Pelaksanaan haji banyak menguji kesabaran dan ketabahan samada kesusahan dan kesenangan. Sabar menuntut bakal haji melalui segala kesulitan,kesusahan, tidak selesa malahan kesenangan juga perlu sabar untuk meninggalkan bagi memenuhi tuntutan Allah s.w.t.
Di Tanah air lagi bakal haji telah melalui kesulitan seperti untuk memenuhi syarat persiapan seperti berurusan dengan pelbagai pihak dan terpaksa menunggu lama, kagang kali terpaksa berulang kali datang untuk berurusan.
Di Tanah Suci terpaksa berkongsi bilik penginapan dan tandas dengan orang pelbagai negeri, usia, dan ragam. Di dalam bilik penginapan kemungkinan enam orang, ada yang merokok, tidak suka hawa dingin, tidor berdengkor, tidak suka berkemas, makan bersama isteri/suami dalam bilik dan macam-macam ragam.
Di Masjid orang terlalu ramai dan ada yang melangkah jemaah yang sedang duduk, menolak semasa masuk/keluar masjid, duduk dihadapan jemaah walau tempat sudah sempit, ada juga wanita bersolat di saf lelaki dan macam-macam lagi.
Bakal haji akan menghadapi kesulitan untuk menggunakan tandas semasa di masjid kerana tandas berada diluar masjid dan sangat jauh. Kesulitan juga dihadapi untuk memasuki masjid kerana ramai jemaah telah duduk di luar masjid dan bakal haji akan berjalan melalui tempat duduk mereka.
Sebagai hamba Allah s.w.t apabila kita hendaklah bersangka baik kerana apa yang dilalui itu adalah untuk mengapuskan dosa dan meningkatkan darjat di sisi Allah s.w.t. Hanya kita memohon dan mengadu kepada Allah s.w.t supaya diberikan ujian yang mampu dihadapi.
Amin...............
2 comments:
syabas,,,,anda memang orang yang berpengalaman
dan saya amat terharu dengan ulasan-ulasan yang telah diberikan,semoga menjadi panduan saya utk pergi haji tahun ini.
Halim
Terima kasih kerana telah memberi panduan kepada saya
Post a Comment