada bakal haji jika GPH meraka telah ada. Jika tidak GPH akan diserahkan di Kompleks Haji Kelana Jaya semasa melapor diri.
Saya mengucapkan taniah kepada bakal haji yang akan menjadi tetamu Allah s.w.t dan bagi mereka yang belum terpilih saya mendoakan agar Allah s.w.t memberikan ganjaran pahala atas usaha dan persiapan yang telah dilakukan.

Saturday, September 11, 2010

BERGAMBAR DI HARI RAYA AIDIL FITRI 1431H

Saya sekeluarga pada Hari Raya Pertama beraya di Kampong Batu 3, Jalan Bangi Lama, Semenyih. Semasa beraya kami sempat menyambut hari kelahiran Abah saya (berjubah putih ditengah) ke 73 tahun, Ibu saya sebelah kanan abah saya terlindung sedikit dan Datuk saya sebelah kanan, di hadapan sekali memakai baju melayu hitam dan bersongkok. Gambar di atas adalah sebahagian dari keluarga saya.
Raya Hari ini sudah masuk hari kedua bulan Shawal, ini bermakna hari kedua dalam Bulan-bulan Haji. Bakal Haji 1431H telah berada dalam bulan-bulan haji. Tidak beberapa hari lagi Bakal haji akan mengetahui Jadual Penerbangan Haji. Bakal Haji Pakej akan dipanggil untuk taklimat Pakej. Bakal Haji Pakej atau Muassasah akan di beri Gelang Pengenalan Diri apabila TH memanggil untuk mengambilnya. Jika tidak bakal haji akan memperolehinya di tempat berlepas. Bakal Haji Muassasah akan diminta untuk mengambil beg galas dan bakal haji Pakej akan diserah oleh Pakej yang diikutinya.

Saturday, September 4, 2010

SELAMAT HARI RAYA EIDIL FITRI

Sempena kehadiran hari lambaran tidak berapa hari lagi, saya dan keluarga ingin mengucapkan :
Selamat Hari Raya Eidil Fitri, Maaf Dzahir & Batin.
Kepada pembaca Blog Saya dan Khasnya peserta Kursus Haji Bersiri, Kursus Haji Intensif & mereka yang berurusan dengan THWP, saya secara peribadi memohon maaf jika kata-kata dan tingkah laku saya menyinggung perasaan. Semoga amalan sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah s.w.t dan diberi ganjaran pahala disisinya. Amin..........

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes