Wednesday, January 13, 2010

HAJI ITU DUGAAN

Semasa berada di Tanah Suci pihak Kerajaan Arab Saudi dan Tabung Haji telah membuat persiapan yang lengkap bagi mengurus bakal haji untuk pelaksanakan Ibadat Haji. Persiapan yang dilakukan antaranya bangunan tempat penginapan yang mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air paip, hawa dingin, lif. Pihak Muassasah, pemilik bangunan dan TH akan melakukan pemantauan bagi memastikan kemudahan asas ini boleh digunakan, tetapi adakalanya air paip terputus atau hawa dingin/lif rosak maka mengambil masa untuk diambil tindakan. Di sinilah masa bakal haji diduga kerana kemungkinan air terputus semasa bakal haji hendak mandi atau mengambil wuduk atau menggunakan tandas. Bilik air/tandas dalam bilik, semasa ketiadaan air, tandas menjadi kotor dan berbau. Kemungkinan tandas tersumbat atau saluran air tidak boleh mengalir menyebabkan air melimpah masuk ke dalam bilik membasahi permaidani. Apa yang disebutkan ini adalah kemungkinan berlaku dan bagaimana bakal haji menghadapi.
Ragam rakan sebilik juga menduga bakal haji. Ada yang suka membawa isteri/suami berbual dalam bilik yang memyebabkan bakal haji yang lain tidak selesa untuk tidur atau berehat. Ada yang minta dipadamkan alat hawa dingin kerana tidak tahan sejuk atau sebaliknya. Ada yang merokok dalam bilik, walaupun mereka tahu larang merokok dalam bilik. Kelakuan merokok dalam bilik boleh mengundang bahaya kebakaran dan menyebab orang lain tidak selesa dengan bau busok asap rokok dan boleh menggangu kesihatan. Ada yang batuk mengeluarkan bunyi yang kuat dan macam-macam lagi. Bagaimana bakal haji boleh menyesuaikan keadaan ini. Ada bakal haji mengambil tindakan beritikaf di masjid dan kurangkan masa dalam bilik. Apabila keperluan untuk mandi dan menukar pakaian saja mereka balik ke bilik.
Waktu hendak pergi masjid ramai orang menggunakan lif sehingga menunggu lama, hendak pula apabila sudah azam lagi ramai yang menunggu. Ada bakal haji yang tidak peduli mereka yang tua, sakit ataupun orang kurang upaya(OKU). Yang menjadi matlamat mereka dapat turun dulu ke masjid. Bakal haji yang pro-aktif ada yang pergi ke masjid lebih awal atau ada yang sihat dan kuat menggunakan tangga, mereka begerak perlahan-lahan akhirnya sampai juga ke bawah.

1 comments:

mzainihj.osman said...

komen yang sangat baik serta memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita semua .......ketahuilah sabar itu adalah sebahagian dari iman....bagus sangatlah komen tuan haji nih......di beri pujian 5 bintang dari saya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes