Monday, January 18, 2010

HAJI ITU MELAWAN NAFSU

Bakal haji akan menempuh pelbagai peristiwa yang akan menimbulkan kemarahan. Punca kemarahan adalah disebabkan bimbang, takut, letih dan tertekan. Marah adalah dorongan Nafsu Amarah. Semasa menunggu bas untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat akan menimbul kemaranan disebabkan bas lambat/belum sampai. Diantara tindakan untuk mengatasi diri supaya tidak marah bakal haji perlulah mengisi masa atau menyibokkan diri dengan perkara-perkara lain sama berzikir, membaca al quran atau berehat. Memang sudah menjadi kelaziman, menunggu sesuatu akan menyebabkan tekanan diri. Bakal haji tidak perlu menetap satu jangka masa bagi sesuatu pegerakan kerana itu bukan menjadikan matlamat. Yang menjadikan matlamat ialah apabila bas sampai bakal haji akan menaikinya dan duduk berehat untuk sampai ke distinasi yang dituju.
Bakal haji perlu mengetahui bagaimana nafsu akan menipu berkaitan dengan ibadat. Nafsu mendorong bakal haji melakukan perkara-pekara sunat tapi terpaksa melakukan perkara-perkara haram. Bakal haji akan berebut-rebut untuk mencium Hajar Al Aswad sehinggakan menolak saudara kita yang lain dan menimbulkan kesakitan pada nya. Ataupun semasa hendak mendapat tempat di Raudah, ada yang berebut dan apabila dapat tempat bakal haji mengambil masa yang lama berada di tempat itu, seolah-olah kita saja yang hendak surga, orang lain tidak perlu. Islam menuntut umatnya berebut membuat kebajikan, jika kita telah dapat tempat secepatnya meninggal tempat tersebut supaya ramai lagi yang dapat tempat tersebut.
Nafsu akan mendorong kita melakukan sesuatu tanpa ilmu dan menyebabkan kita beranggapan seolah-olahnya surga itu milik kita saorang. Maka hendaklah kita melakukan sesuatu dengan ilmu supaya kita tidak tertipu dengan kehendak nafsu.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes